[Harinya sudah tiba]
Habaq hang..
Aku ni lembik betei..
Hahaha
Tiba-tiba je kan..
Ok..sebenarnya,
Hari ni la hari yang dinanti telah tiba..
Walau kecut perut menyelubungi,
Tapi ku gagahi jua dek kerana perasaan ingin mencuba walau sekali dalam seumur hidup membuak-buak..
Hehehehe..
Ingat tak aku pernah cerita pasai water rafting? So, hari ni la hari penentuannya..seperti yang dirancang..
So..lokasi nya di kampung ulu sungai slim..
Kira-kira kalau dari kl naik guthire/latar/elite/nkve tembus ke plus highway arah utara..
Exit tanjung malim..
Dan follow jela signboard slim river mungkin..
Jalan nak masuk ke dalam tu aku tak pasti berapa kilometer.. Tapi agak berliku dan berselekoh disamping perlu ada kemahiran mengelak taik lembu fresh tengah jalan yang lebar-lebar belaka.. Hahahhahaha
Tak tahu nak elak camne lagi.. Memang lenyek jela..
So, perjalanan bermula 6.30 pagi dari cyberjaya, sebagai meet point konvoi kerana kami carpool..so,untuk 20 orang, 5 kereta..
Stop 7.30 pagi di rnr rawang untuk fast breakfast..
Sampai slim river tu aku tak sure pukul berapa dah..sebab dah teruja tinggal barang semua dalam kereta terus lenggang pergi pondok kat campsite dia..
Kitorang pergi under KESB punya..tak sure stand for apa,sebab akak penganjur yang uruskan semua..kami yang ahli ni tau pi jah..
Sorang bayar rm180 sekali pakej makan tengah rafting dan pakej makan tengah hari lepas habis berafting..
Aku rasa berbaloi la sebab depa nak bayar kapten boat kan..depa sangat cekap,tangkas dan berkaliber dalam membawa kami mengharungi stream yang bagi aku sangat menyeramkan..hahahaha
Dorang semua orang setempat which is orang asli kat kawasan tu..
Tapi..
Speaking english..perghhhhhh.. Thorbaik..
Yela..depa kan handle ramai pelancong..
Kemahiran bertutur english tu memang suatu yang wajib la bagi depa..
Memang aku salute kat depa!
Ok,kat campsite tu kami cuma tunggu truck yang nak angkut kami sebab depa dah gi naik atas pi hantar pelampung dan barang-barang lain..
Sambil tu apa lagi, duk try jacket dan helmet la..pastu sakan la bergambo..tumpang gopro budak-budak ni jela..hehehehehe
Truck sampai kami pun dibawa ke atas kat starting point..bukan la pangkal sungai sangat pun..rasa macam ada lagi puncak dia..hehehe
Sekali lagi cabarannya..
Jalan mendaki..
Memang takkan rata la..
Jalan hutan.
Lubang merata..
Longkang panjang tengah-tengah..
Sebab tu dorang pakai 4wd je pi naik atas..
Ala-ala macam kita tengok kat tv dulu, kembara 4wd..yang sangkut tayar bagai tu..
Tapi alhamdulillah..takda sangkut..sampai baik punya walau segala sendi gegar habis..hahahahaha
Dah kat starting point tu,kami di brief dengan cara-cara nak berafting..
Cara pegang pedal,
Pakai helmet,
Pakai jacket,
Strategy ketika rafting which is position yang sepatutnya rafter lakukan bila kapten suruh berdasarkan kedudukan boat..
Contoh paddle foward,paddle backward, over left,over right, front, back, on hold dan pose paddle yang betul..
Dan selepas tu semua brief pasal "kalau jatuh"..
Panjang berjela..
Masa tu aku dah syak dah,
Depa ni nak bagi orang jatuh raft ni..
Tapi betul la..
Memang penting pengetahuan keselamatan tu..
Memang sangat berguna masa keadaan cemas..
Dah selesai brief,
Bermula la berakit-rakit ke hilir oleh kami semua..
(Pic masa briefing)
*aku yang duduk atas pelampung kuning tu
*pengalamannya best!!!nanti aku sambung di post seterusnya..lagi pun pic tak dapat lagi..so tak best la kalau takda pic..hehehe.. Ni balik-balik rasa excited giler,tu terus nak update blog.. Hehehehehehe
Comments
Post a Comment