Posts

[Fasa 2]

Hoho.. Walaweeehhh... Sekarang berada di fasa 2 kehidupan.. Cehhhh.. Macam mana nak determine pun aku tak tahu.. Cuma nya dalam hidup aku ni,aku masuk fasa baru la ni.. Belum fasa 2 lagi.. Tapi mahu melangkah ke fasa 2.. Serius.   Tak sangka aku akan melaluinya.. Kadang-kadang 15 saat jugak aku termenung.. Betul ke ni? Aku dah macam perempuan-perempuan lain plak.. Di mulut,di tangan, dan sekarang di blog asyik pasal kahwin.. Pendekkan cerita..persiapan kahwin.. Hari ni, Estimated 152 hari lagi.. So dalam kepala ligat duk fikir goodies dan baju..hahahahaha.. Yang ni je aku rasa macam mencabar bangat.. Tapi tula.. Sebenarnya benda senang je,aku pun nak buat benda simple je,tapi apalah duk fikirkan sangat.. Patutnya di stage ni fikir persiapan diri..cukup dah ke ilmu di dada..rohani jasmani mental emosi.. hurmmmmmm.. Semoga Allah permudahkan.. *niat nak khatam quran lagi sebelum kahwin..baru juz 3..heheheheh..

[Brago]

Hehehehe.. Bila aku post entry sebelum ni, Terus mai isu broga ni.. Hahaha.. Tengok kat list, Yaaa...aku tak cerita lagi pasal broga ni.. Tajuk tu memang aku sengaja eja brago.. Sebab masa kitorang nak memanjat bukit ni,  Ada seorang ni, dia sebut "brago" dengan yakin dan tak rasa bersalah pun..  Hehehe.. Tu je.. Ok.. Masa tu cuti awal muharam.. Jatuh hari rabu..tengah-tengah minggu bekerja.. So.. Memang minggu tu tak balik kampung la.. Takkan nk cuti derek.. Cuti pun tak berapa nak ada dah.. Nak kena save untuk #triptokrabi28 pulak.. Hehehe..lepas ni cerita pasal krabi ok.. Hehe.. So, Tiba-tiba hari isnin minggu tu geng-geng ofis sebut "jommm panjat broga rabu ni?" Pastu belaka on! Belaka ada kat pantai barat dan memang sepesen je belaka tak balik cuti kat kampung.. Yela..memandangkan kampung depa pun KL je..hahahahaha So, Memang tak berfikir panjang.. Aku pun on jugak la.. Sebab memang takda plan apa...

[Kesibukan Kemelandaan]

Ya ampunnn.. Sibuk yang amat sekarang.. Kalau dulu pun sibuk jugak.. Tapi sempat mencelah nak menghupdate blog.. Weekend pun boleh tahan..macam-macam aktiviti.. Ni baru single mingle..kikikiki Banyak isu nak update, tapi nak buka browser nak taip blogger.com pun tak sempat.. Sampai pasang niat jela,  "ok nanti aku update pasal ni ni ni ni.." "Best benda ni..ok jugak di blog kan.." Tapi.. Hahahaha Aku dah lupa apa yang "ni ni ni ni" tu dan benda apa yang aku nak blog kan.. Rasa banyak je benda yang tertunggak ni.. Sampaikan pembaca setia dah tanya bila nak update.. Hehehe.. So, Entry ini hanya perutusan maaf je ok.. Lepas ni aku cuba nak selit kan slot untuk memblog dalam hidupku.. Hehehehe.. *thank you di atas sokongan anda semua!

[Mini Reunion Batch 88]

Image
hoho.. ingat tak? alaaaa.. pasal reunion sekolah menengah yang aku pernah cerita suatu ketika dahulu.. so, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, ramai yang tak boleh pergi.. so, apa guna sewa dewan sekolah dan buat kat sekolah kan? oleh hal demikian,  group AMT pun bersependapat untuk gantikan "Reunion" tu kepada "Mini Reunion".. so, nama dah mini.. so, segalanya minimal. aktiviti mininya: perlawanan bowling sahaja..1 game..RM8.50 sebab bawak stokin..memang kaw kaw jimat dan minimalis.. kehadiran mininya: 11orang makan mininya: pergi kedai makan, makan kat situ sesama..hahha..yang penting patin tempoyak!harga boleh runding pulak, memang mendapat la..aku bahan 3 ketul patin, air oren, ayam berempah, tembikai..  makan cuma RM12. hehehe tarikh sama..hari ni.. tapi.. apa yang berjayanya ialah: kitorang sempat tempah baju dalam masa 2 minggu.. yang tak dapat pergi pun dorang tetap order baju.. ...

[Tiada Tajuk]

Lautan luas banjaran gunung Rezeki nan melimpah Bawah langit Nya kami bernaung Rasa kasih tercurah Tanah airku bumi bertuah Tiada bandingannya Tet tet tet tet lupa Tet tet tet tet Dengan sepenuh keazaman Semangat mu nan waja Kerana mu rela berkorban Engkaulah pertiwi yang tercinta Kesatria Kesatria Berkobar di dada Tinggalkan ibu tinggalkan ayah Tinggal sanak saudara Menunjukkan kesetiaan kita pada bumi Malaysia Hahahahah Tetiba teringat lagu ni! Thorbaik..dua sem nyanyi.. Sem satu setiap isnin.. Sem dua setiap rabu.. Mendapat la ko liriknya.. Bersepah.. Tet tet untuk part yang lupa tu.. Hehehe.. Movie badul prebek lapuk ke ape tajuknya..intronya lagu ni la..cuma part kesatria tu perkataan lain.. Hahahaha.. Kalau ada tayangan movie tu,aku la paling excited nak nyanyi nya.. *throwback zaman diploma..zaman mula belajar masuk u..zaman mula duduk asrama tinggalkan rumah..walau rumah dekat..zaman innocent..zaman yang...

[Untuk menjadi Kamaliah - part 1]

Hahahaha.. Poyo gila tajuk.. Macam la public figure atau orang geneva yang perlu manual buat orang lain buat rujukan, inspirasi dan motivasi! Hahahaha Aku cuma nak state kan beberapa perkara yang menjadikan diri aku ni begini ketika ini.. Buat muhasabah diri.. Hehe.. Selepas beberapa minit analisis yang aku lakukan tadi, aku boleh bahagikan diri aku macam ni: 50% pot pet pot pet 5% tindakan dengan berfikir 25% tindakan luar berfikir 20% malas, kuat berangan Aku ni ada la tabiat yang aku rasa diri aku je buat..orang lain aku tak tahu. Tabiat-tabiatnya: 1)sangat tidak boleh buat kerja depan orang..aku rather orang nampak aku tido je, rilek tak buat ape-ape..tapi bila orang cakap aku takda kerja aku marah pulak..hahahaha.. Aku tak perasan pun perkara ni,tapi sejak dua menjak ni ada perkara yang aku nampak aku ni majoriti ke arah ini..hahahaha Contoh: Situasi 1: Aku balik rumah awal,2 orang housemate aku tak balik lagi time tu, aku sorang.. Mari man...

[Dah tua woiii]

Wehhuuuuu.. Dah masuk bulan 10 weh.. Dengan itu memang aku sedar la usia akan meningkat tak berapa hari lagi.. Hurmmmm So..tahun ni officially aku 27 tahun.. Aku takda rasa la tua sangat..sebab pangkal tu masih dua..hehehehe Walau dah dihujung dua..hehehe Sebenarnya bila kawan-kawan sebaya ramai yang dah kawin, aku cuma merasakan tahap umur ini dah layak nak kawin.. Sikit pun tak rasa tua..malah nak rasa matang?lagi la jauh dari benak otak aku.. Hahahaha.. Tapi..lately, ada ex student aku 2-3 orang nak kawin and ada yang dah kawin.. Wauuuuu.. Baru aku merasa tua!! Hehe..kalau junior belajar yang dah kawin aku tak heran pun sebab kami dlm proses belajar yang sama..ini yang dua tahap berbeza aku pengajar dan dorang pelajar.. Dulu-dulu depa yang duk sebuk tanya, "miss bila lagi miss?".. Keadaan tanya pun dorang dalam kategori serabai tak reti melawo lagi dan hingus kat hidung pun baru nak kering.. Hahahahhaha Bagaimana masa terb...