[Job Hantaran]

Ok..jika anda sudah membaca post yang lepas, iaitu aku sepatutnya berada di Johor..Di sini akan ku jelaskan..hahahaha
 
Begini, hari jumaat yang lepas aku sepatutnya ikut kawan-kawan aku balik KL jumpa boss besar dan lapor diri..dan hari sabtu mereka akan bertolak ke Johor..Tapi aku tak dapat follow sebab abang aku bertunang 15 Feb 2014 di Kelantan..Jadi, aku sepatutnya lapor diri jadi ditunda sehingga diberitahu dan pergi ke mana-mana sehingga diberitahu juga..so, kawan-kawan aku tu pun dah gerak ke Johor dan aku tak ikut..
 
Aku ke Ketereh, Kelantan pada petang Jumaat selepas solat Jumaat..Malam tidur di Homestay D'Pasir..Sebiji Rumah berharga RM250 sehari..cantik..kemas dan selesa..Kami ramai dan agak sesuai..Tambahan dekat dengan rumah tunang abang aku...hehehe
 
Belah perempuan mahukan majlis yang simple dan hantaran hanyalah sebagai buah tangan semata-mata supaya tidaklah datang dengan tangan kosong...
 
Aku yang berada di rumah,dan aku la yang ditugaskan menghias hantaran itu..3 je.tak banyak...bagi kain pasang, buah, dan cincin..So, memang minggu lepas aku havoc gila..dengan soal selidik, beli barang hantaran, hias dan menguruskan perjalanan rombongan...hehehehe
 
Campur dengan jumaat itu berdebar sebab result keluar lagi...so banyak benda nak kena buat dan fikir..Alhamdulillah..segala berjalan lancer..
 
Inilah hasil hantaran berkenaan:
 
 
*Simple je..memikirkan perjalanan jauh dan kena buat yang rending-rending je..hehehe..
*kat Kelantan tidak sempat pergi mana-mana..maklum la..pergi dengan family,budak pun ada..macam-macam la ragam..lagi pun bukan time gaji..limited la..hahahha
*Sorry rerakan di Kelantan..tak semapt jumpa..sehingga bertemu di kali lain..hehe..time nikoh plop ke..hehe..
 
 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

[New Template]

[32 Years Old]

[Sebelum Angan Angan Musnah]