[2nd interview of my life]

rasanya tak sama dengan 1st dulu...debaran untuk menunggu, persediaan, kematangan menjawab dan semangat untuk mendapatkan jawatan tu rasa lain dan kurang...

dan semua orang rasa pelik kenapa perlu ditemuduga lagi..sedangkan, jika ada kekosongan, terus sahaja sambung kontrak...aku pun rasa jugak pelik, macam kredibiliti tu tak dipercayai..dimaklumkan bahawa, ada pemohonan yang lain untuk jawatan itu juga dan sebab itulah diadakan kembali sesi temuduga ini..

aku teruskan jugalah..bukan apa..ini satu pengalaman lagi dan secara tak langsung boleh meningkatkan lagi kemahiran dan komunikasi..yela, jarang-jarang sangat bercakap bahasa lain selain bahasa melayu..

keputusannya..aku tak dapat jawatan itu..atas alasan, aku bakal sambung pengajian ke peringkat master dan akan mengganggu perjalan pekerjaan nanti..tambahan pula, aku rasa dah basi sangat..sebab menunggu giliran temuduga tu lebih 2 jam dan masa pula ialah waktu petang..petang, memang dh lesu...semasa menunggu pula, tengok-tengok orang lain, gemapak je..rasa lemah je diri ini..

tapi, Alhamdulillah...temuduga itu dikira aku berjaya jugalah..there was a point in my interview session..hihi..

Comments

Popular posts from this blog

[New Template]

[32 Years Old]

[Sebelum Angan Angan Musnah]