Posts

Showing posts from February, 2014

[Guling guling]

hehehe..sedang aku berguling-guling di port baik punya untuk tidur.. tiba-tiba aku pose macam nak memanah..   yaaaa..dengan tidak semena-menanya rindu kepada ingin memanah datang berdesup..   lantas aku pun mencapai telefon bimbit untuk meng google kelab memanah di Pahang.. kot kot la ada yang terdekat.. boleh join isi masa lapang dan mengasah bakat.. yang ada paling dekat ialah kelab memanah uitm Pahang.. dulu aku dah join dah masa KO part 3 time diploma dulu.. siap jadi pelopor lagi yang mana batch pertama.. time tu facility kurang.. kami cuma berbekal kan padang kosong semata-mata... untuk beli peralatan pun duit kelab tak da lagi... sebagai solution nya, diorang minta ehsan dari setiap ahli sebanyak RM37 seorang.. dengan duit tu, diorang boleh beli baby bow, string tambahan, arrow, board dan lain-lain.. duit tu memang diorang minta halal.. sebagai pelaburan untuk orang masa depan orang lain guna..   Untuk platform yang lebih jelas dan besar,

[Harmoni Di Rumah yang sweet]

hehe..   kat rumah ni ada bapak, mak tiri dan adik aku yang cuti sem..serta aku lah..hehehe   heaven gila..bangun tido bangun tido..   tengok semua channel kat tv..   buka laptop sampai pagi..   adik aku kerja mendownload je..   aku tukang tadah apa yang dia ada..   so..aku sangat up to date dengan Running Man..   Next, pretty little liars..  Dulu aku tinggal season 3.. sekarang aku dah catch up sampai season 4 episode 20.. hahahaha   tunggu minggu depan keluar episode baru..hehehe   Ok..aku suka cerita ni sebab OST dia yang melekat di jiwa..   then aku ni ada jiwa spy, penyiasat,stalker dan weirdo.. lalu cerita ni sangat melekat.. hehehehe   untuk stok boleh mai dating copy kat aku..hahahaha   ok..ni kat you tube aku ceduk OST series PLL ni..       *hehe...moga tak lalai..

[Misi mengisi Borang]

Ada lubang kerja.. tarikh tutup 3 March 2014.. Tapi kena tunggu transkrip dan skrol.. tak buat lagi surat nak suruh orang ipsis dan HEA buat..   Sekarang aku dah siap isi form.. tinggal nak print,, fotostate ic dan sijil.. pastu pergi cop pengesahan..   memang itu la adat nak mencari kerja.. kalau ada rezeki.. dapat la kita..   so..andai borang diproses.. dapat rezeki dipanggil interview..   haaa..interview la benda paling cuak.. memang aku buat muka rilek.. tapi tula benda yang aku paling takut..   hahahahaha   *banyak persediaan yang perlu dilakukan demi masa hadapan.. *baru dengar berita gembira dari rakan...pasangannya yang selalu tergelam timbul dah sampai seru untuk ke next stage..in sha Allah tahun ni depa tak bujang dah..hihi..  

[Ikat Rambut Hilang]

Sebenarnya aku tidak tahu mana pengikat rambut aku pergi.. rata aku mencari.. puas.. tidak juga aku temui..   Adakah dia ke bali? Tidak mungkin..mana dia ada paspot dan tiada buat tempahan penerbangan..   Adakah dia dicuri? Mungkin..mungkin diculik oleh penggemar ikat rambut..asudahh..habislah ikat rambut aku..jangan dinoda sudah..   Nasib la dulu aku penah beli pengepit rambut.. Jadi, dialah sebagai ganti..   hahahahaha.. macam bangang intro..   ini sebenarnya analogy je... semenjak dua menjak ni..separuh jiwaku pergi (ikat rambut).. dia dah tak da.. dia lebih suka menjadi teman sahaja.. aku redha..   masalah sekarang ialah.. aku ada satu hal yang perlu aku mengadu.. then..aku tak jumpa siapa aku nak adukan.. aku scroll down whatsapp list, aku tengok siapa prospek yang boleh aku luahkan kebengangan aku.. aku pun jumpa seorang..(pengepit rambut) aku cerita segala kat dia,, tapi.. hati ini tetap merasa tidak puas.. seperti

[Unemployed]

3 hari.. 3 hari sudah cukup aku tunggu kerja yang sepatut aku buat.. aku tak berdiam diri.. aku rajin betul follow up dengan ketua projek, teammate,, tapi mungkin problem network, masa dan ketika diorang tak boleh nak respon.. pada mereka soalan aku susah sangat mungkin...   contoh:   soalan 1) Aku kena buat apa sekarang?hehe soalan 2) Aku mana? soalan 3) Weh..balik dah ke? soalan 4) Aku ni nak tunggu mana la outstation ni..boss senyap ni..     dan di soalan ke 4 itu la baru ada jawapan.. jawapan yang tidak aku bersedia langsung.. jawapan yang merudum jiwa selama 3 hari aku tunggu..  ni..jawapannya:   "Kaem,mslah skang ni adalah ko sorg pompuan..   Yg lain sume laki dlm team ni..." (Exactly cara tulisan dan gaya bahasa from the original mesej)   mereka nak jaga hati atau apa aku tak pasti.. Tapi..pada hemat aku la.. benda macam ni awal-awal lagi please la cakap kat aku.. seriously, aku locked diri aku dari buat benda lain

[Mood menulis Yang Sebenar]

Dalam nak menulis papa-apa sekali pun, mood memainkan peranan yang penting.. mood juga la yang menentukan keberhasilan tulisan kita,  kesilapan kita, bahkan disebabkan mood la, penulisan kita boleh mecentus pelbagai kontroversi...   sebagai contoh situasi di mana kita marahkan seseorang dan menaip sistem pesanan ringkas (SMS) kepadanya, apakah yang anda jangka akan tertaip?yaaa...sudah tentu sumpah seranah, maki makian serta pelbagai perkataan yang tidak sopan akan keluar..   Apakah akan jadi jika anda hantar apa yang ada tulis itu?yaaa..sudah pasti pihak sebelah sana akan turut merasa berang lantas membalas dengan tomahan-tomahan lain..   Dengan memikirkan sebab musabab dan perkara susulan, aku dengan ini tidak ingin menulis dengan mood marah berkenaan.. (Sedangkan aku tengah marah menggelegak ni sebenarnya..)   *Ya Allah..kurniakan kami dengan kesabaran menghadapi duniawi ini..Aminnnn    

[Malas nak kerja]

Hehehe..Time belajar dulu hari hari aku sebut yang aku malas nak kerja.. hahaha..tapi memikirkan banyak benda kena bayar dan aku ni bukan belajar dapat scholarship, semua pinjaman kena bayar balik,  jadi terpaksa la jua aku kerja...hahahaha..   Ni rasa malas nak kerja bertambah lagi sebab Fear Factor Malaysia dah start dah.. hahaha.. dan aku dah ada couple yang aku suka iaitu Sariyanti dan Ape Ntah nama pasangan dia.. hahaha.baru tengok kumpulan A..belum tengok kumpulan B..nanti mesti ada favourite lain pulak..hehehe   Nampak tak, motif sangat aku ni tiba-tiba gila kan tv pulak..saja mencari alasan la tu.. hahahaha      

[Job Hantaran]

Image
Ok..jika anda sudah membaca post yang lepas, iaitu aku sepatutnya berada di Johor..Di sini akan ku jelaskan..hahahaha   Begini, hari jumaat yang lepas aku sepatutnya ikut kawan-kawan aku balik KL jumpa boss besar dan lapor diri..dan hari sabtu mereka akan bertolak ke Johor..Tapi aku tak dapat follow sebab abang aku bertunang 15 Feb 2014 di Kelantan..Jadi, aku sepatutnya lapor diri jadi ditunda sehingga diberitahu dan pergi ke mana-mana sehingga diberitahu juga..so, kawan-kawan aku tu pun dah gerak ke Johor dan aku tak ikut..   Aku ke Ketereh, Kelantan pada petang Jumaat selepas solat Jumaat..Malam tidur di Homestay D'Pasir..Sebiji Rumah berharga RM250 sehari..cantik..kemas dan selesa..Kami ramai dan agak sesuai..Tambahan dekat dengan rumah tunang abang aku...hehehe   Belah perempuan mahukan majlis yang simple dan hantaran hanyalah sebagai buah tangan semata-mata supaya tidaklah datang dengan tangan kosong...   Aku yang berada di rumah,dan aku la yang ditugaskan men

[Job Bidan Terjun]

Minggu lepas aku busy gila...hahahaha.. hal ini kerana kawan aku ada job kat kampong aku dan dia perlu buat survey kat penduduk sekitar..dan aku ada di kampong, lantas aku tolong diorang tunjuk jalan dan nak round mana-mana..   kerja tu senang je, kena suruh orang buat kaji selidik...tapi correspondent nya orang tua-tua..soalannya panjang dan banyak.. cabaran nya pak cik mak cik ni tak faham dan tak tahu nak jawab apa.. so, kami kena memahamkan mereka. .kena simplify soalan..kena cakap dalam bahasa mudah...   target kami 200 correspondent untuk  4 hari..bermakna sehari perlu mendapat 50 orang..tapi sayang, kerjasama dari penduduk setempat ok, cuma untuk seorang tu akan ambil masa 45minit hingga sejam..dan dalam sehari paling banyak kami dapat ialah 13 orang..   nak capai target tu punya la susah..yela..kena pergi rumah ke rumah..dan ada sesetengah pemimpin setempat tu, kumpul penduduk yang berkenaan kat dewan dan kami terang sekali gus.. ini Berjaya mendapat 20 l

[Job Lain]

Image
Kalau baca entry sebelum ini, ada orang mintak aku buat lagu..dan semalam aku dapat job baru pulak...hehehe   Ada kawan aku cuba meniaga online Celcom 1 Malaysia 4G LTE..   Dia mintak aku buat flyer untuknya...   Dia akan print dan fotostate bagi orang.. dan sesiapa berkenan akan contact dia untuk beli..   Aku pun menghadap dari 10 lebih malam sampai pukul 12..siap 1 version.. tapi aku rasa macam tah apa-apa...   Alkisahnya, banyak sangat info nak kena letak..dan element nak letak pun aku jadi blur.. ni la hasil version 1.0:       Aku pun whatsapp kepada kawan aku tu untuk dia tengok macam mana.. pastu dia komen la macam-macam..suruh buang itu ini.. Sejam lepas tu dalam pukul 1 lebih terhasil la version 2.0 seperti berikut:   *mengidam nak pakai iphone.. tu yang nak buat concept apps kat iphone tu...hehehe.. *Glad dia approve version 2.0 tu..dan dapat upah topup celcom RM10..hehe

[Mencipta Lagu]

Aku ada seorang kawan.. Dia ada band.. dari sekolah dulu die ber band.. tapi band nya kalau dengar lagu-lagunya memang semua lagu heavy metal gila-gila.. yang pesyen nyanyi pakai tekak sebutir perkataan pun takkan dapat orang biasa tangkap dia sebut apa..   dah lama dia dengan band tu dan lama menyepi..   baru-baru ni diorang buat reunion dan reform balik band.. tapi cuba dengan konsep baru.. Masing-masing dah tua dan matang kononnya.. diorang baru sedar lagu-lagu diorang bukan semua lapisan masyarakat boleh layan.. dan diorang ada buat kajian yang lagu-lagu market sekarang macam:   1)Hyperact - Hanya Aku 2)Noah - Jika engkau 3)Cakra Khan punya lagu dll   Dia first time dengar lagu hyperact gelak sakan sebab rasa lagu tu lawak.. tapi hakikatnya lagu-lagu macam tula org Malaysia ramai suka dengar..hihihi   Oleh hal yang demikian, ada ke dia suruh aku cipta lagu dan lirik..hahahaha..memang aku ni berseni sangat la kan? (Mata memandang atas, lida

[Aku Di Sini]

hahahahahahah..   Tajuk tak boleh belah...   ok2..apa yang aku nak highlight kan di sini ialah aku di sini sedang menaip kerana mempunyai masa yang terluang...   aku di sini kerana aku telah pulang ke kampong..   aku di sini setelah tamat semester akhir..   aku di sini telah menerima result belajar..(Alhamdulillah..LULUS..)   aku di sini sekarang dah complete Msc (CS)..   aku di sini tak tahu nak cari kerja di mana.. (Offer datang dalam pelbagai bentuk...Aku je blur tak tau mana satu) *All the best everybody..Ada suka dan duka.. Aku pun turut berduka dan in sha Allah, aku akan cuba membantu apa yang termampu...

[Tak Dapat Sambung]

Oleh sebab sikap aku acuh tak acuh nak login blog, ada beberapa entry yang tak complete..Ada satu tu aku sempat tulis tajuk je..Ada satu post tu pulak aku dah tulis suku dan harap boleh sambung pada lain kali aku logon.. Harapan tinggal harapan.. Aku dah lupa apa kisah untuk entry-entry tersebut..   Maaf la kerana tidak dapat sambung story yang berkenaan.. Aku rasa ianya tetap salah satu kenangan bagi aku tapi untuk menceduk memori berkenaan aku tidak mampu...   Posts yang aku maksudkan tu dah berzaman jika dibandingkan dengan tarikh hari ini..   Inilah entry yang malang itu: [One Very Fined Day] [Sopan.. Humble.. Adorable]   Hahahahaha.. *Lain kali aku takkan buat dah macam tu..aku akan perabis dulu apa aku nak tulis walau semengantuk mana sekali pun...hehehe

[Bukan Blogger Tegar]

Kepada yang mengikuti perkembangan blog ini, anda mesti arif tentang ketidak beradaan entry-entry baru di blog ini.. Almaklum la...busy..hehe   Justeru itu, aku boleh simpulkan di sini yang aku ni BUKAN BLOGGER TEGAR..   Hehehe..biasalah..untuk menjadi blogger tegar, sekurang-kurangnya 3 hari sekali akan post satu entry untuk bacaan follower blog nya...   Bahkan, blogger yang tegar juga memiliki ramai follower dek kerana keaktifan beliau...   Oleh hal yang demikian, ramai la nak taja iklan di blog nya dan boleh dikatakan traffic ke blog nya memang jam! hehehe   Ini semua tiada di blog ini...hehe   Aku tak tahu berapa istimewanya nukilan aku..   Tapi..   Aku memiliki seorang FOLLOWER BLOG TEGAR..   Beliau la selalu notify aku untuk update.. dan hari demi hari menerima request dari beliau, aku pun membuka laptop setelah sekian lama tidak di switch on..hehehe   Inilah hasilnya...my new comeback kata ko! hahaha     *Aku rasa kali ni pun aku ak