[Sampai masa nya..]

Berdasarkan tajuk..tibalah masa nya aku mencerita satu rahsia yang sekian lama aku simpan..
 
hehehehehe..
 
Ianya bermula seminggu sebelum 3 January 2014..
 
symptom ketika itu aku demam..sakit belakang telinga kanan..
aku dengar semua benda kuat..jelas terang dan nyata..
 
1hb January 2014..symptom ke dua muncul..mata kiri aku asyik berkelip dengan kadar yang pelik..dalam satu minit tu dalam 25..so aku anggap mata kiri aku la problem..masuk habuk ke ape ke..tapi aku cuma biarkan sahaja..hahahaha
 
then sehinggalah 3hb..aku bangun subuh tu aku rasa kebas-kebas bibir..tapi aku buat tak heran la..then aku pi sembahyang subuh..tiba-tiba, di rakaat pertama selepas al fatihah, aku baca ayat kursi.. time tu aku perasan yang kebas tu macam pelik semacam.. macam mulut kena bius..then aku fikir mungkin sebab aku baca ayat kursi..pastu setan duduk dekat-dekat marah dan ganggu aku..hahaha
aku pun bertambah khusyuk membaca nya..hahahaha
 
setelah solat, macam biasalah..tidoooo...haahah
 
aku bangun pukul 2 lebih..mandi dan makan..aku tak tahu kenapa..rasa mengantuk sangat..hahahaha..alasan..padahal kuat tido..
ok..time lunch tula aku baru detect petanda penting..aku nak mengunyah macam pelik..kan ada kala time makan lidah kita jilat bibir atas dan merapatkan mulut ketika mengunyah..
 
tapi tak Berjaya..aku nak jilat bibir atas, tapi rasa tak sampai..masukkan makanan dalam mulut pun tertumpah keluar..aku pun makan cepat-cepat..
 
tengok cermin apsal lidah tak sampai..then apa yang aku lihat bibir aku senget..yang kanan naik ke atas sedikit..so Nampak senget..
 
then aku pun pergi poliklinik..nasib la jumaat..petang..tak ramai orang..aku cakap kat doc, mulut aku senget..mata kiri asyik kelip-kelip..
 
doc pun amik darah aku..check toksin..check segala la..pastu check tekanan darah..lepas result keluar dia kata takda ape yang abnormal tentang darah aku..dan dia panggil lagi 2 doc..kedua-dua tu duk belek-belek aku..dorang suruh aku tutup mata..
 
nahhh..baru tau apa yang berlaku..
 
mata kanan aku tak tutup habis..then dorang dah detect belah kanan aku problem...dorang suruh aku angkat kening..tahan kening belah kiri supaya aku angkat kening belah kanan..tak Berjaya..kerut dahi..semua belah kiri je gerak..bukak mulut la paling obvious failure sekali..sebab mulut kanan ada limit bukak tapi mulut belah kiri boleh bukak luas lagi..so akan Nampak muka aku jatuh sebelah..dagu pun..pipi senyum tak naik belah kanan..
 
doc pun cakap la yang muka belah kanan aku lumpuh..mata belah kanan memang tak kelip pun selama itu..tu yang mata kiri aku asyik kelip je..sebab dia nak paksa yang kanan tu kelip..hahahaha..doc siap buat ujian nak cucuk jari kat mata..hahahaha..mata kanan aku rilek je..xda tindakan reflek pun..hahahaha
 
so..doc pun conclude yang aku ni kena bell's palsy yang mengganggu facial nerve sahaja..bukan lumpuh macam strok tu separuh badan.. ada kes berlaku sebelah muka je..ada jugak kes dua-dua belah muka lumpuh..macam mana la tu..tak boleh nak baying..hahahah
 
so dia cakap la symptom Nye..yang utama sekali sakit belakang telinga dan dengar jelas..memang tula berlaku..so punca nya sebab virus..virus tu duduk belakang telinga..sampai masa dia akan menyerang..antobodi badan akan melawan..then nerve automatic mengecut sebab nak block virus tu dari pergi kejauhan...tu yang ganggu fungsi nerve muka termasuklah mata, dahi, kening,pipi, lidah, dagu.tu dan ambil masa untuk dia kembang and act normal again.. so, doc check darah memang takda toksin atau virus, sebab depa semua dah mati dilawan dengan pertahanan badan..tapi kesan kat nerve tu ada la lagi..hehehe
 
aku Tanya virus tu datang dari mana..dia cakap mungkin aku pernah kena cengkering ke campak ke then virus tu takkan keluar habis..dia duduk kat belakang telinga semua orang..sampai masa akan bergerak..kalau masa belakang telinga aku sakit tu, time tu virus tu menyerang, kalau aku gi hospital awal, depa akan bagi steroid untuk fight virus tu..so, aku tak gi hospital, lantas badan aku sendiri la yang fight..hahahaha..kalau dapat cucuk awal-awal, nerve muka tu tak sempat la mengecut dan tak jadi la bell's palsy..hehehe
 
another punca mungkin ada tumor dalam kepala..then doc tu cadangkan aku buat MRI..tuk check kepala..heheheh..doc tu bagi ubat setimbun untuk active kan balik saraf..aku kena makan ikut jam dia..
 
Pastu aku pi rujuk kat hospital uitm..aku cakap aku bell's palsy..then doc tu suruh rujuk hospital betul..kalau kat Selangor ni antara PPUM, sg Buloh dan hosp Klang la blh buat..aku pun pergi PPUM..kat PPUM aku tunjuk ubat yang doc bagi..dan diorang cakap betul la ubat tu..doc tu tak cadangkan pun MRI lagipun waiting list panjang..dia suruh aku gi terapi jela..dan bagi ubat mata supaya mata aku tak letih..
 
tidur malam kena tutup mata dengan sesuatu..sebab mata kanan ni asyik terbukak je..sehinggakan kalau orang jalan-jalan aku boleh Nampak masa tengah tido..
 
aku pun ikut cara orang terapi tu ajar..then aku tak sedar bila betul-betul ak pulih..
 
hehehehehehe..
 
hari ni hari ke 88 aku..hehehehehe
 
berikut ialah koleksi aku..mana sempat rakam tu aku rakam..
 
ini pic hari pertama..on the way gi poliklinik..
 



 

*ini pejam mata..Nampak tak mata kanan aku tu tak habis tutup..
 
ini video hari ke dua..tujuan rakam nak tengok betul ke aku tak pejam..so, memang pun..hehe..
 
 
ini kat jogja.. aku rasa masa ni makin better.. rasa macam tak perasan pun..tapi pramugara ada tegur dia kata "awak sakit ke?mata kiri asyik kelip-kelip"..hihihi
 

 

 ini ubat yang aku kena telan hari-hari selama sebulan..yg oren tu vitamin B..hahaha..muka rasa tegang macam pakai botox..hihih..kulit pun bertambah mulus


 
 
itu sahaja yang aku nak share..ramai yang tak tahu..keluarga, budak rumah, rakan-rakan terdekat je tahu.. sebab saya malu..hehehehe..
 
*Bell's palsy ni baru aku tahu kewujudan nya..hahahaha


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

[New Template]

[32 Years Old]

[Finishing 2020]