[Problem yang aku rasa berat selama ini...]
ok..ini dia list problem aku:
*aku takkan merungut lagi air paip tak da tiap-tiap minggu..Isnin dan Khamis.
- aku mohon pinjaman YP..aku tak submit lagi borang hard copy nya..aku tak pergi cop utk sahkan fotokopi sijil-sijil lagi dan yang penting kat borang tu kena sign penghulu/pegawai daerah yang aku tak pergi-pergi lagi cari nak cop..ape yang penting, 31 Disember 2012 last due date..dan rupa-rupanya 7 Januari 2013 dia dah panggil calon yang layak untuk pergi interview..
- masa degree dulu, aku buat pinjaman pendidikan dengan Felda..dan sebelum aku dapat duit pinjaman lagi, sara hidup bapak aku bulan-bulan dah kena potong..aku dan adik aku menjdaikan total potongan RM150. baru-baru ni, di potong sekali ganda iaitu RM300..ini menimbulkan ketidakpuas hatian bapak aku sebab duit dia kena potong..lantas dia suruh aku buat surat/melakukan apa-apa sahaja untuk memulihkan keadaan..benda ni start Disember 2012 dan dah masuk bulan Februari, aku tak membuat apa-apa lagi..
- masalah ketiga, ini la masalah paling besar..iaitu claim mybrain aku tak masuk-masuk lagi..sedangkan aku buat awal sekali..oktober 2012..budak yang buat November 2012 pun dah dapat,aku je yang tak dapat-dapat lagi..
- rupa-rupanya pinjaman YP untuk pelajar sarjana dibuka 11 Februari 2013 hingga Mac 2013..aku search dekat web YP..selama ni aku salah isi, aku amik link budak degree dan diploma..hahhahahaha..so, aku tunggu borang sebenar aku la..disamping benda-benda lain aku dah ada..
- aku call felda KL..tanya ape masalah dia potong sampai 3 ratus. orang tu jawab, mungkin ada tunggakkan dan diorang terpaksa double kan sampai exact bulan..dan berita baiknya, dia tanya result aku, dan dia suruh post transkrip result untuk dapatkan potongan/diskaun.. Alhamdulillah..rezeki yang tak disangka-sangka.
- aku call unit mybrain bahagian yuran, dia minta ic aku dan check. rupa-rupanya, ada la department yang menguruskan surat perjanjian tidak inform/serahkan maklumat ke bahagian yuran dan bahagian yuran tak boleh proceed untuk claim aku sebab pada hemat dia, aku tak submit lagi surat perjanjian dan maklumat itu tak da dalam sistem. aku pun cakap yang aku dah submit oktober lagi dan dia ambil no fon aku dan akan inform balik selepas check. dia kata, perkara macam ni banyak dah berlaku dan dia pun dah pening sebab dia kena handle 18 universiti. sian orang tu.. so,petang tu dia call aku dan cakap perjanjian aku dah ada dan dia dah masukkan dalam sistem. cuma tunggu pembayaran je..dia cakap pembayaran aku akan dilakukan sekali dengan ramai-ramai yang lain, dan aku rasa dapat sekali dengan muna dan syairah..hahahhahahahah..petang itu sampai kat umah, KPT dah post surat perjanjian salinan pelajar dan penjamin kat aku..memang terbuktilah aku dah submit.
*aku takkan merungut lagi air paip tak da tiap-tiap minggu..Isnin dan Khamis.
Comments
Post a Comment