Posts

Showing posts from August, 2015

[Jahat Budak Jahat]

Image
Hahahaha.. Alkisahnya.. Aku perasan aku ni jahat melampau-lampau.. Means bukan la merompak membunuh orang tu.. Means jahat buat perkara-perkara nakal gitu.. Ni contoh yang aku buat hari ni.. Kawan tu bukan main gempar seram sejuk kena sesuatu.. Boleh aku komen macam tu.. Banyak benda lain boleh dikomenkan, Contoh hati-hati..jaga diri dan lain-lain.. Yela.. Mula baca tu memang terkejut.. Tapi perkataan menyorok tu yang aku aim.. Hahaha.. Kawan aku ni agak berisi jugak.. Kadang aku panggil dia boroi.. Dengan nama timbangan dia pun roy.. Macam kena la.. Ye..aku sedar kejahatan aku.. Dia pun aku harap faham la yang aku melawak je.. Hehehe.. Ini la roy yang cute itu.. Dia kencang jual #donut #gebugebas itewww.. Hehehehe.. *sedang bermain badminton bersama teammate..boleh se entry sebab menunggu turn main..lagipun aku dah pancit..hahaha

[I am Malaysian]

Image
Ringgit jatuh lagi.. Dalam masa seminggu masih jatuh.. Ok.. Apa yang aku duk baca merata macam-macam isu.. Tapi aku tertarik kepada 1 isu je.. di mana pelabur asing tak nak melabur di Malaysia dek kerana penampilan negatif politik negara dan lain-lain sebab menyebabkan dorang tak yakin nak melabur kat Malaysia.. Justeru itu, Aku cuma nak menyampaikan inisiatif aku, yang mana mempromosikan Malaysia balik ke mata dunia.. mungkin dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan nama baik Malaysia.. Rata-rata macam melabelkan Malaysia ni No 1 dalam: Korupsi Diabetes Kronisme Ya..tahu..kita negara membangun.. tapi..ni la tanggapan yang sangat-sangat merundumkan negara.. Wahai kamu di luar sana.. Marilah melabur di Malaysia.. Industri makanan dan fesyen aku rasa sangat bernas kalau hangpa nak meniaga dan melabur.. kami suka makan.. hehehe.. kalau pelancongan pun sangat ok apa Malaysia ni.. banyak tempat menarik dan cantik.. yang kami sendiri

[Laksa ku..]

Image
heheheh.. Hari ni kawan aku rajin buat bekal.. dia masak nasi goreng dan letak dalam bekal untuk makan di ofis.. so, makan pagi aku melantak nasi goreng tu.. banyak dan kenyang la.. tak lama lepas tu, dalam pukul 11 lebih kurang kawan aku yang lain datang bawak polistren, berisi pulut kuning dan rendang ayam untuk setiap seorang.. kesnya sebab dia bernazar.. So, belum pukul 12 lagi aku dah melantak kat meja aku.. lunch hour tu aku tak rasa lapar dah la.. aku pergi surau tidur.. dalam 2.30 masuk ofis, budak ni ajak makan.. sebab sorang tu memang tunggu aku nak makan.. dia tak lunch lagi.. aku pun boleh la lagi nak menambah kalori.. hahahhaha so, aim benda macam sup yang tak berat sangat.. aku pun menuju ke kaunter sup.. situ ada jual sup, mee kari, laksa, bubur..nasi ayam dan macam-macam.. dek kerana kami datang dah lambat,kaunter tu dah siap kemas, yang tinggal cuma laksa.. aku pun order la laksa.. akak yang jaga takda ka

[Water Rafting]

Image
Hari tu ada team lead whatsapp kat group ofis yang khas untuk ladies sahaja.. dia cadangkan nak menganjurkan aktiviti untuk ahli group.. nahhhh.. dia ajak buat water rafting.. tiba-tiba semalam berduyun-duyun emel masuk yang dihantar khas untuk mereka yang berminat.. dalam tu depa duk bincang la tarikh yang sesuai dan looping in sesiapa yang bersesuaian.. aku cuma reply all cakap setuju dan duk ulang-ulang soklan, "Tak reti berenang boleh ke?" aku mulanya nak join tapi aku tak heran sangat rupa bentuk adventure nya.. semalam aku google, tengok gambo-gambo berkaitan, pergghhhhhhhh.. rasa seram sejuk menyelubungi.. hahahha.. tu yang duk ulang soklan kalau tak reti berenang tu.. hehehehhe so..ada yang pernah buat, dorang cakap ok je tak reti berenang, dia bagi life jacket dan helmet.. ade trainer dan guide nanti.. kalau terbalik pun, dia yang akan kutip orang.. hahahhahah.. itulah menambah seram kelam mengambang.. ca

[Promote]

Image
Berkaitan dengan promote link Hapisah tadi, Aku tiba-tiba tergerak hati ke kanan sikit, untuk menggoogle bagaimana nak promote blog dengan jaya.. sehingga memiliki follower yang lebih ramai dan jadi kaya sedikit dari semalam.. hehehehe.. Terjumpa la belog ini.. dia kasi tau beberapa cara nak promote belog bukan setakat beberapa..tapi memang banyak.. hehehehehhe.. ( http://jomblogger.com/blog/sembang-blogger/18-teknik-mudah-promosi-blog ) So.. Sepanjang pembacaan aku, aku pilih no 16.. aku rasa tu mudah sekali.. dan sangat effortless.. hehehehehe. untuk terus ke cara 16 boleh ke link berikut: http://www.zuarxpdc.com/2010/03/cara-submit-blog-ke-search-engine.html *good luck dalam mempromosi diri..eh..belog..

[Buah Cempedak]

Image
Buah Cempedak di luar pagar.. Ambil galah tolong jolokkan.. Pisah budak baru belajar.. Salah dan silap harap di maafkan.. Round applause to Hapisah Sapawi!! Dia dah memiliki belog.. Ayuh follow beliau! Ni belog beliau.. Hapisah Sapawi .. *hehe..tiba-tiba ter promote.. lama tak tangkap gambar dengan beliau..sampai laki dia cakap "gaduh ke?takde pun gambo ngan kaem dah?"..hahahahha..Selamat berbelog kawan.. Selamat datang.. 

[Keknis]

Image
Aku pernah ceritakan pasal reunion sekolah aku.. still in planning dan rodong-rodong dalam group whatsapp still havoc berborak.. Semalam malam.. Lepas balik gym.. Aku ushar-ushar la group tu kejap.. tengok benda dorang borakkan.. Rupanya ada sorang ni, dia tetiba gi belek album lama-lama.. zaman sekolah habaq hang.. which is hard copy la.. zaman aku semua hardcore punya album.. takda gallery handphone nya habaq hang... Pastu dia share la pic kitorang yang dia ada.. nahhhh.. tudia.. pic aku.. sekitar form 2-3... lupa.. lagi pula takda tarikh pulak kat pic tu.. tambahan aku tak ingat langsung bila depa snap pic ni.. nak kata candid takkan la.. memang pic ni memang rela pun posing ni.. hahahha Aku yang berkurung hijau itu.. Sebelah tu Akmal.. rodong time sekolah menengah rendah yang kacip gila.. cuma sekarang je buat hal memasing.. hahahah busy dengan life memasing.. heheh.. yang penting dia kerja company dia

[Anyam KETUPAT]

Image
Hahahaha.. Ok.. KETUPAT tu saja eja dengan caps on. Memang betul-betul ketupat.. bukan mengumpat ke.. bukan ikan laga ke.. atau maksud benda lain.. Alkisah bermula dengan semalam... Kan semalam aku ada cerita yang aku buat persiapan sambutan raya kat ofis kan.. Hari ni tiba-tiba mai idea nak buat ketupat sendiri.. Bahan-bahan reben la.. Tapi reben tak beli lagi.. dek kerana nak try dulu adakah mampu menganyam atau tidak, so aku kerat katalog tupperware yang aku rembat kat meja oyie, aku kerat memanjang kepada 8 bahagian.. then guna kan seletip cantum kan dua bahagian supaya jadi panjang.. dek kerana ofis tak boleh bukak youtube time ofis hour, aku just google image jela cara menganyam ketupat.. first time in my life anyam ketupat.. selama ni kalau raya pun idok le aku nganyam.. semua pakai ketupat segera faiza yang iklan adibah nor tu ha.. yang katanya dia bukan kaset boleh rewind.. hehehe.. senang weh... 1st try terus jadi.. a

[Organizer Kata Ko]

Image
Hahahaha.. Semalam kan aku ada cerita yang ada group whatsapp untuk bincang reunion tu kan.. Pastu semalam aku pergi gym kan.. balik tu mandi solat makan tidur... So aku tak tengok handphone dah... Handphone dah mati.. Aku cucuk charger dan hidupkan... Handphone tu remain silent la since aku set dari ofis lagi.. So.. bangun pagi lepas subuh tadi aku tengok 759 msg untuk group reunion tu sahaja.. sekali aku go through tengok dorang just borak kosong.. excited lama tak jumpa memasing.. macam-macam benda la keluar.. gambar pelik-pelik ada.. hurmmmmm.. Pastu ramai jugak yang left.. tak daya dengan kemerepekan budak-budak ni.. Dengan admin pun blah.. hahhahha Aku tak heran sangat..  lepas baiki kampung COC aku yang kena serang, aku sambung tidur balik.. Dah on the way pergi kerja tu tengok nama group whatsapp AMT Reunion SMKJP2 SPM 2005.. Aku pun dalam hati, "Kemain budak-budak ni..siap tukar nama bagai.." Sekali bukak t

[Reunion SMKJP2]

Image
Satu hari yang hening.. Aku bukak facebook.. Pastu dia suggest aku share my life event.. kat situ ada pic aku sekolah dengan 3 kawan aku lagi.. Lepas tu aku share je la benda alah tu.. Dek kerana tetiba budak sekolah aku yang lain tengok jugak.. dorang pun macam termengimbau kenangan lama zaman sekolah.. tak semena-mena ada dah post dekat group fb sekolah menengah.. kata nak buat reunion tahun ni.. sebab ngam-ngam 2005 meninggalkan sekolah,  nak reunion 2015.. ngam 10 tahun giteww.. Rata-rata pun setuju dan macam cadangan diterima.. Pastu tertubuhnya group whatsapp commitee yang tukang incharge nanti.. Aku pun terlibat dalam group tu.. perghhhhhhhhh.. sekali memasing borak beratus ribu riban habaq hang.. semua memang excited la nak anjurkan reunion buat julung kalinya ni.. hahhahaha... Antara kata sepakat yang telah dicapai: Venue: SMK Jengka Pusat 2 Date: 24 October 2015 Time: 9.00am - 6pm Aktiviti jangan kira la.. macam-mac

[Berlari-lari Ku Mencari Mu]

Image
Ok.. Aku ada kawan.. Dia agak berisi sedikit.. Demi menjaga kesihatan, dia control makan..kira kalori bagai dan macam-macam.. then, dia pergi gym jugak.. Dek kerana yuran gym tu daily only RM5 dan gym tu dekat dengan ofis dan rumah, aku terpanggil untuk turut sama.. hehehe.. hanya untuk fitness dan membakar la sedikit lemak yang berlapis-lapis kat perut ni.. hehehhe.. Tambahan pula aku ada join lari-lari nanti.. so..kira-kira nak berlatih la ni.. tak la badan terkejut nanti.. alaaaa.. kan biasa budak-budak muda join.. jadi trend dan bila mana rasa teringin mencuba jugak bila dorang duk pos gambar medal.. tak kira la just finisher je ke.. tapi kelihatan nya gempak weh.. Disamping itu aktiviti sihat jugak la.. disamping hangout dengan kawan-kawan sementara bujang.. hehehe So.. Sambung balik pasal gym tadi.. Sepatutnya hari ni first day aku join gym tu.. Tapi terpaksa ditundakan esok.. dek kerana kawan aku tadi nak gi Seti

[Super Fast]

Image
Hahahaha.. Weekend hari tu tengok citer ni.. (hasil download..hehe) Filem senget spoof filem fast and furious.. ala-ala scary movie.. Tapi kaw-kaw untuk FF nya citer.. Muka-muka pun lebih kurang je belaka.. kalau sekali tengok memang gaya sorento tu dengan vin diesel.. dengan The Rock sebuk dengan baby oil nya.. hahahah.. Part lawak sekali pada aku time scene mula-mula.. patutnya Paul Walker masuk lubuk geng gangster tu muka dia seram sejuk.. ala-ala takut gitu.. Ini kete nya tak gempak dengan tulisan kat kete trus boleh gelak punye.. Siap NO 1 Fan of JUSTIN BIEBER lagi tu.. hahhahahah.. Di samping si Sam tu minat pitch perfect.. boleh pulak dia main musik yang pakai paper cup tu atas jalan.. hahahhahaha.. Banyak lagi la scene senget dalam ni.. hahhaha.. #kipidap #dongibab #thorbaik *Nora bagi 4/5 bintang...atas masing-masing la..Ada orang tak suka pattern citer spoff gini..hehehe