[Untuk menjadi Kamaliah - part 1]

Hahahaha..
Poyo gila tajuk..
Macam la public figure atau orang geneva yang perlu manual buat orang lain buat rujukan, inspirasi dan motivasi!
Hahahaha

Aku cuma nak state kan beberapa perkara yang menjadikan diri aku ni begini ketika ini..
Buat muhasabah diri..
Hehe..

Selepas beberapa minit analisis yang aku lakukan tadi, aku boleh bahagikan diri aku macam ni:
50% pot pet pot pet
5% tindakan dengan berfikir
25% tindakan luar berfikir
20% malas, kuat berangan

Aku ni ada la tabiat yang aku rasa diri aku je buat..orang lain aku tak tahu. Tabiat-tabiatnya:

1)sangat tidak boleh buat kerja depan orang..aku rather orang nampak aku tido je, rilek tak buat ape-ape..tapi bila orang cakap aku takda kerja aku marah pulak..hahahaha.. Aku tak perasan pun perkara ni,tapi sejak dua menjak ni ada perkara yang aku nampak aku ni majoriti ke arah ini..hahahaha
Contoh:
Situasi 1:
Aku balik rumah awal,2 orang housemate aku tak balik lagi time tu, aku sorang.. Mari mana kerajinan aku tak tahu la..tiba-tiba aku lipat kain baju yang menggunung yang aku sumbat dalam almari je selama ini..siapppp..hahaha.. Then ada sebakul lagi baru angkat,aku tak lipat..sebab member aku dah balik..hahaha.. Bila sorang tu tegur,"kaem,kemas bilik ke?".. Aku pun terus tak ngaku..walau masa tu aku pegang penyapu.."lantai berpasir..nak sapu ni je"..hahaha..jawab aku..padahal takda masalah pun kalau aku cakap ye..dan aku sambung lagi melipat baju..tapi tak tahu hilang mana semangat nak lipat baju tu..haha.. Tu yang aku cakap aku ni banyak tindakan tanpa berfikir tu..
Situasi 2:
Aku jemur kain tadi senyap-senyap kat belakang, dah nak siap..tiba-tiba kawan aku datang dapur nampak aku jemur kain..hahaha..terus aku macam tersentak..pastu dalam hati aku cakap "nasib dah siap..kalau tak ni mesti aku tinggal"..tah benda-benda..
Situasi 3:
Baru ni aku dapat tugasan..aku kena tolong satu team development tu..dan aku dapat dah module ape aku kena buat..so ada la tempoh masa nya..bayangkanlah, kat ofis, aku tak boleh pun nak tumpu nak buat benda tu..aku banyak gi kat laptop orang tolong apa yang patut je kat coding dorang..yang part aku tu aku sentuh sikit-sikit je..yela,kena study la sebelum boleh buat..sampai la suatu minggu tu, last date isnin, jumaat tu aku tak siap apa pun..aku copy la apa yang patut nak buat kat local je nak buat kat rumah..then hari sabtu aku tak buat apa-apa aku tido je..ahad aku bangun kul 10 lebih kurang pastu aku cuba nak buat..tak jadi..aku cuma tenung renung je laptop, end up nya tengok movie yang aku dah tengok berkali-kali..sampailah malam tu, which is memang takda masa lain dah..aku start buat pukul 11pm..sampai ke subuh tu aku buat..dan hasilnya..siaapppp.. Hahaha.. Tapi hari isnin tula..macam gila je otak..sebab aku tak tido dari pukul 10am ahad tu..hahaha..yang kes ni pulak,aku rasa aku takkan boleh buat suatu benda sampai betul-betul dateline..ni la benda parah yang aku alami sejak dulu..kalau sempat,cantik la..alhamdulillah..tak sempat?mampusss!hasil nanti ala kadar je,asal ada..hurmmm
Situasi 4:
Hahaha..situasi ni baru je belaku..aku menaip blog ni kat ruang tamu sebab ada kipas..kipas aku tak baiki lagi..tengah panjang menaip kawan aku lalu, dia pun tegur "uihhhh..panjangnya..bila nak publish tu?"...terus aku menulis situasi ini dan nak menghabiskan penceritaan..hahahahahaha

*nanti aku sambung perangai-perangai aku yang lain tu..hehehehe..sebab tu ni namanya part 1..nak ada part lain jugak..hahahaha

Comments

  1. aku adalah seorg yg sgt hebat Kamaliah Mat Akil...semua benda kau tau nak buat...aku bangga dgn kau...

    ReplyDelete
  2. Kau mmg hebat muna!!hehehehehe.

    ReplyDelete
  3. bkn aku...KAU...aku tersalah taip tuh...huhuhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

[New Template]

[32 Years Old]

[Sebelum Angan Angan Musnah]