Saturday, October 13, 2012

[Perjalanan Aku Sebagai Running Man]

officially aku start dengan variety show korea ni sejak Oktober 2011. Time tu aku sibuk tengok Oh! My School.. Ulang-ulang tengok and memang gilakan Simon D yang ada style!haha..

Then, ada kawan aku dapat stok Running Man dalam 60 episod gitu.. So, dalam geng kami, dia la yang mula-mula layan.. Si P dan Si C..Diorang la pengaruh aku.. Lambat jugak aku terpengaruh.. Sebab aku malas nak melekat dengan sesuatu benda... Takut jadi tak boleh tinggal.. Masa tu, ada yang layan city hunter la, couple ape ntah dan macam-macam lagi..

Suatu hari Si P datang bilik Si C, masa tu aku ada lepak kat situ, dan Si P pun berkata.. "Kaem, baik ko tengok Running Man..Ada sorang tu, sebijik muka ko! Kalau dia pakai hood, lagi gaya!" Si C dengar pun, dia pun menambah.." A'ha..betul tu Kaem..sama! yang commander tu!!" hahaha.. dan aku tak respon sangat pun... sebab Si C dan Si P asyik berborak tentang RM sesama sendiri..haha..

last-last aku pun pinjam external harddisk dorang...copy apa yang patut..dan save dalam laptop aku beberapa ketika..

dah free sikit, bulan 12 nak dekat-dekat bulan 1 2012 baru aku bukak.. baru layan 1 2 episod..wauuu!! interesting game dia! dalam masa seminggu aku layan hampir 50 episod.. 1 episod sejam lebih..hahahha..

masa aku tengah layan tu, ada la roomate aku ni..dia selalu ushar aku tengah tengok RM.. Dia pun gelak-gelak tengok dan terus duduk sebelah aku tanya ini siape, dorang kena buat ape, dan macam-macam.. last2, dia pun melekat jugak..

pastu, dia suh aku tunggu dia tengok sampai habis stok yang kami ada tu..then, mmg 2 kali aku tengok mana yang xtgk lg..akhirnya berjaya jugak abes!kt facebook memang kecoh la..like page RM..post pic RM,komen sikap RM dan macam-macam lagi..hihi

so,kami stop sekejap sebab stok habis..tak lama pastu kami pun berusaha mencari stok..dalam pencarian itu, kami dapat tahu lecturer kami pun berkongsi minat yang sama.. so bermula lagi 1 pengembaraan..

aku pergi jumpa lecturer tu bukan untuk dapatkan assignment ke, tanya soklan ke, tp pergi copy RM dari dia..hahaha..kadang kami bergilir download..bila aku ada stok,aku bagi dia dan kalau dia ada, dia pulak pass kat aku..hihi..

perasan tak?dengan wujud nya relationship RM ni, orang tak berkawan jadi berkawan..macam membentuk sebuah society gitu..boleh pula bekerjasama memenuhi stok dan minat..yang penting, kami semua sangat sabar dalam menunggu hari selasa tiap-tiap minggu..hurmmmm..ada pulak sanggup kosongkan external hd or pendrive nak copy the lastest episode of RM..so, on date jumpa aku, copy stok yang mana ada..

teringat 1 hari aku pergi IKEA..terserempak dengan senior masa degree dulu..mula-mula dia nampak aku terus tanya, "Download dah ep 103?"hahahha..punya la..sudah 2 tahun kot tak jumpa dia..tapi  yang tu dulu dia tanya aku..hahahha..kadang-kadang rasa macam muka aku dh trademark RM..hihi..(perasan)

by the way, kita sebagai seorang Islam perlu fikir yang hal dunia ni xkemana..dan sampai bila nak menanti tiap minggu?program tu takkan habis(termasuk program-program lain yang kita tunggu..sebab bukan RM je kita tengok kan?hihi)..so,ape-ape pun jangan sampai lalai dan tinggalkan kewajipan sudah!hihi..

*seronok kalau ada new comer utk RM..tp RM(ringgit malaysia pun penting!)hihi
*kshownow.net supplier..
 

Terkulai-kulai meringkuk~ Published @ 2014 by Ipietoon