Wednesday, December 3, 2014

[Selingan]

Isnin aku pakai dress..

Ciri-ciri: 
ada tali di pinggang.

Cara-cara:
 kita boleh ikat ke belakang atau ke depan bergantung berapa ketat kita nak..

Aku pakai: 
aku ikat ke depan sebab konon-konon nak cover perut.

Kejadian: 
1) aku lalu tepi office mate lelaki, dia tanya, "weh..ko ni nak bersilat ke apa?" 
2) ada office mate lelaki jugak panggil, "weh bro.. yang sso tu bla bla bla"

Olahan cerita: 
weh..hellooo..aku pakai dress weh..betapa ayu walau 4 panel je..dia tetap ade kekembangan sedikit..boleh disebabkan tali tu aku nampak macam nak bersilat macam ala-ala pakai baju taek wan do.. hahaha.. boleh pulak depa panggil aku "bro"? wallaaaweeehhhh..

Motif: 
motif aku kat sini nak kabonya yang se dress mana aku pakai kejantanan, keganasan itu jua yg muncul menolak segala keayuaan..  Mula-mula aku tak da niat pun nak menulis hari ni (rabu), tp disebabkan ada rakan sekerja perempuan pulak tegur aku hari ni.. "weh..rocker pakai tudung pink..rasa lain..hahaha"..

Yaaa..memang aku pakai tudung pink hari ni..dan sebelum-sebelum ni pun..
uwaaaa..
aku nak ayuuu..hahahhaah.. 

*aku baru kat sini, secara logik kalau member lama yg aku kenal kabo aku ganas rasa cam tak rasa sangat..ni muka-muka baru pun kabo kau rockers dan pelbagai, memang menyerlah betul keganasan aku..hahhahahahhaha

Wednesday, August 27, 2014

[Ujian Berat]

selamat pagi dan salam 1 Malaysia..kikikiki

aku start kereta tunggu panas nak pi kerja..
lepas beberapa ketika diri ini rasa sangat-sangat terdesak untuk ke toilet..
malas nak patah balik masuk rumah dan buka kunci bagai dan nanti nak kunci balik..
memikirkan kalau ke depan lagi akan melalui jem di jambatan runtuh itu akan melengahkan lagi benda alah yang sudah di hujung tanduk itu..
lantas aku hanya cuba terus bertahan dan melalui jua jem berkenaan..
macam-macam doa dah keluar..
"10 minit sahaja..pleasee..please..."
Istighfar bagai..
"beratnya dugaan ini Ya Allah..ringankan lah"

mood masa tu memang muhasabah diri sepenuhnya la..
panggilan hangit ulangan pun aku dengar ala-ala je..
jalan stright memang memecut 100++km/j..
rasa bersalah ikut lorong kanan sepanjang masa..tapi tak da orang cucuk-cucuk pun..
memang laju..hehehe..pastu rasa bersalah je sebab melintas BMW, Honda Accord (PERDANA).. yela..aku kancil EX850 je..heheheh

sampai je ofis, letak beg bagai menuju ke toilet..hahahah

cabaran semakin getir..ada orang di dalam jamban yang tunggal itu..dan ada seorang menunggu..
sambung lagi la aku berdoa agar depa kencing jah..hehehehe

Itula..kalau Allah nak uji, dengan tahan berak pun boleh..cukup membuatkan orang hilang pertimbangan, muka lawo jadi berkerut, lipas kudung pun boleh kalah..hehehe

Nikmat yang tak terhingga ialah dapat berak..Ya Allah..bersyukur gila..Alhamdulillahhhhhhh

*muhasabah diri di pagi hari..hehehe

Wednesday, August 20, 2014

[Sebelum aku lupa]

Kengkadang banyak benda aku nak tulis..tapi akhirnya aku terlupa..kikiki

so..sebelum terlupa ni aku nak tulis dulu..hihihi

Di petang nan hangat ini tetiba aku terfikir, ada tak orang kedengki kat kita, pastu dia tulis no fon kite kat toilet awam yang berlainan jantina..contoh kita ni perempuan, depa ada no kita, pastu depa gi tulis kat pintu toilet lelaki.. "gadis gersang - 014XXXXXXX "..
 hahahhahaha

sekian sahaja..itu la curiousity aku di petang ini.. hehehe
*kalau ada orang buat gitu, agak-agak memang ada orang call tak?itu sebenarnyaaa yang gersang..haha



Friday, August 15, 2014

[Sukanya sukanya]

bluaaarrggghhh..
geli daku membayangkan aku sebut tajuk itu dalam gedik-gedik style..kikiki..

ok..apa yang aku suka sangat ni ialah new template tuk blog ini...
wahhh..rasa lawa (blog..bukan aku..hahahha)

aku cari kat sini.

harap korang pun suka...sekian..




[Groupon]

hahahah..untuk pengetahuan semua..
aku baru tau cara penggunaan Groupon..

yeee..aku tau..aku out dated..terima kasih kepada teman yang memperkenalkannya...dia la cakap ada offer gi morib 4H3M sekali dengan team park dan makan dengan harga 100++..heheh..so aku pun tanya la salasilah groupon..dia pun berlembut hati menceritakannya..

rupa-rupanya benda alah ni satu one stop yang mengiklankan apa-apa offer yang menarik..kengkadang ada less ada la apa-apa so kita boleh beli..

termasuklah tempat makan, travel, ticket dan macam-macam..

dulu banyangan aku tentang groupon ni ialah, seseorang membeli belah mana-mana dapat kupon..dan dorang boleh reedem kat groupon..groupon tu pun buat offer macam-macam belian dengan cara kupon...kah kah kah..

tu la pandangan aku..

so, yang menjadikan isu sekarang ini ialah, benda alah tu kena signup by emel..then hari-hari dapat email depa promosi barang..dan adakala kita gi web memana yang ada imej, imej tu akan ditindan dengan groupon punya iklan..hahaha..itu ok lagi, masalah iklan tu pulak, iklan barang yang kita pernah tengok..yang rasa teringin nak beli..pastu berkali-kali dia duk tayang..

hahahah..nampak sangat depa ni ada trace apa yang kita search and view...kalau kita duduk ushar barang-barang private ke memang kantoi la..
hahah..buatnya orang lain duduk guna laptop kita..hahhaha

Thursday, August 14, 2014

[Selamat hari raya]

hahaha..
selepas aku publish 3 post tadi, aku pergi tandas..on the way balik ke laptop baru teringat yang tak wish hari raya pun kat sini..main terjah je blog yang dah bersawang..padahal idea datang mencurah-curah tadi..hahahah

oleh itu.. saya dengan ini mngucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin..hahahhaha

*18 syawal 1435H bersamaan 14 Ogos 2014..adoi..sempat tak nak puasa 6 ni.hhahaha

[Gang Kapak]

hehehe..

entry ini tribute untuk gang kapak..sebab rasa cam tak pernah post apa-apa pasal korang..
hehehe..

intro:
ditubuhkan pada... ahh..lupa..yang pasti zaman aku diploma hingusan..sekitar tahun 2006-2009 hasil dari pengaruh cerita kung fu hustle..hahahah..main sebut-sebut je..tak tau siapa yang bersetuju dan tak..tapi ahli semua terima je..hahah

ahli asal:
 K (president), o, a, m, n, n, s, a, s dan f. 

ahli aktif:
K, o, a, m, n dan s.

hahahaha

ok..tu mukadimmah..sebenarnya nak cerita pencapaian group kami..
kami ada satu group wasap kapak myvi (sebab semua ahli berkereta myvi kecuali presiden..hahaha), 
kat fb ada group trip ke penang dan group kerja kawin S.

then..S telah berkahwin, baru-baru ini beliau telah melahirkan junior kapak..hahaha

so..ada lagi 2 berita gembira yang bakal kami sajikan..iaitu 2 lagi ahli yang akan upgrade keahlian kepada married..hahahah

*nice to meet all of you..keep calm and friend always!

[28 Tahun]

okayyy..buat peminat-peminat(perasannnn) yang tanya:

"ko ni tak fikir nak kahwin lagi ke?"
"bila nak kawen?"

hehehe..
itu la aku estimate nak kawen umur 28..
hehehe

sekarang baru 26..baru nak menikmati dan mengenali dunia..
nanti dah kawen pun boleh..tapi caranya berbezaaa..hehehe

kalau ditanya kenapa 28, sebab majoriti orang kat rumah aku kahwin umur minimum 28..
lelaki pun..hehehe

so..kalau umur 25 mintak nak kawen tu rasa malu dan gatal sangat..hahaha

disamping tiada calon lagi..crush tu ada..tapi setakat crush jela..hahaha

hehehe..apa-apa pun..kita hanya mampu merancang, segala nya Allah jua yang tentukan..kalau awal, awal lah..hehe..kita hanya doa jela minta yang terbaik..hehehe

*aku takda pun rasa menggelepor nak kawen bila tengok orang kawen..mungkin environment aku dibesarkan tak mengajar aku begitu..hehe..rasa biasa-biasa aje..hehe

[Rasa tidak enak]

pergghhhh wehhhh..
musim orang kahwin ni weh..
bukak fb tersenyum girang je bila ada nampak notification..
contentnya..
jeng jeng jeng...
orang duk komen event kahwin orang..
hahahahaha
spoil terus mood..
setiap kali tuuuu rasa..kadang-kadang sebelum tekan dah fikir dah..
"ni event kawen punye komen ni..eh..klu bukan cmne..bukak jela.."
skali touch, memang sohih dah la..event kahwin orang punya komen..hahahha
aku rasa orang yang komen tu sangat tidak cool duk cakap tahniah bagai..
hellooo..depa tak kawen lagi la weh..
kalau yang mana komen pasal tak boleh pergi..nak kad..terkejut member nak kawen tu aku boleh terimaaa..hehehe
yaaa..aku tau aku kena off notification untuk event tu, kengkadang terlupa..dan tetiba nak tekan off tu internet down pulak..sejurus tu setimbun orang duk mengomen..
hahahah

*sedikit perasaan yang tak senang..bukannya tak suka member kawen ok!!hehe

Thursday, May 29, 2014

[Hello Followers!!]

hehehe..poyo gila tajuk..gila pun tak poyo sangat macam tajuk ni..hahahaha..
 
aku ada 23 sahaja followers tapi aku sangat menghargainya.. terima kasih sanggup tekan butang follow untuk blog hamba yang tak seberapa ini..hehehehe..
 
nah bunga.. --<-- p="">
 
aktif tak aktif tu aku tak tahu..aku tukang tulis pun tak aktif..hahahahaha...
 
dan aku pulak tak siasat pun follower aku ni..mungkin orang yang sama ada 2-3 account..mungkin dia ada banyak blog dan lain-lain..hehe
 
aku tak kisah angka berapa pun korang..aku cuma harap aku boleh menulis di blog ini menyampaikan apa yang ingin aku sampaikan..hehehe..annoying ke tak tu terpulang pada pembaca..cuma kalau ada manfaat dari penulisan aku ni, sama-sama la kita memanfaatkannya..
 
cheewaaahhhh..serius benor bunyi..hehehe
 
sebenarnya..bukan ini yang aku nak cerita..hahaha
 
aku memang selalu buat mukaddimah panjang..
 
apa yang aku nak cerita ialah bertapa ramai blogger yang ada kat Malaysia ni memanfaatkan blog.. sebagai contoh keknis..
 
blogging ni bagus, kita boleh express apa yang kita rasa, share information, keep in touch with people dan lain-lain..
 
TAPI..
 
bila kau bukak satu isu,
bila kau tayang #ootd kau,
bila kau ada anak comel,
bila kau kahwin grand,
bila kau anak/sedara/rapat dengan somebody terkenal,
bila kau memang kaya tak bekerja dan memang status blogger fulltime duk asyik melancong sana sini makan itu ini,
 
aku tak NAMPAK pun apa sumbangan korang melainkan meninggikan marketing diri, bisness, dan seangkatan dengannya..
 
yela..bila kau datang dengan benda-benda camni, ramai yang akan menghidu dan entah dari ceruk mana follower pun datang, orang share dan mula add di semua social media.. online seller pun apa lagi, dah tengok kau glamor kalah artis, depa pun duk mintak email nak post barang suruh kau pakai/makan/guna dan tayang di social media..magazine dan tv pun panggil..memang tak dapat dinafikan most of korang ni berwajah ayu licin dan pendek kata memang cantik..pakai apa pun cantik..anak korang pun yang mana ada anak tu..so, tengok la komen orang ramai nanti..
"cantiknya...pakai produk apa eh?"
"cantiknya baju ni..style..beli kat mana?"
"comel Nye kopi, nak cubit-cubit je pipi.."
 
kau pun reply dan nahhh..semua jenama-jenama terkenal..yg komen Tanya tadi terus membisu..hahahaha..dan begitu la seterusnya tiap kali kau up gambar..
 
ada pula ketika kau terover letak gambar..ada la yang tercela sedikit..timbul la pulak komen:
 
"uuiii..seksinya..jangan pakai baju ketat-ketat boleh tak?"
"tak ingat mati ke?"
 
then bawah komen tu akan ada seribu komen marah komen yang di atas..hahahaha
 
antaranya,
 
"biarla dia nak jadi diri dia sendiri..sekurang-kurangnya dia tak hipokrit"
"eh,kurang ajar betul mulut sipolan sipolan..tak fikir sensitivity orang lain ke?benda ni mungkin berlaku kat adik akak mak kau bla bla bla.."
"nak tegur ada caranya..bukan cara kasar macam tu..bla bla bla"
 
hahahahaha
tuan punya gambar tak cakap apa biarkan keyboard warrior berbicara..sikit pun tak komen..
ade dia upload lagi esok nya ada la..hahahahaha
dia nak kisah apa, ramai tukang backup..
 
rentetan dari tu, bertimbun akaun palsu yang di create atas nama kau..
 
Ada yang jadi follower ni sebab memang minat dengan kau, suka opinion kau dan sebab diri kau la..
 
tapi..please revise balik..peminat cuma 1/3..2/3 semua haters dan peniaga online..hahahahaha
 
rata-rata orang glamor ni akan come out dengan produk korang sendiri..dah ramai follower, ini la masanya nak meniaga..hahahaha
 
 
*sebenarnya aku takda niat pun nak tulis asam garam kehidupan orang glamor banyak follower di social network ni, tapi dek kerana bengang dengan pisang panas yang entah muncul dari mana..lain la kalau ko penyumbang kepada sesuatu..pengkaji bahan pengganti koko untuk buat coklat ke..hahahaha..itu ok lagi, masalah orang yg follow tu mengagung-agungkan sangat depa..sedangkan depa cuma  tayang hidup depa yang indah je..yang pahit depa telan sendiri..
*ingat la siapa sebenarnya MAHA AGUNG..masya Allah..
 
 
 
  
 
 
 

Tuesday, April 1, 2014

[Sampai masa nya..]

Berdasarkan tajuk..tibalah masa nya aku mencerita satu rahsia yang sekian lama aku simpan..
 
hehehehehe..
 
Ianya bermula seminggu sebelum 3 January 2014..
 
symptom ketika itu aku demam..sakit belakang telinga kanan..
aku dengar semua benda kuat..jelas terang dan nyata..
 
1hb January 2014..symptom ke dua muncul..mata kiri aku asyik berkelip dengan kadar yang pelik..dalam satu minit tu dalam 25..so aku anggap mata kiri aku la problem..masuk habuk ke ape ke..tapi aku cuma biarkan sahaja..hahahaha
 
then sehinggalah 3hb..aku bangun subuh tu aku rasa kebas-kebas bibir..tapi aku buat tak heran la..then aku pi sembahyang subuh..tiba-tiba, di rakaat pertama selepas al fatihah, aku baca ayat kursi.. time tu aku perasan yang kebas tu macam pelik semacam.. macam mulut kena bius..then aku fikir mungkin sebab aku baca ayat kursi..pastu setan duduk dekat-dekat marah dan ganggu aku..hahaha
aku pun bertambah khusyuk membaca nya..hahahaha
 
setelah solat, macam biasalah..tidoooo...haahah
 
aku bangun pukul 2 lebih..mandi dan makan..aku tak tahu kenapa..rasa mengantuk sangat..hahahaha..alasan..padahal kuat tido..
ok..time lunch tula aku baru detect petanda penting..aku nak mengunyah macam pelik..kan ada kala time makan lidah kita jilat bibir atas dan merapatkan mulut ketika mengunyah..
 
tapi tak Berjaya..aku nak jilat bibir atas, tapi rasa tak sampai..masukkan makanan dalam mulut pun tertumpah keluar..aku pun makan cepat-cepat..
 
tengok cermin apsal lidah tak sampai..then apa yang aku lihat bibir aku senget..yang kanan naik ke atas sedikit..so Nampak senget..
 
then aku pun pergi poliklinik..nasib la jumaat..petang..tak ramai orang..aku cakap kat doc, mulut aku senget..mata kiri asyik kelip-kelip..
 
doc pun amik darah aku..check toksin..check segala la..pastu check tekanan darah..lepas result keluar dia kata takda ape yang abnormal tentang darah aku..dan dia panggil lagi 2 doc..kedua-dua tu duk belek-belek aku..dorang suruh aku tutup mata..
 
nahhh..baru tau apa yang berlaku..
 
mata kanan aku tak tutup habis..then dorang dah detect belah kanan aku problem...dorang suruh aku angkat kening..tahan kening belah kiri supaya aku angkat kening belah kanan..tak Berjaya..kerut dahi..semua belah kiri je gerak..bukak mulut la paling obvious failure sekali..sebab mulut kanan ada limit bukak tapi mulut belah kiri boleh bukak luas lagi..so akan Nampak muka aku jatuh sebelah..dagu pun..pipi senyum tak naik belah kanan..
 
doc pun cakap la yang muka belah kanan aku lumpuh..mata belah kanan memang tak kelip pun selama itu..tu yang mata kiri aku asyik kelip je..sebab dia nak paksa yang kanan tu kelip..hahahaha..doc siap buat ujian nak cucuk jari kat mata..hahahaha..mata kanan aku rilek je..xda tindakan reflek pun..hahahaha
 
so..doc pun conclude yang aku ni kena bell's palsy yang mengganggu facial nerve sahaja..bukan lumpuh macam strok tu separuh badan.. ada kes berlaku sebelah muka je..ada jugak kes dua-dua belah muka lumpuh..macam mana la tu..tak boleh nak baying..hahahah
 
so dia cakap la symptom Nye..yang utama sekali sakit belakang telinga dan dengar jelas..memang tula berlaku..so punca nya sebab virus..virus tu duduk belakang telinga..sampai masa dia akan menyerang..antobodi badan akan melawan..then nerve automatic mengecut sebab nak block virus tu dari pergi kejauhan...tu yang ganggu fungsi nerve muka termasuklah mata, dahi, kening,pipi, lidah, dagu.tu dan ambil masa untuk dia kembang and act normal again.. so, doc check darah memang takda toksin atau virus, sebab depa semua dah mati dilawan dengan pertahanan badan..tapi kesan kat nerve tu ada la lagi..hehehe
 
aku Tanya virus tu datang dari mana..dia cakap mungkin aku pernah kena cengkering ke campak ke then virus tu takkan keluar habis..dia duduk kat belakang telinga semua orang..sampai masa akan bergerak..kalau masa belakang telinga aku sakit tu, time tu virus tu menyerang, kalau aku gi hospital awal, depa akan bagi steroid untuk fight virus tu..so, aku tak gi hospital, lantas badan aku sendiri la yang fight..hahahaha..kalau dapat cucuk awal-awal, nerve muka tu tak sempat la mengecut dan tak jadi la bell's palsy..hehehe
 
another punca mungkin ada tumor dalam kepala..then doc tu cadangkan aku buat MRI..tuk check kepala..heheheh..doc tu bagi ubat setimbun untuk active kan balik saraf..aku kena makan ikut jam dia..
 
Pastu aku pi rujuk kat hospital uitm..aku cakap aku bell's palsy..then doc tu suruh rujuk hospital betul..kalau kat Selangor ni antara PPUM, sg Buloh dan hosp Klang la blh buat..aku pun pergi PPUM..kat PPUM aku tunjuk ubat yang doc bagi..dan diorang cakap betul la ubat tu..doc tu tak cadangkan pun MRI lagipun waiting list panjang..dia suruh aku gi terapi jela..dan bagi ubat mata supaya mata aku tak letih..
 
tidur malam kena tutup mata dengan sesuatu..sebab mata kanan ni asyik terbukak je..sehinggakan kalau orang jalan-jalan aku boleh Nampak masa tengah tido..
 
aku pun ikut cara orang terapi tu ajar..then aku tak sedar bila betul-betul ak pulih..
 
hehehehehehe..
 
hari ni hari ke 88 aku..hehehehehe
 
berikut ialah koleksi aku..mana sempat rakam tu aku rakam..
 
ini pic hari pertama..on the way gi poliklinik..
 



 

*ini pejam mata..Nampak tak mata kanan aku tu tak habis tutup..
 
ini video hari ke dua..tujuan rakam nak tengok betul ke aku tak pejam..so, memang pun..hehe..
 
 
ini kat jogja.. aku rasa masa ni makin better.. rasa macam tak perasan pun..tapi pramugara ada tegur dia kata "awak sakit ke?mata kiri asyik kelip-kelip"..hihihi
 

 

 ini ubat yang aku kena telan hari-hari selama sebulan..yg oren tu vitamin B..hahaha..muka rasa tegang macam pakai botox..hihih..kulit pun bertambah mulus


 
 
itu sahaja yang aku nak share..ramai yang tak tahu..keluarga, budak rumah, rakan-rakan terdekat je tahu.. sebab saya malu..hehehehe..
 
*Bell's palsy ni baru aku tahu kewujudan nya..hahahaha


[2 Bulan]

anggur anggur anggur..
 
hehehehe
 
semalam chat dengan kawan aku..
 
bertarikh 31 March 2014..
 
dia habaq kat aku yang kami dah genap 2 bulan tanam anggur...
 

 
 
hihihihi..
 
aku takda perasaan langsung..rehat tak habis lagi ni..
 
dan dapat green light dari abang aku pulak..
 
dia suruh setle kenduri abang aku dulu baru gi kerja..hihih
 
abang aku yang atas aku ni bakal menikah 31/5/2014..kenduri belah aku 8/6/2014..
 
so..mengikut kepatuhan terhadap abang aku...bulan 6 la baru aku bekerja...
 
THORBAIK!!hihihihi
 
 

[Cari Kerja]

hehehehe..
 
berdasarkan tajuk..memang ternyata aku menggangur lagi..
 
sekarang misi mencari kerja sedang galak dilakukan..
 
langkah 1, buat group cari kerja kat whatsapp..so, segala rakan yang berkaitan ada dalam tu..segala info mak nenek pasal kerja mereka akan paste..hihi
 
langkah 2, dah ada link untuk emel resume..so, resume aku kena revise la..hihi..last update resume dulu time degree dulu..tu pun sebab nak praktikal..hihiaku bagi la resume aku kat lecturer aku sorang tu..nak suruh dia review and comment..sekali nah..banyak gila nak kena edit dan tambah..bahkan dia suruh kasi ayat yang comprehensive serta meyakinkan..hahahaha..aku suruh dia edit dan buat apa yang patut, dia malas..hahahaha..yela..terang-terang tu kena aku yang buat..sebab effort aku tu yang penting..hihi
 
langkah 3, send resume kat prospek yang terlibat..bab ni aku lemah..contoh company tu dah bagi list jawatan..aku lemah tang nak memilh jawatan...rasa macam diva pulak duk memilih jawatan.. aku punya hemat, aku bagi je resume, pandai-pandai la depa bagi aku jawatan apa..hahahahaha.. ternyata benda tu tak da..tau pulak orang tu minat aku nak bg post ape..hahaha
 
langkah 4, bersedia segala mungkin...kemungkinan merantau..kemungkinan dikecewakan..kemungkinan kopak..hahahahaha
 
ok..thats all langkah aku..lebih-lebih aku tak reti fikir dah...hihi

Friday, February 21, 2014

[Guling guling]

hehehe..sedang aku berguling-guling di port baik punya untuk tidur..
tiba-tiba aku pose macam nak memanah..
 
yaaaa..dengan tidak semena-menanya rindu kepada ingin memanah datang berdesup..
 
lantas aku pun mencapai telefon bimbit untuk meng google kelab memanah di Pahang..
kot kot la ada yang terdekat..
boleh join isi masa lapang dan mengasah bakat..
yang ada paling dekat ialah kelab memanah uitm Pahang..
dulu aku dah join dah masa KO part 3 time diploma dulu..
siap jadi pelopor lagi yang mana batch pertama..
time tu facility kurang..
kami cuma berbekal kan padang kosong semata-mata...
untuk beli peralatan pun duit kelab tak da lagi...
sebagai solution nya, diorang minta ehsan dari setiap ahli sebanyak RM37 seorang..
dengan duit tu, diorang boleh beli baby bow, string tambahan, arrow, board dan lain-lain..
duit tu memang diorang minta halal..
sebagai pelaburan untuk orang masa depan orang lain guna..
 
Untuk platform yang lebih jelas dan besar,
aku sanggup membuka laptop untuk stalk kelab memanah..
tu la sampai tertaip satu entry sekarang..hehehehe
 
dari apa yang aku perhatikan sekarang,
 fasiliti nya mengancam..
ahli pun macam ramai je..
dulu tak ramai
mungkin sebab sekarang kelab memanah tu dah glamor..
sebab diorang penah wakil skuad Pahang masa SUKMA
 dan kaut emas tu..hehehehe..aku sebagai ahli lama turut rasa tempias itu..hihi
 
kadang-kadang terfikir, apsal la aku tak kekal aktif lepas KO tu..
antara satu sebab nya ialah, penasihat agak bias...
pada pendapat aku la..
sebab time tu ramai je star..
ramai yang punyai bakat.
.kalau diorang panggil gilap, confirm jadi..
tapi..diorang agak sedikit berat sebelah..
yang mana akan pandang,puji,encourage ahli favourite diorang je..
yang lain ni memendam rasa dan membawa diri jela..hahaha.termasuk la aku,..
hurmmm..tak pela..benda dah lepas..maafkan jela..mungkin takda rezeki memanah..
 
*Alhamdulillah la..aku minat memanah.one of sunnah nabi..rasa berbangga dapat menceburkan diri dulu-dulu
*memanah ni exercise lengan yang penting..dulu kami di suruh tarik tiub motor..hehehehe

[Harmoni Di Rumah yang sweet]

hehe..
 
kat rumah ni ada bapak, mak tiri dan adik aku yang cuti sem..serta aku lah..hehehe
 
heaven gila..bangun tido bangun tido..
 
tengok semua channel kat tv..
 
buka laptop sampai pagi..
 
adik aku kerja mendownload je..
 
aku tukang tadah apa yang dia ada..
 
so..aku sangat up to date dengan Running Man..
 
Next, pretty little liars..
 Dulu aku tinggal season 3..
sekarang aku dah catch up sampai season 4 episode 20..
hahahaha
 
tunggu minggu depan keluar episode baru..hehehe
 
Ok..aku suka cerita ni sebab OST dia yang melekat di jiwa..
 
then aku ni ada jiwa spy, penyiasat,stalker dan weirdo..
lalu cerita ni sangat melekat..
hehehehe
 
untuk stok boleh mai dating copy kat aku..hahahaha
 
ok..ni kat you tube aku ceduk OST series PLL ni..
 
 
 


*hehe...moga tak lalai..

[Misi mengisi Borang]

Ada lubang kerja..
tarikh tutup 3 March 2014..
Tapi kena tunggu transkrip dan skrol..
tak buat lagi surat nak suruh orang ipsis dan HEA buat..
 
Sekarang aku dah siap isi form..
tinggal nak print,,
fotostate ic dan sijil..
pastu pergi cop pengesahan..
 
memang itu la adat nak mencari kerja..
kalau ada rezeki..
dapat la kita..
 
so..andai borang diproses..
dapat rezeki dipanggil interview..
 
haaa..interview la benda paling cuak..
memang aku buat muka rilek..
tapi tula benda yang aku paling takut..
 
hahahahaha
 
*banyak persediaan yang perlu dilakukan demi masa hadapan..
*baru dengar berita gembira dari rakan...pasangannya yang selalu tergelam timbul dah sampai seru untuk ke next stage..in sha Allah tahun ni depa tak bujang dah..hihi..
 

Thursday, February 20, 2014

[Ikat Rambut Hilang]

Sebenarnya aku tidak tahu mana pengikat rambut aku pergi..
rata aku mencari..
puas..
tidak juga aku temui..
 
Adakah dia ke bali?
Tidak mungkin..mana dia ada paspot dan tiada buat tempahan penerbangan..
 
Adakah dia dicuri?
Mungkin..mungkin diculik oleh penggemar ikat rambut..asudahh..habislah ikat rambut aku..jangan dinoda sudah..
 
Nasib la dulu aku penah beli pengepit rambut..
Jadi, dialah sebagai ganti..
 
hahahahaha..
macam bangang intro..
 
ini sebenarnya analogy je...
semenjak dua menjak ni..separuh jiwaku pergi (ikat rambut)..
dia dah tak da..
dia lebih suka menjadi teman sahaja..
aku redha..
 
masalah sekarang ialah..
aku ada satu hal yang perlu aku mengadu..
then..aku tak jumpa siapa aku nak adukan..
aku scroll down whatsapp list,
aku tengok siapa prospek yang boleh aku luahkan kebengangan aku..
aku pun jumpa seorang..(pengepit rambut)
aku cerita segala kat dia,,
tapi..
hati ini tetap merasa tidak puas..
seperti tidak biasa..
 
yela..selalu ikat rambut..nak baring nak pakai tudung senang..
kalau pengepit rambut kena adjust..kang baring rasa keras je kepala tercucuk dan pakai tudung,tudung boleh sangkut...tapi lama-lama biasalah..
 
*ikat rambut dan pengepit rambut lain jantina...
*sebenarnya, Allah tunggu je aku mengadu hal kat Dia,,tapi apa jenis manusia la aku ni.. mendahulukan benda lain yang ternyata tak boleh berbuat apa..Astaghfirallah..
 
 
 
 
 

[Unemployed]

3 hari.. 3 hari sudah cukup aku tunggu kerja yang sepatut aku buat..
aku tak berdiam diri..
aku rajin betul follow up dengan ketua projek, teammate,,
tapi mungkin problem network, masa dan ketika diorang tak boleh nak respon..
pada mereka soalan aku susah sangat mungkin...
 
contoh:
 
soalan 1) Aku kena buat apa sekarang?hehe
soalan 2) Aku mana?
soalan 3) Weh..balik dah ke?
soalan 4) Aku ni nak tunggu mana la outstation ni..boss senyap ni..
 
 
dan di soalan ke 4 itu la baru ada jawapan..
jawapan yang tidak aku bersedia langsung..
jawapan yang merudum jiwa selama 3 hari aku tunggu..
 ni..jawapannya:
 
"Kaem,mslah skang ni adalah ko sorg pompuan..
 
Yg lain sume laki dlm team ni..."
(Exactly cara tulisan dan gaya bahasa from the original mesej)
 
mereka nak jaga hati atau apa aku tak pasti..
Tapi..pada hemat aku la..
benda macam ni awal-awal lagi please la cakap kat aku..
seriously, aku locked diri aku dari buat benda lain..
takut-takut tak alert dengan telefon diorang suruh apa-apa ke..
takut nak pergi mana-mana
kot-kot nanti aku cross negeri lambat dan payah nak kumpul..
dan sebagainya..
 
Aku just fikir positif mungkin diorang busy..penat so tidur..workload berlambak.. dan sebagainya..
 
tapi, mereka aktf di FB menyebabkan aku sedikit kecewa..
sampai tak boleh nak bagitau hal sebenar kat aku...
 
*Apa-apa pun, aku wish good luck kat korang,,,aku just tolong apa yang termampu..kurang lebih aku minta halal..maaf kalau aku menyusahkan atau apa-apa..thanks sebab fikir kebajikan aku..XOXO
 

 
 

[Mood menulis Yang Sebenar]

Dalam nak menulis papa-apa sekali pun,
mood memainkan peranan yang penting..
mood juga la yang menentukan keberhasilan tulisan kita,
 kesilapan kita,
bahkan disebabkan mood la, penulisan kita boleh mecentus pelbagai kontroversi...
 
sebagai contoh situasi di mana kita marahkan seseorang dan menaip sistem pesanan ringkas (SMS) kepadanya, apakah yang anda jangka akan tertaip?yaaa...sudah tentu sumpah seranah, maki makian serta pelbagai perkataan yang tidak sopan akan keluar..
 
Apakah akan jadi jika anda hantar apa yang ada tulis itu?yaaa..sudah pasti pihak sebelah sana akan turut merasa berang lantas membalas dengan tomahan-tomahan lain..
 
Dengan memikirkan sebab musabab dan perkara susulan,
aku dengan ini tidak ingin menulis dengan mood marah berkenaan..
(Sedangkan aku tengah marah menggelegak ni sebenarnya..)
 
*Ya Allah..kurniakan kami dengan kesabaran menghadapi duniawi ini..Aminnnn
 
 

Monday, February 17, 2014

[Malas nak kerja]

Hehehe..Time belajar dulu hari hari aku sebut yang aku malas nak kerja..
hahaha..tapi memikirkan banyak benda kena bayar dan aku ni bukan belajar dapat scholarship,
semua pinjaman kena bayar balik,
 jadi terpaksa la jua aku kerja...hahahaha..
 
Ni rasa malas nak kerja bertambah lagi
sebab Fear Factor Malaysia dah start dah..
hahaha.. dan aku dah ada couple yang aku suka iaitu Sariyanti dan Ape Ntah nama pasangan dia..
hahaha.baru tengok kumpulan A..belum tengok kumpulan B..nanti mesti ada favourite lain pulak..hehehe
 
Nampak tak, motif sangat aku ni tiba-tiba gila kan tv pulak..saja mencari alasan la tu..
hahahaha
 
 
 

[Job Hantaran]

Ok..jika anda sudah membaca post yang lepas, iaitu aku sepatutnya berada di Johor..Di sini akan ku jelaskan..hahahaha
 
Begini, hari jumaat yang lepas aku sepatutnya ikut kawan-kawan aku balik KL jumpa boss besar dan lapor diri..dan hari sabtu mereka akan bertolak ke Johor..Tapi aku tak dapat follow sebab abang aku bertunang 15 Feb 2014 di Kelantan..Jadi, aku sepatutnya lapor diri jadi ditunda sehingga diberitahu dan pergi ke mana-mana sehingga diberitahu juga..so, kawan-kawan aku tu pun dah gerak ke Johor dan aku tak ikut..
 
Aku ke Ketereh, Kelantan pada petang Jumaat selepas solat Jumaat..Malam tidur di Homestay D'Pasir..Sebiji Rumah berharga RM250 sehari..cantik..kemas dan selesa..Kami ramai dan agak sesuai..Tambahan dekat dengan rumah tunang abang aku...hehehe
 
Belah perempuan mahukan majlis yang simple dan hantaran hanyalah sebagai buah tangan semata-mata supaya tidaklah datang dengan tangan kosong...
 
Aku yang berada di rumah,dan aku la yang ditugaskan menghias hantaran itu..3 je.tak banyak...bagi kain pasang, buah, dan cincin..So, memang minggu lepas aku havoc gila..dengan soal selidik, beli barang hantaran, hias dan menguruskan perjalanan rombongan...hehehehe
 
Campur dengan jumaat itu berdebar sebab result keluar lagi...so banyak benda nak kena buat dan fikir..Alhamdulillah..segala berjalan lancer..
 
Inilah hasil hantaran berkenaan:
 
 
*Simple je..memikirkan perjalanan jauh dan kena buat yang rending-rending je..hehehe..
*kat Kelantan tidak sempat pergi mana-mana..maklum la..pergi dengan family,budak pun ada..macam-macam la ragam..lagi pun bukan time gaji..limited la..hahahha
*Sorry rerakan di Kelantan..tak semapt jumpa..sehingga bertemu di kali lain..hehe..time nikoh plop ke..hehe..
 
 
 
 
 

[Job Bidan Terjun]

Minggu lepas aku busy gila...hahahaha..
hal ini kerana kawan aku ada job kat kampong aku dan dia perlu buat survey kat penduduk sekitar..dan aku ada di kampong, lantas aku tolong diorang tunjuk jalan dan nak round mana-mana..
 
kerja tu senang je, kena suruh orang buat kaji selidik...tapi correspondent nya orang tua-tua..soalannya panjang dan banyak..
cabaran nya pak cik mak cik ni tak faham dan tak tahu nak jawab apa..
so, kami kena memahamkan mereka.
.kena simplify soalan..kena cakap dalam bahasa mudah...
 
target kami 200 correspondent untuk  4 hari..bermakna sehari perlu mendapat 50 orang..tapi sayang, kerjasama dari penduduk setempat ok, cuma untuk seorang tu akan ambil masa 45minit hingga sejam..dan dalam sehari paling banyak kami dapat ialah 13 orang..
 
nak capai target tu punya la susah..yela..kena pergi rumah ke rumah..dan ada sesetengah pemimpin setempat tu, kumpul penduduk yang berkenaan kat dewan dan kami terang sekali gus..
ini Berjaya mendapat 20 lebih orang...ternyata Berjaya..
 
Job bidan terjun ni berlaku apabila mereka memerlukan lagi seorang rakan sekerja..dan aku free untuk 3 bulan punya projek ini, aku pun memutuskan untuk join job ini...
 
Ada gaji..ada elaun makan dan tempat tinggal..tapi memang banyak outstation..sebab ni bahagian kaji selidik..merata pelusuk Malaysia akan kami pergi..hehe
 

*Sepatutnya aku berada di Johor sekarang..sebab kena buat kaji selidik kat sana pulak..tapi sebab aku baru masuk dan tak jumpa boss besar lagi, kira-kira aku tak settle lagi lapor diri dan masuk kerja..hehe
*Selain itu, kerja ini kena tahan maki,mulut manis dan sopan santun...semua tu kurang pada aku..hahahaha

[Job Lain]

Kalau baca entry sebelum ini, ada orang mintak aku buat lagu..dan semalam aku dapat job baru pulak...hehehe
 
Ada kawan aku cuba meniaga online Celcom 1 Malaysia 4G LTE..
 
Dia mintak aku buat flyer untuknya...
 
Dia akan print dan fotostate bagi orang..
dan sesiapa berkenan akan contact dia untuk beli..
 
Aku pun menghadap dari 10 lebih malam sampai pukul 12..siap 1 version..
tapi aku rasa macam tah apa-apa...
 
Alkisahnya, banyak sangat info nak kena letak..dan element nak letak pun aku jadi blur..
ni la hasil version 1.0:
 

 
 
Aku pun whatsapp kepada kawan aku tu untuk dia tengok macam mana..
pastu dia komen la macam-macam..suruh buang itu ini..
Sejam lepas tu dalam pukul 1 lebih terhasil la version 2.0 seperti berikut:
 

*mengidam nak pakai iphone.. tu yang nak buat concept apps kat iphone tu...hehehe..
*Glad dia approve version 2.0 tu..dan dapat upah topup celcom RM10..hehe

[Mencipta Lagu]

Aku ada seorang kawan..
Dia ada band..
dari sekolah dulu die ber band..
tapi band nya kalau dengar lagu-lagunya memang semua lagu heavy metal gila-gila..
yang pesyen nyanyi pakai tekak sebutir perkataan pun takkan dapat orang biasa tangkap dia sebut apa..
 
dah lama dia dengan band tu dan lama menyepi..
 
baru-baru ni diorang buat reunion dan reform balik band..
tapi cuba dengan konsep baru..
Masing-masing dah tua dan matang kononnya..
diorang baru sedar lagu-lagu diorang bukan semua lapisan masyarakat boleh layan..
dan diorang ada buat kajian yang lagu-lagu market sekarang macam:
 
1)Hyperact - Hanya Aku
2)Noah - Jika engkau
3)Cakra Khan punya lagu dll
 
Dia first time dengar lagu hyperact gelak sakan sebab rasa lagu tu lawak..
tapi hakikatnya lagu-lagu macam tula org Malaysia ramai suka dengar..hihihi
 
Oleh hal yang demikian, ada ke dia suruh aku cipta lagu dan lirik..hahahaha..memang aku ni berseni sangat la kan? (Mata memandang atas, lidah terjelir tangan di bahu)
 
aku pun cuba bakat mencipta lirik aku..hahaha..15 Minit dapat ini:
 
"Selama ini...Tidak kuat aku..
Merasa segala yang hadir..
Raut wajah.. Tidak menggambar apa..
Timbul segala persoalan..

chorus:

Jika itu jalanku..
Setiap liku..
Harusku harungi jua..

Jika kamu temanku..
Capailah tanganku..
Akan ku bawa kau ke sana.."

*Dapat ilham dari nasib penunggang motor di federal highway..hahaha
*Rentak aku tak tahu lagi..hihi

[Aku Di Sini]

hahahahahahah..
 
Tajuk tak boleh belah...
 
ok2..apa yang aku nak highlight kan di sini ialah aku di sini sedang menaip kerana mempunyai masa yang terluang...
 
aku di sini kerana aku telah pulang ke kampong..
 
aku di sini setelah tamat semester akhir..
 
aku di sini telah menerima result belajar..(Alhamdulillah..LULUS..)
 
aku di sini sekarang dah complete Msc (CS)..
 
aku di sini tak tahu nak cari kerja di mana.. (Offer datang dalam pelbagai bentuk...Aku je blur tak tau mana satu)

*All the best everybody..Ada suka dan duka.. Aku pun turut berduka dan in sha Allah, aku akan cuba membantu apa yang termampu...



[Tak Dapat Sambung]

Oleh sebab sikap aku acuh tak acuh nak login blog, ada beberapa entry yang tak complete..Ada satu tu aku sempat tulis tajuk je..Ada satu post tu pulak aku dah tulis suku dan harap boleh sambung pada lain kali aku logon.. Harapan tinggal harapan.. Aku dah lupa apa kisah untuk entry-entry tersebut..
 
Maaf la kerana tidak dapat sambung story yang berkenaan.. Aku rasa ianya tetap salah satu kenangan bagi aku tapi untuk menceduk memori berkenaan aku tidak mampu...
 
Posts yang aku maksudkan tu dah berzaman jika dibandingkan dengan tarikh hari ini..
 
Inilah entry yang malang itu:
 
Hahahahaha..

*Lain kali aku takkan buat dah macam tu..aku akan perabis dulu apa aku nak tulis walau semengantuk mana sekali pun...hehehe

[Bukan Blogger Tegar]

Kepada yang mengikuti perkembangan blog ini, anda mesti arif tentang ketidak beradaan entry-entry baru di blog ini.. Almaklum la...busy..hehe
 
Justeru itu, aku boleh simpulkan di sini yang aku ni BUKAN BLOGGER TEGAR..
 
Hehehe..biasalah..untuk menjadi blogger tegar, sekurang-kurangnya 3 hari sekali akan post satu entry untuk bacaan follower blog nya...
 
Bahkan, blogger yang tegar juga memiliki ramai follower dek kerana keaktifan beliau...
 
Oleh hal yang demikian, ramai la nak taja iklan di blog nya dan boleh dikatakan traffic ke blog nya memang jam! hehehe
 
Ini semua tiada di blog ini...hehe
 
Aku tak tahu berapa istimewanya nukilan aku..
 
Tapi..
 
Aku memiliki seorang FOLLOWER BLOG TEGAR..
 
Beliau la selalu notify aku untuk update.. dan hari demi hari menerima request dari beliau, aku pun membuka laptop setelah sekian lama tidak di switch on..hehehe
 
Inilah hasilnya...my new comeback kata ko! hahaha
 
 
*Aku rasa kali ni pun aku akan seperti selalu...akan menyepi setelah beberapa ketika setelah beberapa post je..hahahaha..Maaf ye..aku tak boleh janji memberi sepenuh komitmen di sini kerana takut busy di masa akan datang..hehe..

Sunday, January 5, 2014

[one very fined day]

 

Terkulai-kulai meringkuk~ Published @ 2014 by Ipietoon