Posts

Showing posts from December, 2012

[Levitation UPDATED]

Image
hihi.. jalan-jalan berkarya.. ada la beberapa gambar.. tp aku tak sure sbb size gmbar yg besar ke, prob line internet ke, atau blogger then gambar-gambar tu jadi berbelang-belang.. mungkin part of security gambar tu tak sure la.. so, sekeping ni jela yg lps.. hurmmm..  *next time la try lg..

[Tak Sehaluan]

Lately, aku perasan, otak dan mulut aku selalu tak seiring dan tak sejalan, tak seindah bunga di taman.. sebab..banyak kali dah scene berlaku di mana, aku cakap benda yang aku tengah fikir.. Contoh 1: M: Ni nak ikut mana? Aku: *sedang berfikir :eheh..nanti M terikut pagar depan pulak..jauh nak u turn..sambil fikir tu mulut pun menjawab:- Kita ikut pagar depan la..*sambil tangan menunjuk belok kiri arah pagar belakang Contoh 2: semasa makan..M telah memberikan telor masin rebusnya yang bahagian kuning kat aku..dan aku memang minat yang kuning, sebab yang putih tu masin sikit..M minat yang putih..tengah-tengah makan, aku pun terfikir nak bagi telur putih kat M sebab dia tak minat telur kuning.. Aku: M, awak suka telur kuning kan..nak tak yang saya punya? M: Tak nak.. Aku: Eh, bukan ke kau suka? M: Tak lah.. Tak behi mano hok kuning.. Bila dengar ayat-ayat dia, baru aku sedar, aku salah sebut.. *hahhahaah..adoi~ sebab tu la orang tua-tua selalu berpesa

[Mendengar..]

Image
hihi..(hahaha..gelak jugak lagi) semalam tgk TV3.. ada movie "The Proposal" and ada scene diorang tak jadi kawin tu, kedengaran sebuah lagu.. berapa lama aku cari title lagu tu.. tp tak kesampaian.. dah alang-alang lagu tu terkeluar dalam movie tu, aku pun tunggu la credit cerita tu.. biasa la.. cerita orang putih, kreditnya setimbun, halus dan panjang.. aku pun tunggu sampai section OST.. nahh..aku jumpa tajuk lagu tu.. "Canon in D" hahhahaha.. masa dulu-dulu, aku nak google tajuk nya aku ingat-ingat lupa je.. ak search "yamaha" la..hahhaha memang tak jumpa la!! so, aku pun mendownload la lagu ni.. macam-macam versi ada.. piano,violin,guitar.. tapi aku suka sekali yang electric guitar! Best! laju sikit..hihi *Aku rasa, lagu ni memang menaikkan motivasi, semangat dan rasa nak berjaya!!

[Levitation..]

Image
yaaa... Mungkin dunia sarjana ini kadang-kadang tampak seperti rilek.. sebenarnya aku stress jugak! buktinya... dah tiga malam kami membuat benda yang tak logik..hahahhaha.. malam 1st, tujuannya nak menghabiskan battery DSLR kawan aku sebelum dia cas.. So, dia pun merakam video la apa la..last-last aku cakap, "Apa kata kita tangkap gambar aku melompat?" kawan aku tu direct terus setuju..hahhahaha ideanya mudah, aku berdiri dan sambil nak duduk tu aku akan cuba jatuh dalam keadaan bersila..dalam pada tu kawan aku akan snap gambar dan akhirnya akan nampak aku terapung sambil bersila.. perkara ni berulang berkali-kali..dari aku jatuh atas lantai dan menyakitkan lutut, aku proceed ke atas tilam..so, tak sakit sangat.. buat pengetahuan, perkara ini berlangsung pada pukul 1 lebih pagi!!hahahhaha.. So, pakaianku hanyalah baju nak tidur.. So, tak boleh nak tayang dan promote la..hahhaha habis di situ.. keesokkan harinya, aku tunjuk la gambar-gambar yang jadi kepada anoth

[You Tube Channel]

Image
hahahhaha.. (Aku selalu mula dengan gelak.. Sepatutnya beri salam ke, tanya khabar ke.. Ini main redah je! hurmmm entahla.. asal nak menulis je mesti terbayang dah cerita-cerita yang aku rasa lawak.. Mungkin sebab tula aku mula dengan bergelak sakan kot.. Tambahan, asal aku nak update blog je mesti time aku sibuk... contoh sekarang, aku sepatutnya membuat Term Paper yang bakal di submit esok padahal 2% je baru siap!! Ini pun aku rasa lawak..adoi~ hahaha.. )   okey la.. bukan itu yang aku nak ceritakan... Apa yang sebenarnya aku nak cerita ialah tentang Channel You Tube.. Hihihi.. takda angin, takda ribut, tup2 aku sign up! hahahha   Memang la takda angin dan ribut, tapi ada sebab yang tersendirila.. Ianya bermula di suatu hari aku menginstall Talking Tom dan anak buah aku amat menyukai bermain dgn Tom.. oleh kerana anak buah aku tu meminati lagu 1Malaysia, aku pun merakamkan la lagu tersebut sebanyak 1 rangkap..   Bila aku play video tu berulang kali, anak buah aku tu me