Thursday, February 21, 2013

[yang aku tak suka]

hehe..aku berasa kejam. sebab sesuka hati je tak suka apa apa. aku tak suka : hafiz,safee sali,mia sara, dan yoo jae suk. hahahaha..

Monday, February 18, 2013

[Alhamdulillah..hanya itu mampu ku ungkapkan]

perghhhhh..panjangnya tajuk..tapi itulah kebenarannya.. awal tahun ini bermula dengan baik..aku tak da niat apa-apa..hanya melakukan apa yang patut sebagai sahabat,ahli keluarga..hehe..antara gift yang aku dapat secara langsung atau tidak:
 


 
terima kasih kepada pemberinya...in sha Allah.. aku akan jaga elok-elok dan memakainya di tempat yang sepatutnya..bukan ke tempat-tempat maksiat dan lagho..
 
 
*dan hadiah yang bermakna bagiku ialah lulus semuanya di semester 1 ini..Alhamdulillah..

Friday, February 8, 2013

[Ayam penyet..]

aku penggemar tomato..bapak aku pun...dan boleh dikatakan kami sekeluarga penggemar tomato..bapak aku tak suka sangat tomato tu dimasak dalam sayur ke, dalam tumisan ke..dia suka ala-ala sambal gitu...so, aku incharge bahagian masak memasak mengambil keputusan menumbuk lada, garam dan tomato..dan selalu ada lauk ayam je kat rumah ni, dan bapak au tak suka benda-benda berkuah sangat, gulai ke, asam pedas ke..senang cerita, goring sahaja..hahhahaha...
 
so, selama seminggu, rumah kami dihidangkan dengan ayam penyet ala-ala padang jawa yang murah tu...senang dan cepat!hahahaha
 
 
 
 
*aku tak tumbuk dah nak buat sambal tu, aku bland je pakai blander yang kering tu..hahah..so tak banyak air, ada air pun dari tomato!

[Aku tak tahu..]

Pagi ini...aku tiba-tiba redha..aku ambil gula secawan,telur 3 biji pukulnya menggunakan sudu,garfu, senduk...atas sebab takda mesin pemukul...akak aku buat rosak...hurmmm...setelah setengah jam aku mengemudi, aku masukkan secawan tepung gandum, beberapa ketul soda bikarbonat dan beberapa titis essence vanilla.. kacau sehingga rata..aku pun mngambil tungku bahulu..letak atas pemanggang dan panaskan..sapukan minyak menggunakan batang serai..(ala-ala satay..sepatutnya batang pisang..hihi) setelah itu, aku pun curahkan adunan..dalam 3 minit, ia masak..lembut, tapi tak ranggup.. setelah itu, aku pun perasan...jadilah bahulu sebanyak 33 biji..hahahhaha.. arwah mak aku cakap, 10 biji telur, blh dpt 100 biji bahulu..kira-kira betul la rumus tu..hihi..inilah hasilnya yang tak seberapa...hahahahahahaha
 

 

Thursday, February 7, 2013

[Windows 8...on Netbook]

hahhahaha...aku bukan la jenis mengikut trend, pakai benda yang baru keluar atau apa-apa la.. aku pun tak tahu kenapa aku tiba-tiba rajin transfer file dan redha je format netbook ni..yela, walau windows 7 starter, tapi dia ori..tu la dulu-dulu aku tak pernah nak jadi format untuk tukar OS.. dan..tarikh 6 Februari 2013..sekali lagi...sebuah keajaiban berlaku..aku telah menukar OS netbook ini kepada windows 8..hihihi..serius sebelum ni aku tak teruja pun windows ni keluarkan product apa..tapi setelah aku menggunakan 2 hari ini, performance dia quite good la..(dipengaruhi oleh spec laptop)
 
aku cerita sedikit netbook ini pada suatu ketika dulu..
1)windows 7 starter ori
2)aku jarang sangat shut down melainkan hibernate je..sebab, bila nak start up dan turn off process amatlah lambat..
3)selalu hang..kalau tinggal sekejap, sentuh balik, lambat dia respon balik..tapi aku penyabar..aku tunggu je..
4)tak boleh tukar desktop background!hahhaha
 
setelah diinstall windows 8:
1)windows 8
2)sangat suka untuk shut down and turn on balik..tekan shut down tap tap terus screen hitam..tekan on button, tap tap keluar windows..sangat laju
3)tak hang lagi setakat ni bila aku tinggal.masih lagi memberi respon
4)dah boleh tukar desktop background and theme!cantik!
 
*disebabkan netbook,untuk runs app, kena adjust register resolution dulu..
*rugi tak beli masa mula-mula dia keluar dulu..sebab harga dia RM50-RM100 je..sekarang dah naik 800 lebih

[hahaha..nak menunjuk]

hihi..aku cuba menghighlightkan ini:

selamat mencuba!!

*tapi aku tak faham kenapalah Kuala Lumpur!!

[Exam result]



Adik aku cakap, result keluar *15 Februari 2013.. uishhh...debar..nak tengok la apa la hasil aku buat selama se semester ini..hanya berserah kepada Allah..aku dah berusaha..cukup tak cukup,itu jela yang aku sanggup beri..kadang-kadang rasa penyesalan tu tebal..adooiii...

*subject to change.

[Air paip..]

 
 
Yaaaa...air sangat penting..aku tak nak mengadu apa-apa..cuma nak bagi informasi..kot-kot orang search "Air kat jengka takda hari apa?" akan relate ke entri ni..untuk pengetahuan semua..bekalan air paip kat jengka hari-hari ada kecuali hari *Isnin dan *Khamis..harinya pasti sebab aku dah buat kajian hampir sebulan,cuma bilangan tak tahu..mungkin 1 hari, 2 hari atau 3 hari...
 
*subject to change..wakakakkaka

[Problem yang aku rasa berat selama ini...]

ok..ini dia list problem aku:
  • aku mohon pinjaman YP..aku tak submit lagi borang hard copy nya..aku tak pergi cop utk sahkan fotokopi sijil-sijil lagi dan yang penting kat borang tu kena sign penghulu/pegawai daerah yang aku tak pergi-pergi lagi cari nak cop..ape yang penting, 31 Disember 2012 last due date..dan rupa-rupanya 7 Januari 2013 dia dah panggil calon yang layak untuk pergi interview..
  • masa degree dulu, aku buat pinjaman pendidikan dengan Felda..dan sebelum aku dapat duit pinjaman lagi, sara hidup bapak aku bulan-bulan dah kena potong..aku dan adik aku menjdaikan total potongan RM150. baru-baru ni, di potong sekali ganda iaitu RM300..ini menimbulkan ketidakpuas hatian bapak aku sebab duit dia kena potong..lantas dia suruh aku buat surat/melakukan apa-apa sahaja untuk memulihkan keadaan..benda ni start Disember 2012 dan dah masuk bulan Februari, aku tak membuat apa-apa lagi..
  • masalah ketiga, ini la masalah paling besar..iaitu claim mybrain aku tak masuk-masuk lagi..sedangkan aku buat awal sekali..oktober 2012..budak yang buat November 2012 pun dah dapat,aku je yang tak dapat-dapat lagi..
3 benda ni aku rasa sangat membebankan dan rasa berat je nak dapat rezeki dari Allah..aku pun terus sabar dan menunggu..tibalah hari 6 Februari 2013..hari ini telah mengubah segalanya..dan aku tertanya-tanya kenapalah sebelum ni aku tak bertindak!hahahhahah..ini dia solution nya:

  • rupa-rupanya pinjaman YP untuk pelajar sarjana dibuka 11 Februari 2013 hingga Mac 2013..aku search dekat web YP..selama ni aku salah isi, aku amik link budak degree dan diploma..hahhahahaha..so, aku tunggu borang sebenar aku la..disamping benda-benda lain aku dah ada..
  • aku call felda KL..tanya ape masalah dia potong sampai 3 ratus. orang tu jawab, mungkin ada tunggakkan dan diorang terpaksa double kan sampai exact bulan..dan berita baiknya, dia tanya result aku, dan dia suruh post transkrip result untuk dapatkan potongan/diskaun.. Alhamdulillah..rezeki yang tak disangka-sangka.
  • aku call unit mybrain bahagian yuran, dia minta ic aku dan check. rupa-rupanya, ada la department yang menguruskan surat perjanjian tidak inform/serahkan maklumat ke bahagian yuran dan bahagian yuran tak boleh proceed untuk claim aku sebab pada hemat dia, aku tak submit lagi surat perjanjian dan maklumat itu tak da dalam sistem. aku pun cakap yang aku dah submit oktober lagi dan dia ambil no fon aku dan akan inform balik selepas check. dia kata, perkara macam ni banyak dah berlaku dan dia pun dah pening sebab dia kena handle 18 universiti. sian orang tu.. so,petang tu dia call aku dan cakap perjanjian aku dah ada dan dia dah masukkan dalam sistem. cuma tunggu pembayaran je..dia cakap pembayaran aku akan dilakukan sekali dengan ramai-ramai yang lain, dan aku rasa dapat sekali dengan muna dan syairah..hahahhahahahah..petang itu sampai kat umah, KPT dah post surat perjanjian salinan pelajar dan penjamin  kat aku..memang terbuktilah aku dah submit.
So, senang sahaja semuanya..Alhamdulillah..Allah permudahkan..rupanya aku mampu..sebelum ni rasa depress gila!

*aku takkan merungut lagi air paip tak da tiap-tiap minggu..Isnin dan Khamis.
 

Terkulai-kulai meringkuk~ Published @ 2014 by Ipietoon