[Tak serik-serik]
Selang seminggu selepas servis kaunter yang buruk itu...aku dipaksa beratur sekali lagi...akak aku dapat bonus sedikit..dia nak kongsi la bersama adik beradik...kami ingat nak makan besar kt kedai..makan ikan siakap 4 rasa ke..steam boat ke..hehe..tetapi..memandangkan 3 anak buah aku yang tak makan semua tu, kedai makan bertukar la kepada fast food..
Yaaaaa...aku la yang kena beratur..bujang..tak perlu nak jaga anak siapa2 dan diorang nak pergi shopping kat kedai ECO RM2, nak beli penyapu katanya...
Bermula la pengembaraan aku..
Seawal pukul 9 aku beratur di lorong tengah..orang macam biasa la..beratur panjang sampai ke pintu..aku memang bersedia dah dari segi mental dan fizikal..minimum mesti 2 jam la..haha..aku rasa memang berguna aku masuk kesatria dulu..sebab,mase kem kesat,kami kena berkawad,berdiri dalam baris tak boleh gerak,tak boleh bising selama berjam2..ini la mase nye nak mempraktiskan apa yang belajar dulu..
Niat aku nak g beratur di lorong tepi sekali..tapi ade beberapa lelaki kt lorong tengah tu blocking jalan ke sana..so aku proceed la beratur di line tengah..selang setgh jam..tiba2 semua orang kat depan aku move ke lorong kiri dan kanan..ada yang depan sekali,tiba2 begerak ke belakang barisan tepi..aku berasa hairan..lalu terpampang kat kaunter tengah tu.." kaunter ditutup. Sila ke kaunter sebelah"..
Aku hanya mampu tersengih je,lantas mengundurkan diri ke belakang line tepi sekali yang aku nak mula2 tadi..
Selang beberapa ketika,jam pun dah pukul 10..dulang ayam yang siap dihantar dengan kadar perlahan..sampai waitress dah jerit,nak ayam! Ayam!.. Dan tukang masak kat belakang pun menjerit, Allah!letak hilang,letak hilang..
Barisan aku masih panjang,dan tiba2 tinggal 3 org sahaja di hadapan aku..kerana,ramai meluru ke lorong tengah kerana kaunter telah dibuka!aku masih setia dengan barisan aku..haha..
Dulang yang tinggal hanyalah original..tu pun tinggal berapa ketul sebab ramai yang tak nak tunggu dah spicy punya..
Aku mula gelisah,sebab aku nak beli 1 barrel..haha
Sampai turn aku,aku pun order semua yang dalam list..
Waitress tu pun tanya,sanggup tunggu?kira2 15 minit lagi..aku cuma mengangguk..yela,berjam2 dah tunggu takkan 15 minit tak boleh..haha..dengar pulak ada ura2 ayam habis..aku tak peduli,janji aku dah bayar,nak tak nak dia kena setlekan aku juga!haha..
Aku pun dapat no aku dan disuruh tunggu.. Aku pun tak tahu nak tunggu kat mana,sebab dalam tu dah sesak,tiap ceruk ada orang..
Aku malas nak tunggu jauh,takut orang nak hantar kat aku tu tak nampak..aku pun tunggu depan pintu.. Sambil tu aku beborak dengan jiran aku yang tengah beratur di line tengah,belakang sekali..sian dia,hal ini kerana,dia dah lama beratur di line 1,dah nak sampai kaunter,kaunter tu tutup!
Dan masa bergerak,aku pun nampak budak yang nak hantar order tu,aku pun menghulurkan tag aku..dan budak tu aku dan jiranku kenal..jiran aku pun tegur dia,dan dia pun menghulurkan barrel aku kat aku..
Kejadian ini dilihat oleh seorang yang duduk di meja berhampiran pintu..boleh pulak orang tu cakap, "ooo..best la gitu,cepat..ada orang dalam rupanya!"
Aku tak salahkan dia,mungkin tempat aku berdiri dekat pintu,nampak macam baru masuk..haha..geram je nak jawab, "Hello!aku dah tunggu lama dah!sebelum ko datang lagi okay!haha"
Dan aku pun pulang ke rumah,masing2 semua macam dah nak tido..sebab lama sangat tunggu..
Yang penting,kami seronok!haha
Comments
Post a Comment