Sunday, November 29, 2015

[Fasa 2]

Hoho..
Walaweeehhh...
Sekarang berada di fasa 2 kehidupan..
Cehhhh..
Macam mana nak determine pun aku tak tahu..
Cuma nya dalam hidup aku ni,aku masuk fasa baru la ni..
Belum fasa 2 lagi..
Tapi mahu melangkah ke fasa 2..
Serius.  
Tak sangka aku akan melaluinya..

Kadang-kadang 15 saat jugak aku termenung..
Betul ke ni?
Aku dah macam perempuan-perempuan lain plak..
Di mulut,di tangan, dan sekarang di blog asyik pasal kahwin..
Pendekkan cerita..persiapan kahwin..
Hari ni,
Estimated 152 hari lagi..
So dalam kepala ligat duk fikir goodies dan baju..hahahahaha..

Yang ni je aku rasa macam mencabar bangat..

Tapi tula..
Sebenarnya benda senang je,aku pun nak buat benda simple je,tapi apalah duk fikirkan sangat..

Patutnya di stage ni fikir persiapan diri..cukup dah ke ilmu di dada..rohani jasmani mental emosi..
hurmmmmmm..

Semoga Allah permudahkan..

*niat nak khatam quran lagi sebelum kahwin..baru juz 3..heheheheh..

Saturday, November 14, 2015

[Brago]

Hehehehe..
Bila aku post entry sebelum ni,
Terus mai isu broga ni..
Hahaha..

Tengok kat list,
Yaaa...aku tak cerita lagi pasal broga ni..

Tajuk tu memang aku sengaja eja brago..
Sebab masa kitorang nak memanjat bukit ni, 
Ada seorang ni, dia sebut "brago" dengan yakin dan tak rasa bersalah pun.. 
Hehehe.. Tu je..

Ok..
Masa tu cuti awal muharam..
Jatuh hari rabu..tengah-tengah minggu bekerja..
So..
Memang minggu tu tak balik kampung la..
Takkan nk cuti derek..
Cuti pun tak berapa nak ada dah..
Nak kena save untuk #triptokrabi28 pulak..
Hehehe..lepas ni cerita pasal krabi ok.. Hehe..

So,
Tiba-tiba hari isnin minggu tu geng-geng ofis sebut "jommm panjat broga rabu ni?"
Pastu belaka on!
Belaka ada kat pantai barat dan memang sepesen je belaka tak balik cuti kat kampung..
Yela..memandangkan kampung depa pun KL je..hahahahaha

So,
Memang tak berfikir panjang..
Aku pun on jugak la..
Sebab memang takda plan apa-apa pun..

Hehehe..
So,
Jadualnya bermula seawal pagi..
Pukul 3.30 dah keluar rumah menuju ke semenyih..yela..kononnya nak tengok matahari naikkkk..

kitaorang carpool..budak-budak ni ambik aku kat rumah..
Then, perjalanan tersangat la lancar sebab pagi-pagi buta, mana ada orang..jalan clear..

Dari putra perdana ke tapak parking tu mengambil masa 45minit..
Hehehe..

Masuk parking kat ladang kelapa sawit..sama macam blog-blog lain cerita..
Tak susah pun sebab ada orang guide nak parking mana..dan sudah tentulah berbayar..RM2..

Fasiliti di tapak parking memang ok la..
Sebab ada toilet bagai..bersih dan terang la..bayar RM1..sebab aku bayang jamban dinding kayu, pintu kena angkat untuk buka dan tutup,dalam ada lilin..atau kencing kat mana-mana..gali lubang dan tutup lubang..hahahaha..
Teruk betul bayangan aku..hehe..

Sesudah sampai, belaka gi toilet, pakai kasut, dan pack barang makan dan minum yang nak dibawa ke atas..almaklum la..on the way tu baru beli..takkan nk pegang plastik 7e tu naik atas..so better letak dalam beg galas senang digalas..

Apa yang aku bawak:
1)Air mineral botol kecik -2..
Satu nak buat ambik wuduk sembahyang subuh kat atas nanti..1 lagi untuk minum..
2) Kerepek bawang,sebab tak buka lagi dan ringan 
3)telekong dan pashmina(buat sejadah dan konon sejuk blh membaluti badan..sekali tak sejuk langsung..sebab badan sentiasa panas mendaki)
4)power bank.. Disamping boleh cas hp,ada torch light jugak
5)hp dan purse..nak tangkap gambar dan membeli belah..

Ok..
Dengan muatan sebegitu..
Aku rasa ok dah la..
Macam tak berat mana..

Sekali sekali..
Semasa pendakian..
Semuanya meleset..
Hoho..

Semua atas belakang tu semua aku rasa berat..
Pendakian condong 45 darjah..uwaaa..lagi terasa masa mendaki..
Plus power tu pineng 999 petak beso gitu..
Jadi nak memegang menyuluh jalan pun rasa beban..

Aku jalan sikit rehat..sian budak-budak lain yang fit tu tunggu kitaorang.."kitaorang" kat sini merujuk kepada aku dan fizah..
Hehehe..fizikal kami memang berbeza..tapi fitness kami sama..hahahaha..
Mungkin sebab aku dah tua..

Cabaran mendaki ni ialah:
1)Permukaan tanah yang kering tapi licin..salah nya sebab kasut berlari..tapak tak mencengkam..so..memang kena berhati-hati..kena pegang pokok,tali yang disediakan..nak turun lagi mencabar..sebab cerun dan licin..kita akan lagi laju..masa mendaki memang rasa sangat giveup sebab mengah sangat-sangat..memandangkan orang lain dah laju ke depan..tiba-tiba dapat whatsapp dorang dah sampai puncak pertama..perghhhh..rasa tak boleh nak giveup..
2)Disamping jalan dalam gelap,kau akan rasa jauh dan kau tak nampak hala kau..rasa semuanya lama..bayang kan,2 jam lebih masa aku ambil nk naik..nak turun 45minit je..masa sampai puncak pertama,solat subuh situ..dan dah boleh nampak sekeliling..so,jalan nak ke puncak 2 dan 3 tu rasa tak penat pun..sebab nampak mana kita nak tuju..
3)tangan kena kuat..ada satu part yang memang kena tarik badan dengan tali..sebab memang 90 darjah aku rasa..hahaha..balik-balik memang terasa lenguh lengan..

Tapi..bila sampai puncak..serius hilang segala penat lelah..time nak giveup tu,siap fikir tak payah tengok sunrise pun tak pe..hehe..

Jangan risau ye,time cuti,memang ramai orang mendaki..tak risau kena tinggal pun..sebab sentiasa ramai orang..dan siap jem lagi sebab tunggu giliran tali..hehehe..dan bukan kau je yang akan berhenti rehat..orang lain pun memang berhenti..hehehe..

*Gambar takda..dalam laptop..dah kena transfer..ni aku update pakai hp je...







[Kesibukan Kemelandaan]

Ya ampunnn..
Sibuk yang amat sekarang..
Kalau dulu pun sibuk jugak..
Tapi sempat mencelah nak menghupdate blog..

Weekend pun boleh tahan..macam-macam aktiviti..

Ni baru single mingle..kikikiki

Banyak isu nak update, tapi nak buka browser nak taip blogger.com pun tak sempat..
Sampai pasang niat jela, 
"ok nanti aku update pasal ni ni ni ni.."
"Best benda ni..ok jugak di blog kan.."

Tapi..
Hahahaha

Aku dah lupa apa yang "ni ni ni ni" tu dan benda apa yang aku nak blog kan..

Rasa banyak je benda yang tertunggak ni..
Sampaikan pembaca setia dah tanya bila nak update..

Hehehe..

So,
Entry ini hanya perutusan maaf je ok..
Lepas ni aku cuba nak selit kan slot untuk memblog dalam hidupku.. Hehehehe..

*thank you di atas sokongan anda semua!
 

Terkulai-kulai meringkuk~ Published @ 2014 by Ipietoon