[Anyam KETUPAT]

Hahahaha..
Ok..
KETUPAT tu saja eja dengan caps on.
Memang betul-betul ketupat..
bukan mengumpat ke..
bukan ikan laga ke..
atau maksud benda lain..

Alkisah bermula dengan semalam...
Kan semalam aku ada cerita yang aku buat persiapan sambutan raya kat ofis kan..
Hari ni tiba-tiba mai idea nak buat ketupat sendiri..
Bahan-bahan reben la..

Tapi reben tak beli lagi..
dek kerana nak try dulu adakah mampu menganyam atau tidak,
so aku kerat katalog tupperware yang aku rembat kat meja oyie,
aku kerat memanjang kepada 8 bahagian..
then guna kan seletip cantum kan dua bahagian supaya jadi panjang..

dek kerana ofis tak boleh bukak youtube time ofis hour,
aku just google image jela cara menganyam ketupat..
first time in my life anyam ketupat..
selama ni kalau raya pun idok le aku nganyam..
semua pakai ketupat segera faiza yang iklan adibah nor tu ha..
yang katanya dia bukan kaset boleh rewind..

hehehe..
senang weh...
1st try terus jadi..
aku buat 3 biji semuanya..

yang kali ke 3 bertambah kemas..
(Rujuk gambar)

Pastu ada budak ofis bawak lampu lip lap lip lap..
dah pasang dekat cubical..
hahahha

*heheheh..ahad ni process menghias photo booth pulak..dapat idea nak buat ala-ala studio gitu..ramai-ramai boleh buat ala-ala family photo giteewwww..duk ke hulu hilir sampai project manager dan team lead tanya, "takda kerja ke kaem?"hahhahha

Sumber tutorial ketupat: http://adifitri.com/blog/?m=200610


Comments

Popular posts from this blog

[New Template]

[32 Years Old]

[Sebelum Angan Angan Musnah]