[Raya ke - 7 2012]
Syawal 7, 1433H..bersamaan 25 Ogos 2012..Sepupu aku menikah...Sepupu aku tu lelaki..So, kami kena konvoi la pergi ke belah perempuan...kira-kira 8 biji kereta semuanya..tiba di tapak masjid, kami menunggu pengantin sampai..pengantin lelaki dah masuk masjid dah..menunaikan solat sunat dan bertafakkur..pengantin perempuan pun tiba serta ibu bapanya..semua orang masuk ke masjid.. majlis dimulakan..senang citer, simple gila la...kami tak da pun angkat dulang, sesi pengambaran dari 'fotografer' pun tak da, makan-makan pun tak da..hahahahha..memang diaorang buat yang wajib je..yela,yang macam ni la yang bagus nya..tak da pembaziran, tak mengikut sangat adat, dan macam-macam lagi kepercayaan la...tapi melihat kepada mereka ni, semua orang tak heran pun majlis ni simple...sebab diaorang berdua ni tabligh..Alhamdulillah..majlis berjalan lancar..mereka pun sudah sah menjadi suami isteri..
Comments
Post a Comment