[Ujian Berat]
selamat pagi dan salam 1 Malaysia..kikikiki aku start kereta tunggu panas nak pi kerja.. lepas beberapa ketika diri ini rasa sangat-sangat terdesak untuk ke toilet.. malas nak patah balik masuk rumah dan buka kunci bagai dan nanti nak kunci balik.. memikirkan kalau ke depan lagi akan melalui jem di jambatan runtuh itu akan melengahkan lagi benda alah yang sudah di hujung tanduk itu.. lantas aku hanya cuba terus bertahan dan melalui jua jem berkenaan.. macam-macam doa dah keluar.. "10 minit sahaja..pleasee..please..." Istighfar bagai.. "beratnya dugaan ini Ya Allah..ringankan lah" mood masa tu memang muhasabah diri sepenuhnya la.. panggilan hangit ulangan pun aku dengar ala-ala je.. jalan stright memang memecut 100++km/j.. rasa bersalah ikut lorong kanan sepanjang masa..tapi tak da orang cucuk-cucuk pun.. memang laju..hehehe..pastu rasa bersalah je sebab melintas BMW, Honda Accord (PERDANA).. yela..aku kancil EX850 je..heheheh sam...