Posts

[2013...Aku Datang..]

seriously, aku tak da lagi apa-apa plan untuk 2013...Aku tak da lagi nak pasang hasrat apa..contoh nak nikah 2013 ke, nak kerja gomen ke, nak undi ape ke kt PRU13...   itu bukan aku..sebab aku tak reti merancang..tahu-tahu benda dah lepas...   tapi apa yang wajib 2013 ni, aku dalam dunia belajar lagi la..itu je yang pasti..        

[Rumusan 2012]

Sekarang ini aku macam addicted dengan keyboard(ingat cerita Tipah Terpedo)..yela baru habis kelas yang banyak assignment..hari-hari menaip membaca..masih lagi terbawa-bawa sifat itu..so minta maaf la ye blogger kalau entri aku menyebabkan streaming hang slow ke, memenuhkan server ke..hihi   bukan itu yang hendak aku tekankan...topik kali ini, ialah rumusan hidup aku sepanjang 2012..almaklumla...sekarang baru bulan 1, kira-kira masih baru lagi aku meninggalkan 2012..   sekejap je masa berlalukan?aku ingat lagi, awal-awal tahun lepas aku sibuk lagi ke sana ke mari ke kenduri rakan-rakan belajar..samada naik bus, konvoi dengan kawan-kawan, mahupun merempit moto sendiri..itu pun sebab kenduri kawan sekolah aku dekat-dekat rumah...itupun belum kira kenduri yang aku tak boleh pergi..pendek kata, 2012 kami berumur 24 tahun, dan ramai yang melangsungkan perkahwinan..   hasilnya, ramai diantara mereka sedang pregnant dan ada dah melahirkan pun..itu sekali lagi rombon...

[Esok Khamis..]

Selalunya segala urusan kewangan UiTM akan didepositkan hari Khamis...Tapi tak tahu la Khamis bila..Hari-hari aku check account balance online. Adakalanya, aku rasa ntah-ntah akaun aku kena hack masa aku nak log in tu dan duit yang dimasukkan tu hilang tak tahu ke mana so sebab tu la baki asyik RM1.93..hihi..macam-macam dah aku paranoid...Please la esok, baki kamu berubah ye wahai akaun...aku sudah tidak mampu menanggung derita beburuk sangka terhadap itu bank, itu KPT, itu UiTM...   *Almaklumla...hutang banyak ni...dgn F lagi, insurance lagi..L lagi..Ticket budiq lagi....hurmmmmmmm...   *Apa-apa pun senyum dan sabar.. *Tadi tengok setia hujung nyawa..baru aku tahu si EL tu baru lepas SPM..hihi

[Waaauuuuu...]

Image
antara statistik yang mengejutkan aku...

[Gambar-gambar yang aku cuba upload]

Image
Berjayakah? tunggu dan lihat.. : : : : : : . . . . . . . . . . . .. - - - - - - * .. . . . . .. . . .

[Statusku..Pelajar ke tak pelajar]

yaaaaaa.......semuanya ditentukan berdasarkan keputusan semester ini.. kalau ada yang tak pass, aku redha.. berhenti.. cari kerja.. ataupun duduk rumah, freelance sambil jaga bapak aku tu je plan aku.. aku dah usaha..tapi rasa macam tak cukup je usaha itu.. Ya Allah.. permudahkanlah..

[Seterusnya..Aku Tak Normal Sangat]

Sepanjang pengkuliahan Master ini, aku dapati waktu aku berubah..siangku sebagai malam, dan malam ala-ala siang.. aku tidur hari-hari lepas subuh dah bangun balik dalam pukul 12.00pm.. bergantung pada sesuatu yang berlaku..jika pagi tu ada ape-ape hal, tak tidur la sampai aku balik pulak.. Semua ni bermula pabila aku stay up untuk membuat assignment dan project. Idea pulak memang takkan muncul di awal waktu, esok kena submit, tengah-tengah malam baru idea datang (padahal hantu last minute) So, tak kira la kalau next day tu test ke..aku akan segar bugar je mata..lebih-lebih lagi kalau berborak dengan si F. Aku tak kisah pun pasal test, sebab nanti dah habis jawab ke, tengah-tengah jawab ke blh tidur kalau mengantuk..teruk perangai..aku tak galakkan untuk orang lain mencuba..sebab pening weh.. OK..alkisah nya tak kisah lah jam aku dah tak normal, tapi sekarang ni kan aku kt kampung, jadi memang masalah la nk berjaga malam...satu..sebab tak da geng berjaga..dua..sebab tak d...