[You Tube Channel]

hahahhaha..
(Aku selalu mula dengan gelak.. Sepatutnya beri salam ke, tanya khabar ke.. Ini main redah je! hurmmm entahla.. asal nak menulis je mesti terbayang dah cerita-cerita yang aku rasa lawak.. Mungkin sebab tula aku mula dengan bergelak sakan kot.. Tambahan, asal aku nak update blog je mesti time aku sibuk... contoh sekarang, aku sepatutnya membuat Term Paper yang bakal di submit esok padahal 2% je baru siap!! Ini pun aku rasa lawak..adoi~ hahaha.. )
 
okey la.. bukan itu yang aku nak ceritakan... Apa yang sebenarnya aku nak cerita ialah tentang Channel You Tube.. Hihihi.. takda angin, takda ribut, tup2 aku sign up! hahahha
 
Memang la takda angin dan ribut, tapi ada sebab yang tersendirila.. Ianya bermula di suatu hari aku menginstall Talking Tom dan anak buah aku amat menyukai bermain dgn Tom.. oleh kerana anak buah aku tu meminati lagu 1Malaysia, aku pun merakamkan la lagu tersebut sebanyak 1 rangkap..
 
Bila aku play video tu berulang kali, anak buah aku tu meyukainya dan setiap kali itu la, dia gelak memanjang.. mungkin suara yang weird baginya ataupun aku nyanyi sedap! hahahahhaha
 
Aku menambah recording ke lagu "Labah-labah panjat perigi" dan yang terbaru "Imam Muda"...hahhahaah
 
Aku telah sebarkan video-video ni di whatsapp chat kepada kawan-kawan terdekat.. Mereka pun memainkan video  tersebut kepada anak-anak buah mereka.. Yaaaa... ternyata mereka semua menyukainya...
 
Lantas, seorang rakanku mengatakan "Apsal tak sebarkan dengan lebih meluas?" Aku pun terfikirkan You Tube..
 
Dengan tidak semena-mena, aku pun mendaftar ahli..
*ni je nama yang mampu aku reka!hahahah
 
Yaaa.. sekarang ketiga-tiga video itu telah di upload dan menjadi tontonan umum..
 
* Klik di sini untuk melawat channel aku tu..dan view la video yang aku maksudkan tu!!hhahha
 
*kadang-kadang rasa macam terharu bila log in channel tengok-tengok ada seratus lebih view dalam masa 2 minggu..hahhahaha..
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

[New Template]

[Finishing 2020]

[Seterusnya..Aku Tak Normal Sangat]