[Cerita Pendek]
Tiba-tiba semalam ada budak kat opis ni..
Dia tanya aku tempah baju kat mana..
Ohhh..akak aku yang jahitkan..
Dia pun berkata..untung nya..ada yang teror menjahit..
Bila dia cakap begitu..aku pun baru terfikir memang beruntungnya kami sekeluarga..
Memang dari sekolah rendah dulu kitorang adik beradik tak pernah beli baju sekolah..semua arwah mak aku jahit dan buatkan..tp baju perempuan jela..
Baju budak laki payah dan macam tak padan la nak buat..
Dan pesen kitorang ni meninggi cepat..tengah tahun baju dah senteng..
Baju raya, kelambu, cadar, langsir, sarung bantal, sarung kusyen, alas meja, pelbagai lagi la hasil fabrik, semua arwah mak aku menjahit..
Sambil sambil tu akak aku no 3 dah meningkat dewasa, arwah mak aku menurunkan ilmu menjahit kat dia..lepas pada tu dia pulak menyambung menjahit dek kerana mata arwah mak aku dah tak berapa nampak nak masukkan benang dalam lubang jarum..
Hehehe..
Bukan menjahit je kitorang tak pernah bayar upah, gunting rambut, kuih raya pun tak pernah gi kedai.. Semua gunting kat rumah dan buat je kuih raya dulu.. ikut la nak pesen apa.. Hahaha..
Kuih raya memang kaw kaw buat punya..sebab kitorang kan ramai.. So memang buat kuih feveret je.. Ala ala kampung gitu..takda la almond london dan kuih-kuih yang canggih tu..
Kitorang buat bunga cina, kuih gunting, lidah buaya, popia simpul, kuih bangkit, pelbagai kek buah, gula hangus, bahulu, rempeyek, putu kacang dan pelbagai kuih la..
Time tu memang kami gotong royong..ada yang tukang menekap..arwah mak aku la yang tukang uli dan pembuat resipi..aku paling banyak pegang playar jaga oven..
Pagi lepas sahur start la buat..lepas ngaji lepas subuh.. Time tu semua sekolah dan belajar lagi..
Memang ada ramai la kat rumah..tapi memang seronok time tu..semua sporting je..
Tapi aku ingat time 2005 arwah mak aku nak buat kuih bangkit..so dia mesin kelapa..jari dia terkena mesin kelapa.. So besar jugak la luka kat jari telunjuk dan ibu jari dia..memang banyak darah..aku yang tengok kejadian tu..
Pastu aku paling ingat dialog dia.."owh..ini la last dah buat kuih bangkit..tak boleh nak uli macam ni"
So masa tu akak aku yang uli..memang berbeza hasil ulian tu.. Bangkit tak berapa bagkit tahun tu..pengalaman dan tenaga nyata membezakan hasil..
Tahun berikutnya dia tak buat kuih bangkit dah.. Dek tragedi kelapa dan masa tu busy apa benda entah..so tahun tu tak makan kuih bangkit la kami..
Sehingga la tahun berikutnya, 2007.. Memang lagi dia tak buat la..sebelum sempat raya dia dah pergi...
Sekian...
*so.. Kalau nak raya, puasa, memang macam macam kenangan terkeluar..seronok je masa dulu.. Sekarang semua beli..semua dah keje dan berkeluarga..rumah pun hujung minggu dan cuti je jadi havoc.. Hurmmmmm.. Apa apa pun sangat bersyukur di atas segala nikmat dan pengalaman ini.. Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment