Friday, May 29, 2015

[Rona Kehidupan]

Aku ada satu concern..

Ok camni..since bapak aku single parent(walau ada mak tiri), dan aku bekerja tak duduk rumah,
Setiap dua minggu atau tiga minggu sekali aku akan balik rumah jenguk orang tua..

Ok..point nya..bapak aku tu je yang aku ada sekarang, rasanya tak jadi masalah la kalau pi jenguk dia.. Tak tolong ape pun, tapi bila balik tu sekurang-kurangnya hilang la sikit pilu di hati..

So, macam ni..

dah bapak ko tengah weekdays tu call ko hari-hari tanya balik bila, balik tak minggu ni, kerja ke..takkan ko tak rasa nak balik..walau dia tak la sebut, "baliklah..rindu", jauh di lubuk hati memang ko akan meronta nak balik walau sejauh mana sesengket mana pun ko time tu..

Since aku pun single lagi dan tak perlu lagi nak bahagi balik mana-mana jangan la compare aku dengan yang dah kawin, kot sebulan skali baru balik rumah sendiri.. Yela.. Jauh berbeza komitmen kita..

Ada satu kes ni, kawan aku saja-saja jela borak kosong..dialog nya lebih kurang:

Kawan: eh..pelik la..bapak ko call hari-hari,banyak pulak borak nya..kalau aku call rumah aku mesti nak cakap dengan mak aku..andai bapak aku angkat fon skali pun..takdanya nak borak-borak dengan bapak..

Lepas tu dia terdiam dalam 5saat gitu..

Aku tak cakap apa pun.. Hahaha.. 

Yela..aku ada bapak jela nak bercakap nak berbakti.. Ini je masa ada dengan dia sebab rasa diri ni gagah lagi.. Aku tak rasa terbeban pun nak borak dengan dia, dia call hari-hari ke.. Rase lagi bersyukur dia ingat aku.. 

Lagi gelabah bila fon mati atau takda line..tiba-tiba dapat message voicemail.. Cuak wooo. Risauuu..

*kawan-kawan yang membaca, maaf, mungkin hangpa saja borak kosong isu balik dan bapak ni dan kadang tak perasan.. Cuma luahan hati bila apa yang aku buat macam pelik dan diluar norma manusia lain.. Status, keadaan, persekitaran kita membezakan nya.. Hurrrrmmmmmm..


Monday, May 25, 2015

[Puasa ni]

Di pagi ini...
rasa nak maki orang..
tapi..
nasib la aku puasa..
kesabaran memang terduga..

sekian sahaja..

*tadi aku dah taip panjang dan semua ayat berbentuk marah..tiba2 hilang marah dan aku delete dah balik..hok positif ni je tinggal.hehehehehhe

Sunday, May 10, 2015

[Hari ibu bapa]


Satu
Kasih nan abadi 
Tiada tandingi 
Dia yang satu
 
Dua 
Sayang berpanjangan 
Membawa ke syurga 
Kasih nya ibu 

Tiga 
Lapar dan dahaga 
Rela berpayahan 
Setianya ayah 


*Alfatihah dan segala surah untuk rohani dan jesmani mak dan ayah tak kira masih hidup atau telah pergi.. Itu la hadiah yang sebaik-baiknya..
 

Terkulai-kulai meringkuk~ Published @ 2014 by Ipietoon