Sunday, October 9, 2016

[Let discovering 'Makan' Time]

Kasi teaser sket...
Kali ni nak habaq yang 
Chefkhaikitchens' sudah kembali beroperasi..
Lokasi strategik tempat tumpuan orang ramai dan nak parking senang..berlambak habaq hang! Pilih jah mana nak park!
Berhadapan pasar tani bandar jengka. 
Esok (10/10/2016) mula beroperasi..
Menjual makanan masakan western dan italiano yang diselenggara oleh 100% tenaga anak watan!!

Nahhh..
Kita kasi gambaq menu!
Tengok la harga nya!! Mampu milik!!





[28 Years Old]

Hi..how old am i?
28!!

Oh maiii..
Udah ketuaan dakuuu..
Tidak ku sangka in..
Hari tu baru je rasa masuk tahun baru..
Ni dah masuk tahun baru hijrah dah pun..

Bagaimana masa terbang...
Tahun ni lain macam sket hadiah beday..
Ya la..tahun ni kiranya celebrate dengan laki dah lah..
Tapi..
Takda la nak celebrate mana pun..
Kami dikejutkan dengan bleeding..
Rentetan itu, pi check, heartbeat dah takda.. Perkembangan pun takda, tidak seperti sepatutnya..
So, dalam masa terdekat, dia akan keluo secara semulajadi la..

Ini pengalaman pertama dalam hidup aku..pengalaman pertama mengandung 3 bulan +-.. Pengalaman pertama buat buku pink.. Pengalaman pertama menghadapi prosedur atau proses keguguran.. Pengalaman merasa kena seluk, contraction, berpantang awal dari waktu sepatutnya..Juga pengalaman pertama menjadi tabah dengan secara automatiknya..

Terima kasih kepada keluarga, rakan taulan yang banyak memberi nasihat, tunjuk ajar, kata kata semangat serta support aku dengan apa jua cara..

Insyaallah.. Ada hikmah di sebalik segala sesuatu yang berlaku.. 

[Hello belog]

Kabare?
Hoho..
Udah lama tidak menyinggah di sini..
Asyik sibuk sahaja di sinun..
Hehehehe

Ok..
Antara update tentang aku ialah:
1) aku jadi dropship product nurraysa
2) aku dah join fan club #ayuheart
3) aku masih kerja tempat yang sama
4) aku baru ni peknen 3 bulan, sekarang tak lagi..

Sekian update dari aku..hehehehe

Monday, June 20, 2016

[20 Jun 2016]

sekarang ni bulan puasa...
time bulan puasa memang time sayu pilu speechless tiap tahun..

tahun ni puasa pulak jatuh bulan Jun..
memang lagi sayu pilu le jawab nya..
Hari ni 20 Jun hari lahir dia...
dia meninggal dunia pulak 17 Ramadhan..
memang tahun ni terkesan...

Al-Fatihah..
Samshiah Binti Rahmah

*Ya Allah peliharalah ibu bapa kami seperti mana mereka menyanyangi kami semasa kami kecil..hilangkan lah duka di hati nya..jadikan la keturunan kami, anak cucu kami dalam golongan yang mendirikan solat dan patuh pada Mu Ya Allah..Aamiinn..


[Updates]

hehehhe..
last post pasal bapak aku..
Alhamdulillah..
bapak ok aje..
tapi kena pantau tahap kesihatan dia selalu..

ok..
ni update dari aku:
1) menjadi seorang isteri kepada seseorang
2) menjadi ahli tupperware
3) menjual segala jenis benda yang boleh dijual contoh Sambal Hitam Mok Kas, Sambal Peria Bada, kuih kapit, kuih tart, dan yang terbaru sambal kentang fenomena
4) masih lagi sibuk dengan kerja..ni sekarang 8.14 pm masih di ofis.

Sekian...

*Semoga mendapat keberkatan hidup, dipermudahkan segala urusan, rajin beribadat dan beramal jariah..

Tuesday, February 23, 2016

[Mat Akil]

Bismillah..
Aku tak kuat..
Memang tak tenang..
Akak aku cakap dalam whatsapp group..
Hari ni ayah aku sakit dada..
Lebih kurang 3 kali sepanjang hari..
Mata kelabu..
Tak keluar rumah pun hari ni..
Sebab rasa tak larat..
Memang doctor syak jantung dah lemah..
Dia pam tak kuat seperti dulu disebabkan faktor usia..
Yela..
Tahun ni bapak dah 70..

Semalam dia ada call aku..tapi line takda ke apa masuk voicemail..
Aku pun call balik..
Borak la kejap..
Dia tanya aku bila balik..
Aku pun citer la plan balik aku bila..
Pum pam pum pam..
Dia dah nak tido dah time tu..
So, dah la berborak..

Tula,dengar pada suara semalam,
Macam ok je..
Tapi bila dapat khabar hari ni,
Serius,
Tak tenang rasa..



*kawan-kawan,doakan kesihatan ayah aku ya.. Seterusnya aku tak boleh bayang dah..

[23 February 2015]

Wauuuu..
Apa yang istimewanya hari ni?
Ni diaaaaa


Hari ni, 23/2/2016 genap 9999 hari semenjak 8/10/1988 yang mana merupakan hari kelahiran aku di dunia ini..

Hoho..bukan apa..cantik nombor nya..
Esok pun kiranya lagi cantik la..
10000..

Hehehehehe..

Tu je nak habaq...

*sebenarnya hari ni ada terluka sedikit..ada orang cakap aku ni fake,tak ikhlas dalam perbuatan.. Takpe la..ambil sebagai ikhtibar jela..dan yang bercakap pun tak salah,dia melalui kasut yang lain dari aku,dan tengok kaki pun dah tau size pun tak sama.. Tapi kalau fake sangat aku pun,tak pernah tergamak lagi nak sound orang bagai..apa tah lagi nak marah orang..yaaaa.umur ja 9999 hari..tapi aku ni bukan la jenis berfikir dan 24jam neuron otak berhubung.. 

*ada jugak yang fikir dengan raut muka aku menggambarkan segala..dengan muka aku sedemikian sedemikian boleh cakap aku tak ikhlas fake memanjang..sorry,awak tak kenal saya lagi..saya memang akan over axergerate reaction punya.. Padahal takda apa punn..

*apa pun tahniah buat awak yang tinggi nilai ikhlasnya,tinggi common sense nya dan tinggi ilmu dalam menilai orang.. Sebab dia menentukan ikhlas orang tu dengan cara bercakap..wehhh..aku tak la sopan-sopan type punya..aku menyatakan sesuatu ke,bagi sesuatu dengan cara aku..kau cara kau..dah kalau aku memang cakap dengan semua orang macam tu,jangan la tiba tiba cop aku tak ikhlas..bahkan,ikhlas tu cukup Allah je yang tahu..

#kipidap #dongibab #biasalahmainnganbudok #ingatanuntukdirisendiri
 

Terkulai-kulai meringkuk~ Published @ 2014 by Ipietoon