[Doremon]



Kadang kadang Allah hantar citer doremon je nak bagi kita kesedaran ilham dan usik sket hati kita.. Hahaha.. Yela..doremon,usia macam tak la follow sangat kat tv..takda la tiba tiba nak download.. Memang macam kebetulan suratan je tiba tiba tertengok hari ni..

Sedih pulak episod doremon hari ni..

Alkisahnya pasal giant..takda orang nak sambut birthday dia..dek kerana sikapnya yang baran dan merosakkan majlis.. Adik dia, tunjuk la pic birthday giant tahun-tahun sebelumnya..ada satu tahun tu takda orang datang..ada satu tu dia tinggal sorang je sebab orang lain balik tengah tengah majlis..so,setiap kali beday dia,giant akan sedih la..tu la tergerak hati doremon nak tolong giant..

so,untuk tahun ini,nobita sizuka dan sunio macam berfikir nak tak nak je buat keraian untuk giant sebab tahu dah mesti takkan jadi punya..so,dorang decide,kalau giant buat perangai baran dia atau asyik nak membahan orang,dorang tak nak buat majlis tu..

So,ada sekali tu giant ni nak marah dan nak pukul orang je dia rasa..semua benda menyakitkan hati dia..so doremon pun habaq la kat dia budak-budak tak nak sambut beday hang kalau hang buat pangai gini..

Dengar je ayat doremon tu,giant pun tersentak..so dia bertekad untuk tahan marah dia dan cuba tak buat pasal..dialog ni didengari oleh sunio..dia pun macam tak percaya je si giant ni boleh tahan..dan dan terus dia uji kesabaran giant time time ni..giant berjaya tahan marah walau macam macam sunio ni bahan..

Dan di hari sambutan tu jugak,dia nak uji giant lagi..dia call giant suh datang kat tanah lapang tempat dorang selalu main tu..dia gali lubang dan bajet bila giant lalu situ giant akan jatuh..then giant akan mengamuk marah belasah sunio dan ngam ngam doremon dan lain-lain sampai..so keraian dibatalkan..

Tapi..rupanya ada gangster lain yang lalu situ dan terjelepok kaki dalam lubang tu..dorang pun ternampak sunio ketawa ketawa..lantas terus nak belasah sunio sebab dorang tahu la sunio punya angkara buat lubang tu..

Ngam ngam pulak giant sampai..dia pun nk tolong sunio tapi dia tak boleh la nk belasah orang tu sebab nanti majlis dibatalkan..so dia cakap la kt gengster tu belasah je dia jangan usik sunio..gengster tu pun pukul la giant..kena kutuk kaw kaw sebab lembik lemah sbb giant tak melawan..masa ni la baru sunio tersentak dengan kebaikkan giant..pastu gengster tu tak puas ati..dia pun nk belasah lagi sunio..giant melihat keadaan itu,dia belasah la ketiga-tiga gengster tu sebab nak selamat kan kawan dia.. Gengster pun blah dan sejurus selepas tu doremon nobita sizuka bawak hadiah pun sampai..

Doremon pun sound la giant sebab mungkir janji sebab boleh nampak keadaan giant masa tu huru hara dan macam nak belasah sunio pulak..giant pun memulakan langkah mahu berlalu pergi dan masa ni la sunio diuji samada nak bercakap terus terang apa yang berlaku atau biar je giant blah sebab majlis dibatalkan..

So,sempat beberapa langkah,sunio pun jerit giant tak salah..dia pun terangkan apa yang berlaku..langkah giant pun terhenti..semua orang terharu..dengan aku aku pun menitis air mata..Hahahahah..

Majlis sambutan diteruskan..dan sebagai hadiah giant rasa gembira,dia menyanyi la..ape lagi..hehehe..

Sekian..

P/s:kita memang akan diuji dengan orang semacam sunio kan..dan betul la,bila nak berubah ke arah kebaikan memang macam macam ujian..yang penting sabar... 

*nukilan di fb.. Lama tak tulis panjang panjang di fb


Comments

Popular posts from this blog

[New Template]

[32 Years Old]

[Sebelum Angan Angan Musnah]