Posts

Showing posts from 2013

[Sopan..humble..Adorable..]

semakin aku mendewasa ini semakin aku mengerti erti hidup..semakin aku mengenali manusia-manusia di sekeliling.. Apa yang aku nak cerita kat sini ialah tentang seorang rakan.. bukan nak mengumpat dia,tapi nak kongsi kan apa sikap nya yang aku kagumi..hihihi secara berterus terangnya, aku baru tak sampai dua tahun mengenali beliau... *bersambung..budak2 kacau feeling

[Hari yang panjang]

Hari ini hari yang panjang..bermula seawal pagi dari gombak pulang ke shah alam.. Aku ke gombak selama dua hari dari khamis malam sampai sabtu pagi.. sepatutnya aku berjimba dengan xbox dan membuat projek aku.. tapi apakan daya.. takdir Allah menentukan segalanya..aku telah demam di waktu itu..hampa segala perancangan dan hanya diganti dengan rehat dan tidur.. waktu-waktu beginilah hanya rakan-rakan yang boleh membantu.. mereka cari dan sediakan makan..urut kaki dengan minyak TYT kerana lenguh-lenguh dan sebagainya.. sehinggalah pagi tadi aku seperti sudah segar.. lantas di pagi yang hening, (takla pagi sangat,dalam pukul 10a.m...hehe)aku pun menyalakan laptop untuk membuat saki baki projek supaya boleh ditunjuk kepada superviser pada pukul 2.30ptg.. hehehe..sejurus jumpanya, dia tanya progress aku dan aku pun berlalu..oleh kerana belum pukul 4 lagi, aku tidak boleh pulang lagi..sebab sudah berjanji dengan rakan sekelas untuk buat rakaman suara deng

[Mana pengikat rambut?]

Situasinya bermula dipagi nan hening..di mana aku baru sudah mandi dan membasahkan rambut.. untuk memakai tudung keluar rumah, aku pun tak mengikat rambut sebab rambut basah.. aku dah nampak pengikat rambut aku kat tepi bantal sebelum aku keluar.. dan balik dari jumpa supevisa (superviser) tadi, aku pun terus landing atas tilam sambil membuka tudung dan mencapai handphone(s) sebab aku tertinggal tadi dan tengok-tengok la kot-kot ada apa-apa panggilan dan so on. sejurus itu, aku berpusing-pusing tonggang terbalik di atas tilam dan terjadi la rambut serabai.. lantas aku baru teringat pengikat rambut dan di cari-cari secara sambil lewa, tak dijumpai..perkara pertama aku nak buat ialah nak update blog,fb,twitter tentang "mana pengikat rambut aku?".. hahahahahaha.. takda solution pun kalau aku update cam tu..sebab selepas aku selak tilam sesaat kemudian, aku dah jumpa ikat rambut aku..hahahahahaha *membuang tenaga kalau nak update status tanya macam tu

[Disertation]

Aku di semester 3..di mana tiada kelas dan hanya tumpu kepada projek..sebab aku ambil mode campuran.. oleh itu, kajian yang aku buat untuk semester ini telah di initial di semester lepas sebagai preliminary study.. So, semester ini, aku perlu develop prototype untuk membuktikan fakta-fakta yang telah ku lemparkan..jadi benda tu perlu di test lantas beroleh jawapan samada betul ke bohong apa yang aku analisis tu.. Oleh itu,tempoh cuma 5 bulan.. Dalam bulan pertama aku bajet siap la development.. Bulan ke dua, siaplah testing dan evaluation.. Bulan ke tiga hanya tertumpu kepada report dan presentation.. Apakan daya..kini sudah bulan ke tiga.. Bayang development semakin samar..apa tah lagi aku nak proceed ke testing.. Perasaan sekarang sangatlah cuak.. Ada 3 minggu lagi.. So,aku terpaksa kecilkan timeline yang bajet sebulan jadikan seminggu..contoh: minggu 1: development.. minggu 2: testing dan evaluation minggu 3: report dan presentati

[Cerita semalam]

Hehehehe...semalam kawan aku ada ajak jumpa hari ini..sebab dia nak recording voice untuk courseware dia.. so, aku kena buat suara ala-ala cute dan menawan sebab avatar untuk suara aku tu muka remaja gila.. aku dan M pun main la record-record suara dan dihantar terus ke group whatsapp.  M buat cerita si kancil..aku pun ikut sama.. masalah besar sekali ialah, aku tak sangka suara aku besar dan meletup-letup gitu..macam nak pecah speaker..bila dengar balik, kami gelak macam nak mati.. *yang first tu M,yang second tu aku..poyooooo.. *sebab sebelum tu aku ada niat nak buat suara lagi cute dari M..hahaha..balasan riak tu, dapat suara seperti itu..hahahaha

[Kadang-kadang]

Kadang-kadang apa yang aku cerita balik tentang dialog-dialog seharian kami tu ada la sedikit olahan.. Maksudnya untuk ringkasan, ketepatan serta apa yang aku ingat jela.. Jangan fikir memang itu la spesifik dialog yang berlaku ye!hehehe Bukan apa, takut tuan dialog baca nanti dia rasa aku membohong pulak..padahal aku combine kan ke, aku rumuskan ke..sebab kalau nak kira dialog yang sebetulnya memang lebih panjang dari yang ditulis..hehehe almaklumla..semua suka bercakap..yang tukang tulis nanti aku..aku jugak yg kena post panjang-panjang.. nanti bila aku pos panjang-panjang malas pulak korang nak baca..ye dak?hehehe *kadang-kadang dialog yang berloghat tu kena update sket..nanti kantoi la sapa yang bercakap tu..

[Ikhlas...]

"Apa yang dilakukan kalau ikhlas, orang takkan sedar dan ingat pun..sesungguhnya itu lebih baik..sebab setiap yang ikhlas itu, perlaku tidak akan mengharapkan apa-apa..hehehe.." *quote tu aku baru reka je tadi hasil dari kata-kata akak aku dulu-dulu.. apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah aku akan gigih menulis di sini..sebab hari-hari M tanya aku dah update blog hari ni? hahahaha.. yaaa...kalau aku blh menulis dengan ikhlas dapat menggembirakan hatinya, aku pun terpalik kegembiraan itu!hehehe *tapi si M tu tak pernah cukup..aku cakap, "aku dah update blog." dia cakap.."yeke?brapa?alaaa..satu je.." nampak tak tamaknya dia..hahahahahahah

[Suami..]

hahahaha.. S pulang dari jumpa SV pukul 11am tadi.. senampaknya muka dia masuk bilik aku pun mintak: "S, buat makan pagi...lapo ni.." hahaha.. S pun membalas: "Tak payah breakfast la,masak lunch terus.Dah tengah hari ek pung.." hahahaha.. nampak tak apa aku cuba sampaikan di sini?mintak makan macam laki orang..hahaha Beberapa saat kemudian aku pun berangan la: "uisshh..ada ketokohan jadi suami ni.." "bestnye la laki ye.." hahahhahaha *situasi ni bukan jarang berlaku,tapi selalu..ada masa tu, S siap hidang semua dan aku datang makan je..siap makan tinggal pinggan kt sink, S basuh..hihi.. *alasan yang kuat untuk S: "takpa, ni latihan untuk ko masa kawen nanti..hihihi" *tengah-tengah duduk ni, tiba-tiba S datang hantar roti disapu dengan kaya..hahaha..heavennnnnn

[Bakat menulis]

Image
Ada bakat ke? hahahaha entahla..ada antara mereka-mereka yg follow ni tak sabar-sabar menanti aku update.. ada sorang tu selalu buka page ni dan tengok post yang lama lagi..lantas berasa kecewa sebab tak da yang baru..sorry ye rakan-rakan,saya busy..jarang dapat meluang masa berkongsi cerita di sini..hehe.. tapi nanti dah banyak masa aku update banyak-banyak,bacalah korang sampai muntah!! *bajet macam blogger hot yang setiap tulisan mencuit hati orang!puii..

[Tabah ke aku?]

yaa..aku boleh..

[helllooooo..]

hihi.. baru daftar masuk.. setelah sekian lama.. 12 April 2013 last gitu.. semasa itu, banyak benda dah berlaku.. ada suka dan ada duka.. apa yg aku ingat ialah: 1)Bapak aku kahwin lagi.. 2)Bapak aku gi haji.. 3)Renovate atap rumah.. 4)Dapat kereta kancil.. 5)Dapat result sem 2 yg ok.. 6)Admitted seminggu kat hospital klang sebab denggi.. 7)Kerja 13 hari kat kedai handphone 8)Puasa di shah alam.. 9)surprise birthday party.. 10)workload yang banyak tapi tak buat-buat 11)kunci rumah hilang.. 12)Linda tunang 13)bilik air tersumbat *tidak mengikut urutan tarikh ya dan banyak lagi...

[Giveaway~]

Image
hai kawan-kawan...lama sudah saya tidak mengemas kini blog ini...hari ini tiba-tiba rajin dan bertenaga untuk log in.. hihi.. so, dikesempatan ini aku nak promote 1 page kt Facebook ni...dia ada buat giveaway contest..so..kawan-kawan boleh la try join...mungkin tuah anda nampak di kaki, bukan di Hang Tuah sahaja dan dapatlah dikau hadiah yang menarik kata kau...hihi...aku ni payah nak join contest2 ni..tapi sebab cara nya mudah, aku bantai aje la...hihi...   Cara 1: Like Facebook page itu di sini. Cara 2: Just sharing giveaway contest's picture yang page tu post.   Gambar tu ala-ala macam ini:       Then, tunggu la page tu contact kita kan...    

[yang aku tak suka]

hehe..aku berasa kejam. sebab sesuka hati je tak suka apa apa. aku tak suka : hafiz,safee sali,mia sara, dan yoo jae suk. hahahaha..

[Alhamdulillah..hanya itu mampu ku ungkapkan]

Image
perghhhhh..panjangnya tajuk..tapi itulah kebenarannya.. awal tahun ini bermula dengan baik..aku tak da niat apa-apa..hanya melakukan apa yang patut sebagai sahabat,ahli keluarga..hehe..antara gift yang aku dapat secara langsung atau tidak:     terima kasih kepada pemberinya...in sha Allah.. aku akan jaga elok-elok dan memakainya di tempat yang sepatutnya..bukan ke tempat-tempat maksiat dan lagho..     *dan hadiah yang bermakna bagiku ialah lulus semuanya di semester 1 ini..Alhamdulillah..

[Ayam penyet..]

Image
aku penggemar tomato..bapak aku pun...dan boleh dikatakan kami sekeluarga penggemar tomato..bapak aku tak suka sangat tomato tu dimasak dalam sayur ke, dalam tumisan ke..dia suka ala-ala sambal gitu...so, aku incharge bahagian masak memasak mengambil keputusan menumbuk lada, garam dan tomato..dan selalu ada lauk ayam je kat rumah ni, dan bapak au tak suka benda-benda berkuah sangat, gulai ke, asam pedas ke..senang cerita, goring sahaja..hahhahaha...   so, selama seminggu, rumah kami dihidangkan dengan ayam penyet ala-ala padang jawa yang murah tu...senang dan cepat!hahahaha         *aku tak tumbuk dah nak buat sambal tu, aku bland je pakai blander yang kering tu..hahah..so tak banyak air, ada air pun dari tomato!

[Aku tak tahu..]

Image
Pagi ini...aku tiba-tiba redha..aku ambil gula secawan,telur 3 biji pukulnya menggunakan sudu,garfu, senduk...atas sebab takda mesin pemukul...akak aku buat rosak...hurmmm...setelah setengah jam aku mengemudi, aku masukkan secawan tepung gandum, beberapa ketul soda bikarbonat dan beberapa titis essence vanilla.. kacau sehingga rata..aku pun mngambil tungku bahulu..letak atas pemanggang dan panaskan..sapukan minyak menggunakan batang serai..(ala-ala satay..sepatutnya batang pisang..hihi) setelah itu, aku pun curahkan adunan..dalam 3 minit, ia masak..lembut, tapi tak ranggup.. setelah itu, aku pun perasan...jadilah bahulu sebanyak 33 biji..hahahhaha.. arwah mak aku cakap, 10 biji telur, blh dpt 100 biji bahulu..kira-kira betul la rumus tu..hihi..inilah hasilnya yang tak seberapa...hahahahahahaha    

[Windows 8...on Netbook]

hahhahaha...aku bukan la jenis mengikut trend, pakai benda yang baru keluar atau apa-apa la.. aku pun tak tahu kenapa aku tiba-tiba rajin transfer file dan redha je format netbook ni..yela, walau windows 7 starter, tapi dia ori..tu la dulu-dulu aku tak pernah nak jadi format untuk tukar OS.. dan..tarikh 6 Februari 2013..sekali lagi...sebuah keajaiban berlaku..aku telah menukar OS netbook ini kepada windows 8..hihihi..serius sebelum ni aku tak teruja pun windows ni keluarkan product apa..tapi setelah aku menggunakan 2 hari ini, performance dia quite good la..(dipengaruhi oleh spec laptop)   aku cerita sedikit netbook ini pada suatu ketika dulu.. 1)windows 7 starter ori 2)aku jarang sangat shut down melainkan hibernate je..sebab, bila nak start up dan turn off process amatlah lambat.. 3)selalu hang..kalau tinggal sekejap, sentuh balik, lambat dia respon balik..tapi aku penyabar..aku tunggu je.. 4)tak boleh tukar desktop background!hahhaha   setelah diinstall windows 8:

[hahaha..nak menunjuk]

Image
hihi..aku cuba menghighlightkan ini: selamat mencuba!! *tapi aku tak faham kenapalah Kuala Lumpur!!

[Exam result]

Image
Adik aku cakap, result keluar *15 Februari 2013.. uishhh...debar..nak tengok la apa la hasil aku buat selama se semester ini..hanya berserah kepada Allah..aku dah berusaha..cukup tak cukup,itu jela yang aku sanggup beri..kadang-kadang rasa penyesalan tu tebal..adooiii... *subject to change.

[Air paip..]

Image
    Yaaaa...air sangat penting..aku tak nak mengadu apa-apa..cuma nak bagi informasi..kot-kot orang search "Air kat jengka takda hari apa?" akan relate ke entri ni..untuk pengetahuan semua..bekalan air paip kat jengka hari-hari ada kecuali hari *Isnin dan *Khamis..harinya pasti sebab aku dah buat kajian hampir sebulan,cuma bilangan tak tahu..mungkin 1 hari, 2 hari atau 3 hari...   *subject to change..wakakakkaka

[Problem yang aku rasa berat selama ini...]

ok..ini dia list problem aku: aku mohon pinjaman YP..aku tak submit lagi borang hard copy nya..aku tak pergi cop utk sahkan fotokopi sijil-sijil lagi dan yang penting kat borang tu kena sign penghulu/pegawai daerah yang aku tak pergi-pergi lagi cari nak cop..ape yang penting, 31 Disember 2012 last due date..dan rupa-rupanya 7 Januari 2013 dia dah panggil calon yang layak untuk pergi interview.. masa degree dulu, aku buat pinjaman pendidikan dengan Felda..dan sebelum aku dapat duit pinjaman lagi, sara hidup bapak aku bulan-bulan dah kena potong..aku dan adik aku menjdaikan total potongan RM150. baru-baru ni, di potong sekali ganda iaitu RM300..ini menimbulkan ketidakpuas hatian bapak aku sebab duit dia kena potong..lantas dia suruh aku buat surat/melakukan apa-apa sahaja untuk memulihkan keadaan..benda ni start Disember 2012 dan dah masuk bulan Februari, aku tak membuat apa-apa lagi.. masalah ketiga, ini la masalah paling besar..iaitu claim mybrain aku tak masuk-masuk lagi..sedangka

[2013...Aku Datang..]

seriously, aku tak da lagi apa-apa plan untuk 2013...Aku tak da lagi nak pasang hasrat apa..contoh nak nikah 2013 ke, nak kerja gomen ke, nak undi ape ke kt PRU13...   itu bukan aku..sebab aku tak reti merancang..tahu-tahu benda dah lepas...   tapi apa yang wajib 2013 ni, aku dalam dunia belajar lagi la..itu je yang pasti..        

[Rumusan 2012]

Sekarang ini aku macam addicted dengan keyboard(ingat cerita Tipah Terpedo)..yela baru habis kelas yang banyak assignment..hari-hari menaip membaca..masih lagi terbawa-bawa sifat itu..so minta maaf la ye blogger kalau entri aku menyebabkan streaming hang slow ke, memenuhkan server ke..hihi   bukan itu yang hendak aku tekankan...topik kali ini, ialah rumusan hidup aku sepanjang 2012..almaklumla...sekarang baru bulan 1, kira-kira masih baru lagi aku meninggalkan 2012..   sekejap je masa berlalukan?aku ingat lagi, awal-awal tahun lepas aku sibuk lagi ke sana ke mari ke kenduri rakan-rakan belajar..samada naik bus, konvoi dengan kawan-kawan, mahupun merempit moto sendiri..itu pun sebab kenduri kawan sekolah aku dekat-dekat rumah...itupun belum kira kenduri yang aku tak boleh pergi..pendek kata, 2012 kami berumur 24 tahun, dan ramai yang melangsungkan perkahwinan..   hasilnya, ramai diantara mereka sedang pregnant dan ada dah melahirkan pun..itu sekali lagi rombongan aku ke rum

[Esok Khamis..]

Selalunya segala urusan kewangan UiTM akan didepositkan hari Khamis...Tapi tak tahu la Khamis bila..Hari-hari aku check account balance online. Adakalanya, aku rasa ntah-ntah akaun aku kena hack masa aku nak log in tu dan duit yang dimasukkan tu hilang tak tahu ke mana so sebab tu la baki asyik RM1.93..hihi..macam-macam dah aku paranoid...Please la esok, baki kamu berubah ye wahai akaun...aku sudah tidak mampu menanggung derita beburuk sangka terhadap itu bank, itu KPT, itu UiTM...   *Almaklumla...hutang banyak ni...dgn F lagi, insurance lagi..L lagi..Ticket budiq lagi....hurmmmmmmm...   *Apa-apa pun senyum dan sabar.. *Tadi tengok setia hujung nyawa..baru aku tahu si EL tu baru lepas SPM..hihi

[Waaauuuuu...]

Image
antara statistik yang mengejutkan aku...

[Gambar-gambar yang aku cuba upload]

Image
Berjayakah? tunggu dan lihat.. : : : : : : . . . . . . . . . . . .. - - - - - - * .. . . . . .. . . .

[Statusku..Pelajar ke tak pelajar]

yaaaaaa.......semuanya ditentukan berdasarkan keputusan semester ini.. kalau ada yang tak pass, aku redha.. berhenti.. cari kerja.. ataupun duduk rumah, freelance sambil jaga bapak aku tu je plan aku.. aku dah usaha..tapi rasa macam tak cukup je usaha itu.. Ya Allah.. permudahkanlah..

[Seterusnya..Aku Tak Normal Sangat]

Sepanjang pengkuliahan Master ini, aku dapati waktu aku berubah..siangku sebagai malam, dan malam ala-ala siang.. aku tidur hari-hari lepas subuh dah bangun balik dalam pukul 12.00pm.. bergantung pada sesuatu yang berlaku..jika pagi tu ada ape-ape hal, tak tidur la sampai aku balik pulak.. Semua ni bermula pabila aku stay up untuk membuat assignment dan project. Idea pulak memang takkan muncul di awal waktu, esok kena submit, tengah-tengah malam baru idea datang (padahal hantu last minute) So, tak kira la kalau next day tu test ke..aku akan segar bugar je mata..lebih-lebih lagi kalau berborak dengan si F. Aku tak kisah pun pasal test, sebab nanti dah habis jawab ke, tengah-tengah jawab ke blh tidur kalau mengantuk..teruk perangai..aku tak galakkan untuk orang lain mencuba..sebab pening weh.. OK..alkisah nya tak kisah lah jam aku dah tak normal, tapi sekarang ni kan aku kt kampung, jadi memang masalah la nk berjaga malam...satu..sebab tak da geng berjaga..dua..sebab tak d

[Janji! Ini kisah Penuh!]

Assalamualaikum W.B.T *dah 2013, kenalah ada perubahan sedikit dalam permulaan entri  dengan memberi ucapan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca.. pada tanggal 12 Januari 2013, aku telah submit apa yang patut dan jawab test apa yang patut..oleh itu, selesailah urusan aku pada semester ini.. pada hari yang sama juga, aku telah pulang ke kampung yang kira-kira sebulan lebih aku tak pulang..rindu bapak aku.. masa tiba di rumah, terlihat bapak aku teruja melihat aku masuk ke rumah..dia menungguku pulang dengan sepenuh jiwa raga walaupun masa tu dah nak dekat pukul 11pm. (selalunya bapak aku tidur dah dalam pukul 10 tu) tengok-tengok bapak aku mundar mandir di sekitar kawasan TV.. ada sahajalah  benda yang keluar dari mulutnya... cerita pasal dia basuh karpet, sambil mkn keropok dan minum-minum air teh o..nak dekat pukul 12 juga dia tidur.. Sehingga pagi tadi pun, dia nak bersiap-siap ke seminar haji, ditanyakan aku nak sarapan ape..nak nasi lemak ke ape ke.. dia tinggalkan du

[Got a call]

hurmmmmm... sometime, whenever you feel save and secured, you are actually not! I'm really thankful that I got the opportunities to have that feeling.. and Allah took its back to wake me up! so that, I'm just not simply think that all things run smoothly. *Aku rasa cerita ni tergantung...aku nak cerita lebih, tapi rasa bersalah takut mengaibkan orang..cukuplah ia sebagai satu pengajaran buat insan yang lalai seperti aku ini..

[logged in]

aduh aduh aduh.. bila aku mendaftar masuk tadi, berpusu-pusu cerita bermain difikiran tunggu nak di blog kan.. moga aku ingat..so, sebelum aku lupa, aku buat list jap: 1) Rumusan 2012 2) Permulaan 2013 3) Duit yang tak masuk-masuk 4) Melawat anak-anak orang 5) Pulang ke kampung 6) Aku takut berhutang emas yang seakan-akan budi 7) Hidup yang tak tentu hala di kala malam 8) Statusku seorang pelajar 9) Kolah rumahku dipecah-pecah 10) Pinjaman atap diluluskan hahahhaha..kira-kira ada 10 topik, (ala-ala tajuk lagu dalam album tak?kih3) so, mungkin tak da la sampai 10 entry, may be ade yg tercombine ke..hihi