[Mini Reunion Batch 88]

hoho..
ingat tak?
alaaaa..
pasal reunion sekolah menengah yang aku pernah cerita suatu ketika dahulu..

so,
atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan,
ramai yang tak boleh pergi..

so,
apa guna sewa dewan sekolah dan buat kat sekolah kan?

oleh hal demikian, 
group AMT pun bersependapat untuk gantikan "Reunion" tu kepada "Mini Reunion"..

so,
nama dah mini..
so,
segalanya minimal.

aktiviti mininya:
perlawanan bowling sahaja..1 game..RM8.50 sebab bawak stokin..memang kaw kaw jimat dan minimalis..

kehadiran mininya:
11orang

makan mininya:
pergi kedai makan, makan kat situ sesama..hahha..yang penting patin tempoyak!harga boleh runding pulak, memang mendapat la..aku bahan 3 ketul patin, air oren, ayam berempah, tembikai.. 
makan cuma RM12. hehehe

tarikh sama..hari ni..

tapi..
apa yang berjayanya ialah:

kitorang sempat tempah baju dalam masa 2 minggu..
yang tak dapat pergi pun dorang tetap order baju..
hehehe..

yang datang ni aku rasa berkualiti..
sebab,

terdiri dari lelaki dan perempuan,
terdiri dari yang memang sekolah dari form 1-5,
terdiri dari yang sekolah hanya form 1-3..dah pindah sekolah pun still rasa ahli sekolah kami..
terdiri dari yang masuk sekolah form 4-5..walau sekejap je sekolah dengan kitorang, tapi depa tetap rasa depa ahli sekolah kami,
terdiri dari golongan yang bawak suami/isteri/anak-anak,
terdiri dari golongan bujang lelaki dan bujang perempuan,
terdiri dari golongan yang tinggal anak sekejap,
terdiri dari pelbagai tempat asal iaitu ada wakil j14, j12, j11, bp, uitm sebab sekolah aku terbuka untuk budak-budak dari kawasan ini,
terdiri dari golongan yang kerja luar pada Jengka sanggup turun nak join,
terdiri dari memang yang duduk kat Jengka..

so,
tu yang aku cakap yang hadir ni walau sedikit, tapi variasinya berkualiti..

masing-masing lama tak jumpa,
tapi boleh dikatakan elok jela memasing bergaul..
hehehe..

Alhamdulillah..
silaturahim masih terjalin antara kami..

Nahhh..
Buat tatapan hampa..



*happy, enjoy sangat hari ni..semua sempoi! next, mungkin family day..buat yang betul-betul nak join..

Comments

Popular posts from this blog

[New Template]

[32 Years Old]

[Sebelum Angan Angan Musnah]