[Hahahah..Sejenak]
Di malam yang hening..
Bunyi cengkerik bersahutan..
Deruan enjin motosikal jenis Honda EX5 di jalanan..
Di hadapan TV..
Berlangsungnya channel 106 Astro Oasis..
Rancangan Penawar Syifa'..
Belakang aku seorang bapa sedang menyalin doa..
Tepi sebelah kanan aku sebuah gelas A&W berisi penuh air teh o..
Disamping berkumandang bunyi mesin basuh yang sedang membilas pakaian..
Di sebelah kiri aku sebuah tilam bersize queen dibaringi oleh seorang adik bongsu
dan ditangannya sebuah smartphone berbunyi-bunyi notification Whatapps nye..
Beginilah suasana keadaan sekeliling ketika aku menaip warkah ini..
Semasa di TV berlangsungnya iklan MILO, aku terfikir..
"Boleh tiba-tiba aku menulis blog time-time begini.."
Setelah Iklan Astro First "Aku terima nikahnya" habis, aku pun terfikir lagi..
"Yaaa... apa salahnya.."
*Nampak sangat sengalnya..k..daaaaaaa...
Comments
Post a Comment