Posts

[Rona Kehidupan]

Aku ada satu concern.. Ok camni..since bapak aku single parent(walau ada mak tiri), dan aku bekerja tak duduk rumah, Setiap dua minggu atau tiga minggu sekali aku akan balik rumah jenguk orang tua.. Ok..point nya..bapak aku tu je yang aku ada sekarang, rasanya tak jadi masalah la kalau pi jenguk dia.. Tak tolong ape pun, tapi bila balik tu sekurang-kurangnya hilang la sikit pilu di hati.. So, macam ni.. dah bapak ko tengah weekdays tu call ko hari-hari tanya balik bila, balik tak minggu ni, kerja ke..takkan ko tak rasa nak balik..walau dia tak la sebut, "baliklah..rindu", jauh di lubuk hati memang ko akan meronta nak balik walau sejauh mana sesengket mana pun ko time tu.. Since aku pun single lagi dan tak perlu lagi nak bahagi balik mana-mana jangan la compare aku dengan yang dah kawin, kot sebulan skali baru balik rumah sendiri.. Yela.. Jauh berbeza komitmen kita.. Ada satu kes ni, kawan aku saja-saja jela borak kosong..dialog nya lebih kurang: ...

[Puasa ni]

Di pagi ini... rasa nak maki orang.. tapi.. nasib la aku puasa.. kesabaran memang terduga.. sekian sahaja.. *tadi aku dah taip panjang dan semua ayat berbentuk marah..tiba2 hilang marah dan aku delete dah balik..hok positif ni je tinggal.hehehehehhe

[Hari ibu bapa]

Satu Kasih nan abadi  Tiada tandingi  Dia yang satu   Dua  Sayang berpanjangan  Membawa ke syurga  Kasih nya ibu  Tiga  Lapar dan dahaga  Rela berpayahan  Setianya ayah  *Alfatihah dan segala surah untuk rohani dan jesmani mak dan ayah tak kira masih hidup atau telah pergi.. Itu la hadiah yang sebaik-baiknya..

[Selingan]

Isnin aku pakai dress.. Ciri-ciri:  ada tali di pinggang. Cara-cara:  kita boleh ikat ke belakang atau ke depan bergantung berapa ketat kita nak.. Aku pakai:  aku ikat ke depan sebab konon-konon nak cover perut. Kejadian:  1) aku lalu tepi office mate lelaki, dia tanya, "weh..ko ni nak bersilat ke apa?"  2) ada office mate lelaki jugak panggil, "weh bro.. yang sso tu bla bla bla" Olahan cerita:  weh..hellooo..aku pakai dress weh..betapa ayu walau 4 panel je..dia tetap ade kekembangan sedikit..boleh disebabkan tali tu aku nampak macam nak bersilat macam ala-ala pakai baju taek wan do.. hahaha.. boleh pulak depa panggil aku "bro"? wallaaaweeehhhh.. Motif:  motif aku kat sini nak kabonya yang se dress mana aku pakai kejantanan, keganasan itu jua yg muncul menolak segala keayuaan..  Mula-mula aku tak da niat pun nak menulis hari ni (rabu), tp disebabkan ada rakan sekerja perempuan pulak tegur aku hari ni.. "weh.....

[Ujian Berat]

selamat pagi dan salam 1 Malaysia..kikikiki aku start kereta tunggu panas nak pi kerja.. lepas beberapa ketika diri ini rasa sangat-sangat terdesak untuk ke toilet.. malas nak patah balik masuk rumah dan buka kunci bagai dan nanti nak kunci balik.. memikirkan kalau ke depan lagi akan melalui jem di jambatan runtuh itu akan melengahkan lagi benda alah yang sudah di hujung tanduk itu.. lantas aku hanya cuba terus bertahan dan melalui jua jem berkenaan.. macam-macam doa dah keluar.. "10 minit sahaja..pleasee..please..." Istighfar bagai.. "beratnya dugaan ini Ya Allah..ringankan lah" mood masa tu memang muhasabah diri sepenuhnya la.. panggilan hangit ulangan pun aku dengar ala-ala je.. jalan stright memang memecut 100++km/j.. rasa bersalah ikut lorong kanan sepanjang masa..tapi tak da orang cucuk-cucuk pun.. memang laju..hehehe..pastu rasa bersalah je sebab melintas BMW, Honda Accord (PERDANA).. yela..aku kancil EX850 je..heheheh sam...

[Sebelum aku lupa]

Kengkadang banyak benda aku nak tulis..tapi akhirnya aku terlupa..kikiki so..sebelum terlupa ni aku nak tulis dulu..hihihi Di petang nan hangat ini tetiba aku terfikir, ada tak orang kedengki kat kita, pastu dia tulis no fon kite kat toilet awam yang berlainan jantina..contoh kita ni perempuan, depa ada no kita, pastu depa gi tulis kat pintu toilet lelaki.. "gadis gersang - 014XXXXXXX "..  hahahhahaha sekian sahaja..itu la curiousity aku di petang ini.. hehehe *kalau ada orang buat gitu, agak-agak memang ada orang call tak?itu sebenarnyaaa yang gersang..haha

[Sukanya sukanya]

Image
bluaaarrggghhh.. geli daku membayangkan aku sebut tajuk itu dalam gedik-gedik style..kikiki.. ok..apa yang aku suka sangat ni ialah new template tuk blog ini... wahhh..rasa lawa (blog..bukan aku..hahahha) aku cari kat sini . harap korang pun suka...sekian..