[Janji! Ini kisah Penuh!]

Assalamualaikum W.B.T

*dah 2013, kenalah ada perubahan sedikit dalam permulaan entri  dengan memberi ucapan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca..

pada tanggal 12 Januari 2013, aku telah submit apa yang patut dan jawab test apa yang patut..oleh itu, selesailah urusan aku pada semester ini..

pada hari yang sama juga, aku telah pulang ke kampung yang kira-kira sebulan lebih aku tak pulang..rindu bapak aku..

masa tiba di rumah, terlihat bapak aku teruja melihat aku masuk ke rumah..dia menungguku pulang dengan sepenuh jiwa raga walaupun masa tu dah nak dekat pukul 11pm. (selalunya bapak aku tidur dah dalam pukul 10 tu)

tengok-tengok bapak aku mundar mandir di sekitar kawasan TV.. ada sahajalah  benda yang keluar dari mulutnya... cerita pasal dia basuh karpet, sambil mkn keropok dan minum-minum air teh o..nak dekat pukul 12 juga dia tidur..

Sehingga pagi tadi pun, dia nak bersiap-siap ke seminar haji, ditanyakan aku nak sarapan ape..nak nasi lemak ke ape ke.. dia tinggalkan duit nak beli lauk pauk dan sebelum keluar dia tanya, "awak cuti berapa lama?"..aku pun menjawab, "sebulan lebih.."

terpalit senyuman di wajahnya..cukuplah mengembirakan aku dan cukup mood aku untuk sambung tidur lagi..

tapi..aku rasa bersalah sangat..

aku tak pergi kedai beli lauk..

dia pulang maghrib tadi, aku hanya buat air teh o untuk dia..

ada lauk sardin dan dia sedikit pun tak berbunyi makan sardin tu..

dia paling pantang makan sardin..tapi aku rasa, demi menjaga hati aku, dia telankan jua...

aku JANJI!esok aku pergi beli lauk..

aku akan berada di persimpangan jalan menunggu van menjual lauk itu seawal pagi yang mungkin..eh,laaaa...esok isnin, ada pekan sari, so van tu tak lalu..

hahahahahahhaha


Comments

Popular posts from this blog

[New Template]

[32 Years Old]

[Sebelum Angan Angan Musnah]