Wednesday, January 16, 2013

[2013...Aku Datang..]

seriously, aku tak da lagi apa-apa plan untuk 2013...Aku tak da lagi nak pasang hasrat apa..contoh nak nikah 2013 ke, nak kerja gomen ke, nak undi ape ke kt PRU13...
 
itu bukan aku..sebab aku tak reti merancang..tahu-tahu benda dah lepas...
 
tapi apa yang wajib 2013 ni, aku dalam dunia belajar lagi la..itu je yang pasti..
 
 
 
 

[Rumusan 2012]

Sekarang ini aku macam addicted dengan keyboard(ingat cerita Tipah Terpedo)..yela baru habis kelas yang banyak assignment..hari-hari menaip membaca..masih lagi terbawa-bawa sifat itu..so minta maaf la ye blogger kalau entri aku menyebabkan streaming hang slow ke, memenuhkan server ke..hihi
 
bukan itu yang hendak aku tekankan...topik kali ini, ialah rumusan hidup aku sepanjang 2012..almaklumla...sekarang baru bulan 1, kira-kira masih baru lagi aku meninggalkan 2012..
 
sekejap je masa berlalukan?aku ingat lagi, awal-awal tahun lepas aku sibuk lagi ke sana ke mari ke kenduri rakan-rakan belajar..samada naik bus, konvoi dengan kawan-kawan, mahupun merempit moto sendiri..itu pun sebab kenduri kawan sekolah aku dekat-dekat rumah...itupun belum kira kenduri yang aku tak boleh pergi..pendek kata, 2012 kami berumur 24 tahun, dan ramai yang melangsungkan perkahwinan..
 
hasilnya, ramai diantara mereka sedang pregnant dan ada dah melahirkan pun..itu sekali lagi rombongan aku ke rumah diorang untuk lihat baby pulak..itu pun, ada yang baby aku tak tengok lagi..
 
Aku baru tengok baby M dan semalam pergi tengok baby A...A lagi satu tak sempat tengok la..dia dah habis pantang dan dah balik johor dah...dia tengah final year Master..
 
dan awal tahun 2012 jugak di mana bapak aku kembali solo...
 
Ok..tu pasal perkahwinan...next, pasal kerja...Rasa macam fresh lagi dalam kepala otak aku pasal tanda paper budak,key in markah, pergi interview biasiswa, pergi interview nak kerja kat tempat lain..so...semua nya tak kesampaian dan menjurus aku untuk sambung belajar lagi walau tak da tajaan..
 
Dalam pada itu, aku dapat beberapa tawaran temuduga...yang dikesalinya, aku tak da niat pun nak pergi sebab aku pergi sambung belajar dan tak terfikir pun kalau aku failed belajar tak da backup nak buat apa...
 
hurrrmmmmm...takpe, aku ikut je flow yang mendatang...memang aku jenis buat 1 benda je dalam 1 masa..hihi..kalau aku tak buat apa-apa pun nanti, aku duduk rumah jaga bapak aku pun dah cukup membahagiakan..
 
sebut pasal bapak aku, puasa tahun 2012, sebulan aku dekat rumah serve bapak aku sahur dan berbuka...tak la pro mana, tapi boleh la diharap...Raya tahun 2012 pulak, raya macam biasa je...tunggu kawan-kawan aku datang rumah...tak datang-datang...semua main tarik-tarik tali..
 
Cuma raya haji 2012 tula aku yang kena bergerak...ada la rupa raya sedikit...hihi..
 
Mei 2012..Aku konvo ijazah...Akhirnya, tamat jugak la ijazah sarjana muda aku...walau result tak seberapa...Alhamdulillah...
 
Hubungan adik-beradik 2012 ni pulak macam ok je..nampak la sikap toleransi diorang, kalau tak, asyik nak gaduh je..Alhamdulillah...
 
Itu la diantara perkara-perkara besar yang belaku dalam hidup aku sepanjang 2012...
Ada lagi ke yang aku lupa tu halal la ye..hihi
 
Aku bersyukur, sepanjang 2012 ni kami masih ISLAM, aku masih memiliki keluarga yang aman, kawan-kawan yang memahami dan membantu serta persekitran yang masih lagi senang...
 
SYUKUR ALHAMDULILLAH!!!!
 
*Mesti boring kan..sebab plain je...


[Esok Khamis..]

Selalunya segala urusan kewangan UiTM akan didepositkan hari Khamis...Tapi tak tahu la Khamis bila..Hari-hari aku check account balance online. Adakalanya, aku rasa ntah-ntah akaun aku kena hack masa aku nak log in tu dan duit yang dimasukkan tu hilang tak tahu ke mana so sebab tu la baki asyik RM1.93..hihi..macam-macam dah aku paranoid...Please la esok, baki kamu berubah ye wahai akaun...aku sudah tidak mampu menanggung derita beburuk sangka terhadap itu bank, itu KPT, itu UiTM...
 
*Almaklumla...hutang banyak ni...dgn F lagi, insurance lagi..L lagi..Ticket budiq lagi....hurmmmmmmm...
 
*Apa-apa pun senyum dan sabar..
*Tadi tengok setia hujung nyawa..baru aku tahu si EL tu baru lepas SPM..hihi

Monday, January 14, 2013

[Waaauuuuu...]

antara statistik yang mengejutkan aku...


[Gambar-gambar yang aku cuba upload]

Berjayakah?
tunggu dan lihat..

:
:
:
:
:
:

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
..



-
-
-
-
-
-







*
..
.
.
.
.
..
.
.
.








[Statusku..Pelajar ke tak pelajar]

yaaaaaa.......semuanya ditentukan berdasarkan keputusan semester ini..

kalau ada yang tak pass, aku redha.. berhenti..

cari kerja..

ataupun duduk rumah, freelance sambil jaga bapak aku

tu je plan aku..

aku dah usaha..tapi rasa macam tak cukup je usaha itu..

Ya Allah..

permudahkanlah..


[Seterusnya..Aku Tak Normal Sangat]

Sepanjang pengkuliahan Master ini, aku dapati waktu aku berubah..siangku sebagai malam, dan malam ala-ala siang..

aku tidur hari-hari lepas subuh dah bangun balik dalam pukul 12.00pm.. bergantung pada sesuatu yang berlaku..jika pagi tu ada ape-ape hal, tak tidur la sampai aku balik pulak..

Semua ni bermula pabila aku stay up untuk membuat assignment dan project. Idea pulak memang takkan muncul di awal waktu, esok kena submit, tengah-tengah malam baru idea datang (padahal hantu last minute)

So, tak kira la kalau next day tu test ke..aku akan segar bugar je mata..lebih-lebih lagi kalau berborak dengan si F. Aku tak kisah pun pasal test, sebab nanti dah habis jawab ke, tengah-tengah jawab ke blh tidur kalau mengantuk..teruk perangai..aku tak galakkan untuk orang lain mencuba..sebab pening weh..

OK..alkisah nya tak kisah lah jam aku dah tak normal, tapi sekarang ni kan aku kt kampung, jadi memang masalah la nk berjaga malam...satu..sebab tak da geng berjaga..dua..sebab tak da aktiviti cth berkarya, buat assignment, berborak.. tiga..memang automatik mata segar lepas jam 12 dan siang hari nak tidur je rasa..

Aku akan berusaha normalkan kembali kehidupan aku..

*tak pelik la malam ni boleh pulak aku memblog dengan jaya dan banyaknya..

[Janji! Ini kisah Penuh!]

Assalamualaikum W.B.T

*dah 2013, kenalah ada perubahan sedikit dalam permulaan entri  dengan memberi ucapan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca..

pada tanggal 12 Januari 2013, aku telah submit apa yang patut dan jawab test apa yang patut..oleh itu, selesailah urusan aku pada semester ini..

pada hari yang sama juga, aku telah pulang ke kampung yang kira-kira sebulan lebih aku tak pulang..rindu bapak aku..

masa tiba di rumah, terlihat bapak aku teruja melihat aku masuk ke rumah..dia menungguku pulang dengan sepenuh jiwa raga walaupun masa tu dah nak dekat pukul 11pm. (selalunya bapak aku tidur dah dalam pukul 10 tu)

tengok-tengok bapak aku mundar mandir di sekitar kawasan TV.. ada sahajalah  benda yang keluar dari mulutnya... cerita pasal dia basuh karpet, sambil mkn keropok dan minum-minum air teh o..nak dekat pukul 12 juga dia tidur..

Sehingga pagi tadi pun, dia nak bersiap-siap ke seminar haji, ditanyakan aku nak sarapan ape..nak nasi lemak ke ape ke.. dia tinggalkan duit nak beli lauk pauk dan sebelum keluar dia tanya, "awak cuti berapa lama?"..aku pun menjawab, "sebulan lebih.."

terpalit senyuman di wajahnya..cukuplah mengembirakan aku dan cukup mood aku untuk sambung tidur lagi..

tapi..aku rasa bersalah sangat..

aku tak pergi kedai beli lauk..

dia pulang maghrib tadi, aku hanya buat air teh o untuk dia..

ada lauk sardin dan dia sedikit pun tak berbunyi makan sardin tu..

dia paling pantang makan sardin..tapi aku rasa, demi menjaga hati aku, dia telankan jua...

aku JANJI!esok aku pergi beli lauk..

aku akan berada di persimpangan jalan menunggu van menjual lauk itu seawal pagi yang mungkin..eh,laaaa...esok isnin, ada pekan sari, so van tu tak lalu..

hahahahahahhaha


[Got a call]

hurmmmmm...

sometime, whenever you feel save and secured, you are actually not!

I'm really thankful that I got the opportunities to have that feeling..

and Allah took its back to wake me up!

so that, I'm just not simply think that all things run smoothly.

*Aku rasa cerita ni tergantung...aku nak cerita lebih, tapi rasa bersalah takut mengaibkan orang..cukuplah ia sebagai satu pengajaran buat insan yang lalai seperti aku ini..




[logged in]

aduh aduh aduh..

bila aku mendaftar masuk tadi, berpusu-pusu cerita bermain difikiran tunggu nak di blog kan..

moga aku ingat..so, sebelum aku lupa, aku buat list jap:

1) Rumusan 2012
2) Permulaan 2013
3) Duit yang tak masuk-masuk
4) Melawat anak-anak orang
5) Pulang ke kampung
6) Aku takut berhutang emas yang seakan-akan budi
7) Hidup yang tak tentu hala di kala malam
8) Statusku seorang pelajar
9) Kolah rumahku dipecah-pecah
10) Pinjaman atap diluluskan

hahahhaha..kira-kira ada 10 topik, (ala-ala tajuk lagu dalam album tak?kih3)

so, mungkin tak da la sampai 10 entry, may be ade yg tercombine ke..hihi





 

Terkulai-kulai meringkuk~ Published @ 2014 by Ipietoon