[Mati Tu Pasti]

Bismillah..
Wahhh..
Topik hari ni serius sket..
Ok..
Tak berapa selang hari, Malaysia dikejutkan dengan kematian/kemangkatan orang yang dikenali..

Pertama tamanya, pak yus aka yusry bin edoo aka raja lawak musim pertama aka yang takda bunyi sakit atau terlantar..
Seterusnya mariani aka akak saloma aka lama tak dengar kisah dia aka dia dah berusia..
Ketiganya, tunku abdul jalil aka anak sultan johor aka ramai orang kenal dek peribadinya yang merendah diri aka memang dia tak sihat..

Ok..
Ketiga-tiga mereka ni,
Pada aku,
Aku tak kenal pun mereka ni..
Tapi..
Bila mereka pergi..
Banyak cerita baik-baik tentang mereka disampaikan..
Benarlah..
Mati itu pasti..dan pengakhiran mereka ini sangat la baik..
Semoga kita semua mendapat pengakhiran yang baik juga.. Husnol khotimah..
Aminnnnn..

Mati tu sememangnya pasti..
Jika dilihat kes #tj, dia sakit gering..berlawan untuk still survive..dan dia dapat merasakan bila-bila masa dia akan pergi..
Keluarga nya turut begitu..
Hikmah yang boleh kita ikhtibar kan sangat banyak dalam kes #tj ni..
1)kita akan lebih menghargai hidup..setiap detik kita akan lalui sepenuh hati..akan menghargai setiap yang ada disekeliling..alhamdullilah..
2)sakit itu penghapus dosa..sayangnya Allah kepada kita..
3)menyatukan seluruh keluarga..eratnya ayah #tj mendakap anakanda nya..mesra..dan sungguh kasih..
4)jika itu tetapan Allah untuk kita,teruk bagaimana pun,jika tak sampai masa lagi,tak pergi jua..
Dan pelbagai lagi hikmah yang secara tersirat dan tersurat..

Pak yus pula..
Memang dia pergi secara mengejut..
Plus takda dengar dia sakit or masuk hospital..bahkan telatah ceria dan muka tak bersalah dia,bila dia pergi..memang tidak dijangka..hikmahnya,
1)kena sentiasa bersedia..kita tak tahu masa kita bila..(ya Allah..banyak lagi salah aku ni..tak besedia lagi ya Allah..)
2)buat baik,jaga amal ibadah,buat amal ikhlas,itu sahaja dapat membantu kita di sana..

Seterudnya mariani..
Seperti kita ketahui..
Dia sudah berusia..
Dan boleh dikatakan warga seusia dia dah ramai yang pergi..
Hikmahnya tetap ada..
1)usia yang Allah bagi tu satu bonus..dapat merasai tua,dapat beribadat dengan lebih lama..tapi salah sebenarnya..dari muda la kita patut beramal lebih..sebab masa tu badan kuat,sihat dan bila kita dah terbiasa beribadat,bila tua,dah memang jadi tabiat dan rutin..so,bila tua tinggal nak amal sahaja,bukan masa untuk baru belajar..tapi tak salah nak sentiasa belajar..
2)bila ramai yang seusia kita telah pergi,tu sebenarnya pertanda yang kita dah masuk fasa berjaga-jaga.bila-bila masa Allah akan memanggil..memang kena sedia!

*bismillah..peringatan untuk diri sendiri..ya Allah..kuatkan lah iman kami, utuhkanlah ketakwaan kami ya Allah.. Peliharalah seluruh hambamu yang Allah dengan limpah kurnia mu ya Allah..ar rahman ar rahim..allahummasolli a'la muhammad wa a'la ali muhammad..

Comments

Popular posts from this blog

[New Template]

[32 Years Old]

[Sebelum Angan Angan Musnah]